Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (HR: Ibnu Ady)
"Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.“Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Entri kali ini adalah membicarakan tentang Surah Al Waqiah iaitu surah yang ke 56 dalam juzuk yang ke 27. Seperti yang semua sedia maklum bahawa AlQuran merupakan mukjizat terbesar dan paling agong.Al-quran juga mempunyai fadhilat yang sangat banyak dan tiada tandingannya. Setiap surah mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Berdasarkan hadis-hadis di atas yang secara khusus menjelaskan tentang keistimewaan surah Al Waqiah adalah sangat rugi dalam keadaan diri kita yang masih sihat tidak memanfaakannya. Sekiranya belum mula, masih belum terlambat. Marilah kita melazimkan dengan mengamalkan Surah AlWaqiah sebagai amalan harian kita. Mudah-mudahan dengan melazimkan membaca surah Al Waqiah akan menghindarkan kita daripada kemiskinan. Kemiskinan tidak semestinya berkaitan dengan wang ringgit dan harta benda sahaja. Sihat, kecukupan, kebahagiaan, disayangi, dipermudahkan segala urusan adalah realiti sebenar kekayaan. Kekayaan adalah lawan kepada kemiskinan.
JOM BACA SURAH AL WAQIAH => DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan