Sabtu, 11 Januari 2020

SURAH AR RAHMAN

Hari ini Sabtu 11 Januari 2020 bersamaan 14 Jamadil Awal 1441

                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)


Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dalam kategori surat makkiyah yang mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini mengingatkan kepada manusia agar sentiasa  bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

Tiada sesiapa yang pernah melihat keadaan syurga,  Allah SWT telah memberikan gambaran tentang syurga melalui melalui Surah Ar Rahman iaitu,

Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir.” (Surah ar-Rahman, ayat 50)

Kemudian firman Allah SWT bermaksud: “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).” (Surah ar-Rahman, ayat 52)

Firman Allah SWT pada ayat seterusnya bermaksud: “Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya daripada sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.” (Surah ar-Rahman, ayat 54)

Pada ayat 56 surah ar-Rahman pula, Allah SWT menjelaskan mengenai bidadari syurga: “Di dalam syurga-syurga itu terdapat para bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.”

Setiap surah dalam AlQuran memiliki kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi Surah Ar Rahman ada keistimewaanya sebagaimana yang digambarkan oleh hadis Baginda SAW

“Segala sesuatu memiliki pengantin, dan pengantinnya Al Quran adalah Ar Rahman.” (HR : Baihaqi)

Melalui Surah Al Rahman juga akan mengingatkan ada makhluk lain selain daripada manusia yang beribadah kepada Allah SWT. Perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW,

“Aku telah membacakannya kepada Jin pada malam berkumpulnya mereka, dan mereka meresponnya dengan jawaban yang lebih baik dibandingkan kalian semua. Saat aku sampai pada ayat fabi ayyi aalaa’i Rabbikuma Tukadziban(maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)mereka berkata kami tidak mendustakan apapun dari kenikmatan yang Engkau berikan, bagi Mu segala Puji.” (H.R. Tirmidzi)

Amat menarik dalam surah ini terdapat satu ayat yang diulang sebanyak 31 kali. Ayat tersebut ialah 
 فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"   Kalimat ini telah diulang dalam ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77.  Pengulangan ayat ini menunjukan manusia mudah lupa, jadi ia sebagai peringatan kepada manusia.

Kalimat ini ( فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  ) memerintahkan jin dan manusia agar sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan tidak mendustakannya kerana segala nikmat itu semuanya datang dari  dari Allah Azza wa Jalla.

Dalam kita Tafsir Nur Ats-Tsaqalain, disebutkan bahwa; “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.”  Maksudnya inilah salah satu bentuk kasih sayang Allah yang sangat mudah kita perolehi. Allah akan menyayangi kelemahan kita bermaksud Allah SWT akan memberikan kelebihan lainnya kepada kita sebagai bentuk “pengganti” atas kekurangan yang kita miliki.

Semoga perkongsian yang ringkas ini bermanfaat dan hati kita sentiasa terbuka dan istiqamah untuk melazimkan membaca AlQuran sebagai rutin kehidupan kita.

Jom baca ==> SURAH AR RAHMAN

Tiada ulasan: