Hari ini Ahad 5 Januari 2020 bersamaan 8 Jamail Awal 1441
Menjauhi sifat marah adalah antara nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya. Hal tersebut dijelaskan menerusi sebuah hadis dimana ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat.”, lalu Baginda bersabda: “Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi permintaannya seperti tadi beberapa kali. Nabi menjawab lagi (mengulangi): “Jangan marah.” (HR: Bukhari)
Menjauhi sifat marah adalah antara nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya. Hal tersebut dijelaskan menerusi sebuah hadis dimana ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat.”, lalu Baginda bersabda: “Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi permintaannya seperti tadi beberapa kali. Nabi menjawab lagi (mengulangi): “Jangan marah.” (HR: Bukhari)
Setiap Muslim perlu sedar, jika gagal mengawal kemarahan diri
bererti mereka tewas dengan tipu muslihat syaitan yang dilaknat Allah SWT.
Syaitan sentiasa berusaha hingga ke hari kiamat untuk membawa
seramai mungkin anak cucu Adam tinggal
bersamanya di dalam neraka jahanam, lantas syaitan tidak berputus asa akan melakukan
apa saja untuk mencapai impiannya itu. Ketika manusia dalam keadaan marah adalah
kesempatan terbaik buat syaitan memperdayakan manusia. Justeru semestinya kita
sentiasa berwaspada dengan berdoa agar terhindar daripada menjadi mangsa godaan
dan tipu daya syaitan
Sifat marah yang tidak terkawal adalah antara punca berlakunya masalah yang lebih besar dan lebih parah dalam kehidupan berkeluarga dan seterusnya kehidupan bermasyarakat. Jika seseorang individu tidak mampu mengawal marah, pergaduhan besar boleh berlaku malah tidak mustahil hingga menyebabkan persengketaan yang membawa kepada kemudharatan dan kemusnahan.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW memberikan panduan
menghadapi kemarahan: “Jika salah seorang antara kamu marah
sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun
jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (HR:
Abu Dawud)
Berdasarkan hadis tersebut, adalah dianjurkan supaya mengubah kedudukan fizikal ketika seseorang itu berada dalam situasi marah, maksudnya
apabila seorang itu sedang marah dalam keadaan berdiri maka disarankan agar
orang yang berkenaan duduk. Jika duduk pun masih tidak kurang marahnya maka
berbaringlah.
Disamping itu, jalan yang terbaik ketika sedang marah adalah diam daripada berkata-kata. Bayangkan, jika rasa marah tidak dapat dikawal, pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan akan terhambur keluar. Malah kerap juga terjadi kes gugurnya talak kerana marah lalu terpacul dari mulut perkataan "cerai".
Disamping itu, jalan yang terbaik ketika sedang marah adalah diam daripada berkata-kata. Bayangkan, jika rasa marah tidak dapat dikawal, pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan akan terhambur keluar. Malah kerap juga terjadi kes gugurnya talak kerana marah lalu terpacul dari mulut perkataan "cerai".
Seterusnya marilah kita hayati hadis berikut: Daripada Abu Hurairah R.A berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergulat (bergusti atau lawan fizikal), sungguh orang yang kuat adalah yang mampu menguasai dirinya ketika marah" (HR : Bukhari).
Pengajaran daripada hadis tersebut adalah Rasullullah SAW
memberi pengiktirafan yang tinggi kepada umatnya yang mampu mengawal dirinya
daripada keadaan marah.
Kepada yang bakal menjadi bapa, saya kongsikan sebuah tip warisan Allahyarham bapa saya yang sangat bermanfaat sebagai panduan berhadapan dengan kerenah anak-anak. Allahyarham bapa saya berpesan kepada saya sebaik sahaja saya mendapat anak sulung agar dihindari memukul anak menggunakan tangan supaya tidak menjadi kebiasaan. Menurut Allahyarham, kalau menggunakan tangan dikhuatiri dalam keadaan marah pukulan akan menjadi sekuat-kuatnya yang boleh membawa kecederaan. Seterusnya hindari sama sekali memukul anak menggunakan benda yang mudah dicapai seperti gayung, puntung kayu, batang ubi, daun nenas, upih, tali pinggang, buku tebal, kasut dan sebagainya. Kalau memang perlu dirotan, letakkan rotan di tempat yang sukar diambil dan bila ada niat mahu merotan, ambil wuduk dan lakukan solat sunat wudhuk terlebih dahulu. Menurut Allahyarham, ini adalah kaedah untuk membuang perasaan marah dan bagi mengelakkan mengambil tindakan keatas anak dengan dikuasai oleh perasaan marah
Saya juga tertarik dengan tazkirah ringkas selepas solat
subuh yang disampaikan oleh Dr Mohd Zairi bin Husain, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar, IPG Kampus Temenggong Ibrahim tentang marah. Menurut beliau marah
bertemu atau berlawan marah akan berkesudahan dengan MALU dan PENYESALAN.
Sebelum saya akhiri pembicaraan saya tentang marah saya
kongsikan kisah ular dan gergaji untuk dijadikan renungan dan iktibar kepada
kita supaya kita terhindar daripada kebinasaan kerana api kemarahan.
Sila klik 👉 KISAH ULAR DAN GERGAJI
Semoga kita sentiasa dalam limpah rahmat dan keredhaanNya.
Semoga kita sentiasa dalam limpah rahmat dan keredhaanNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan