Solat atau sembahyang merupakan ibadah yang sangat penting dan wajib dilakukan walau dimana dan dalam keadaan apa sekalipun kecuali tidak waras akal fikirannya. Peri pentingnya solat hingga digambarkan sedang berperang sekalipun, kita tidak boleh meninggalkan solat.
Hadis yang diriiwayatkan oleh Baihaqi menyebut bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda, “Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya,dia merunthkan agama.”
Sempena tahun baharu 2020 marilah kita tingkatkan kualiti solat kita dan seterusnya mendoakan agar anak-anak kita Allah SWT peliharakan hatinya untuk menunaikan solat sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S terhadap zuriat keturunanya sebagaimana dalam ayat 40 dan 41 Surah Ibrahim.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku (ayat 40).
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (ayat 41)
Menurut Imam Bukhari dan Muskim, sahabat Abdullah ibn Mas’ud pernah bertanya kepada Nabi, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?”
Jawab Baginda “ Solat tepat pada waktu.”
Akhir kalam marilah kita sama-sama solat tepat pada waktunya dan berjemaah di masjid atau surau. Disamping itu praktiskan juga doa Nabi Ibrahim SAW agar zuriatnya tetap menjaga dan menunaikan solat.
Akhir kalam marilah kita sama-sama solat tepat pada waktunya dan berjemaah di masjid atau surau. Disamping itu praktiskan juga doa Nabi Ibrahim SAW agar zuriatnya tetap menjaga dan menunaikan solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan