Isnin, 20 Januari 2020

Dikaulah cinta hatiku..

Coretan ini sebagai mengenang 25 tahun keterlibatan dalam pendidikan guru

Ahad, 19 Januari 2020

5 Hak Muslim keatas Muslim Lain; Kita di mana ?

Hari ini Ahad 19 Januari 2020 bersamaa 22 Jamadil Awal 1441

                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)

Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” (HR : Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut menuntut kita untuk menginsafi sejauhmana kita sebagai seorang muslim memenuhi hak saudara muslim kita yang lain. Kesibukan urusan kerja seringkali menghambat untuk kita menziarahi jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara-saudara kita yang sedang sakit kampung. Generasi lama yang sekadar secukup hidup tetapi kaya dan pemurah dalam memenuhi hak ke atas saudara islam yang lain. Di kampung-kampung pada zaman dahulu sekitar tahun 1970an, amalan menziarahi orang sakit selepas waktu asar mekar subur.

Amalan terpuji yang sangat dituntut oleh agama semakin lama semakin pudar biarpun tahap pendidikan orang muslim di Malaysia semakin meningkat.  Jadi kita kena hidupkan kembali amalan terbaik dalam masyarakat kita yang sememangnya amat dituntut oleh islam. Ayuh kita yang memulakannya dahulu, selepas itu kita ajak keluarga kita......

Sekadar hiasan : Pensyarah menziarahi pelajarnya yang terlantar di hospital

Sabtu, 18 Januari 2020

Solat Sunat Witir Merentasi Kefahaman dan Kebiasaan

Hari ini Sabtu 18 Januari 2020 bersamaa 21 Jamadil Awal 1441

Jumaat, 17 Januari 2020

Day 3 : Pekan Baru, Sumatera, Indonesia

Hari ini Jumaat 17 Jan 2020 bersamaan 20 Jamadil Awal 1441

Khamis, 16 Januari 2020

Day 2 : Pekan Baru

Hari ini Khamis 16 Jan 2020 bersamaan 19 Jamadil Awal 1441H

Rabu, 15 Januari 2020

Day 1 : Pekan Baru Indonesia

15 Januari 2020 bersamaan 18 Jamadil Awal 1441

Jam 7.40 pg bertolak dari KLIA2

Selasa, 14 Januari 2020

Perrggghhhhh....Sedekah Subuh Yang Sangat Power : Jangan dibiarkan terlepas!!!

Hari ini Selasa 14 Januari 2020 bersamaan 17 Jamadil Awal 1441

                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)



Pagi tadi balik daripada solat subuh, bila saya buka hand phone saya mendapat kiriman video yang sarat dengan ilmu yang bermanfaat daripada bekas pelajar saya semasa saya mengajar di SMK Dato Mahmud Mat, Pekan, Pahang. Video syarahan oleh Sheikh Ali Jaber mantan imam Masjid Nabawi, Madinah yang fasih berbahasa Indonesia tentang kehebatan dan keistimewaan amalan bersedekah pada waktu subuh. Saya kongsikan video tersebut di sini dengan kepercayaan akan membawa manfaat kepada sesiapa jua yang menyaksikannya dan insha Allah akan memanjangkan pahala kepada bekas murid saya Puan Hasimah Kasim yang mengirimkan video tersebut kepada saya.  



Syarahan Sheikh Ali Jaber berkaitan dengan hadis berikut :
Dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR : Bukhary)  

Jom sahabat-sahabat kita membudayakan amalan bersedekah pada waktu subuh secara istiqamah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hasimah Kasim atas titipan video tersebut. Titipan video tersebut telah mengusik hati ini mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak. Tahun 1970an masa saya masih bersekolah rendah saya selalu berdoa agar hari khamis dan jumaat hujan selebat-lebatnya. Kenapa khamis dan jumaat? Ini kerana, kalaulah hari khamis hujan selebat-lebatnya maka pada hari jumaat menjadi hari yang sangat berbahagia, tidak perlu bangun awal ikut bapa menoreh getah. Keadaan yang sama pada hari sabtu kalau petang jumaat hujan lebat.  

Apa yang saya harapkan lain jadinya, memang ler tidak ke kebun getah kerana pokok getah basah tapi arwah bapa tetap kejutkan bangun awal diajak ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Aduhhhhhhh!!!! Sebagai anak bongsu  dengan usia arwah bapa yang pada waktu itu sudah melewati 60an saya memiliki kuasa tawar menawar yang akan membuat arwah bapa terpaksa akur. Biasanya arwah bapa akan umpan 10 sen. Niali 10 sen besar pada waktu itu.   
  
Arwah bapa akan bagi dua keping coin 10 sen dengan pesanan 10 sen dimasukan dalam tabung masjid dan 10 sen lagi walaupun arwah bapa tidak cakap apa-apa tapi saya faham adalah untuk saya. Hmmm...saya kelepet semua !!! Tidak pernah pun dimasukkan tabung masjid sebagaimana yang diamanahkan. Arwah bapa main percaya jer tidak pernah bertanya. 

Dipendekan cerita, sampailah ketika saya sudah hampir jadi orang, masa "badhan" (istilah jawa merujuk kepada acara memohon maaf selepas solat sunat idil fitri) saya memohon maaf dengan menyenaraikan kesalahan-kesalahan lampau termasuk kelepet duit yang diamanahkan masuk tabung masjid masa subuh. Arwah bapa sebut "aku tau", "bapak dah maafkan".  Yang lebih meng"haru"kan apabila arwah bapa sebut bahawa beliau mengetahui perbuatan saya meng"kelepet" dan berbagai-bagai akal saya yang lain. Beliau menambah, "kan dalam quran dah sebut yang anak-anak adalah menjadi cubaan". Saya percaya beliau merujuk ayat 15 Surah At Taghabun yang bermaksud, "Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu, dan disisi Allah  pahala yang besar".  

Menurutnya lagi, "bapak kena ganda-gandakan "tirakat" (bermaksud berdoa dengan diiringi amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti puasa sunat, membaca Al quran, berzikir, solat hajat, qiamulail dsbnya) supaya satu hari nanti Allah bukakan hati anak bapak".  Ayat yang bikin bertambah sentap, "bapak kena redha Allah bagi bapak anak yang  "mbedik" (bermaksud nakal); bila bapak redha dan sabar bapak dapat pahala", seterusnya ada hikmahnya,  Allah nak bapak banyak berdoa". Allahu.....
Terima kasih bapak didik dan asuh amalan bersedekah pada waktu subuh sejak saya kanak-kanak lagi walaupun tidak pernah diterangkan fadhilatnya dengan sokongan dalil-dalil.....

Semoga  roh Allahyarham Haji Badui @ Mohamad bin Hj Nawawi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.                                                                

  

Isnin, 13 Januari 2020

Tidak Menanam Mana Mungkin Panin

Hari ini Isnin 13 Januari 2020 bersamaan 16 Jamadil Awal 1441

Teringat masa zaman saya remaja sedang nakal

Corat-coret 13 -16 Disember 2019

Hari ini 13 Januari 2020 bersamaan 16 Jamadil Awal 1441


Sebulan yang lalu iaitu pada 13 - 16 Disember 2019 Alumni Seri Temenggong telah mengadakan Program Bimbingan Asas Kemahiran Berdikari atau BAKDI kusus untuk anak-anak yatim di Daiyah Syamsul Fata dan Dayah Madani Aziziyah Banda Aceh.  Program ini sebagai persediaan mengharungi kehidupan di alam terbuka kepada anak-anak yatim yang akan meninggal asrama anak yatim sebaik sahaja tamat persekolahan mereka pada akhir bulan Disember.  Mereka diberi bimbingan  penyediaan makanan yang boleh dikomersialkan dan pemasaran menggunakan media sosial. 
Tuan Haji Sasman bin Yasir sedang memberikan tazkirah

Haji Sasman bin Yasir selaku Pengerusi Alumni Seri Temenggong telah menjemput hamba untuk turut serta dalam program tersebut, dan beliau juga memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa bersama beberapa orang pensyarah dan guru pelatih sebagai fasilitator bagi membantu Alumni Seri Temenggong menjayakan program tersebut. Kesempatan yang diberikan kepada hamba bagai pucuk dicita ulam mendatang. Inilah peluang terbaik bagi hamba merealisasikan impian yang tidak kesampaian semasa hamba bertugas di Tawau.  Kalau boleh seramai yang mungkin anak-anak Tawau yang ingin hamba bawa bersama, tapi apakan daya keterbatasan ruang tidak mengizinkan. 

Ahad, 12 Januari 2020

Pahala semisal haji dan umrah yang sering diabaikan

Hari ini Ahad 12 Januari 2020 bersamaan 15 Jamadil Awal 1441

                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)


Menunaikan fardhu haji dan umrah adalah impian kepada semua orang islam. Walaubagaimanapun tidak semua orang berkemampuan menunaikan ibadah haji dan umrah. Ramai juga yang berkemampuan dari segi wang ringgit dan harta benda tetapi terhalang kerana masalah kesihatan, tiada muhrim atau halangan-halangan lain. Tidak kurang yang sihat tubuh badan cergas kuat dan bertenaga tetapi tidak punya kecukupan dari segi wang ringgit untuk perbelanjaan untuk ke tanah suci.

Maha suci Allah, Allah yang sifatnya maha pemurah, maha adil dan lagi maha penyayang  tetap memberikan peluang lain kepada hambaNya yang tidak berkemampuan ke tanah suci untuk mendapatkan pahala dan ganjaran semisal dengan pahala haji dan umrah. Hal ini diterangkan melalui beberapa hadis Rasulullah SAW seperti berikut:

1
.
“Barangsiapa keluar dari rumah dalam keadaan sudah suci (berwudhu di rumah)untuk menunaikan sholat fardhu, pahalanya seperti pahala haji orang  berihram”. (HR:Abu Daud)



2
.
Sekelompok orang miskin berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “ Ya, Rasulullah, orang-orang kaya telah membolot (memborong) semua kedudukan yang tinggi serta kebahagiaan yang abadi dengan harta mereka. Mereka sholat dan berpuasa sebagaimana kami lakukan. Akan tetapi mereka mempunyai harta untuk menunaikan haji, umrah dan bersedekah.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sukakah kalian saya ajarkan sesuatu yang dapat mengejar orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang kemudian, dan tidak lebih utama daripada kalian, kecuali mereka melakukan seperti kalian lakukan?” Mereka menjawab, “Baiklah ya Rasulullah”, Rasulullah SAW bersabda, “setiap selesai sholat bacalah olehmu Tasbih ( سُبْحَانَ اللّهُ), Tahmid (اَلْحَمْدُلِلّهِ) dan Takbir (اَللّهُ اَكْبَرُ ) masing-masing sebanyak 33 kali”. (HR: Bukhari)



3
.
Dari Anas bin Malik R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang solat subuh berjemaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti sholat dua rekaat, maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah”, dia (Anas RA) berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sempurna, sempurna, sempurna”.(HR: Tarmidzi)



4
.
“Barangsiapa bersuci (berwudhu) di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.(HR: Tarmidzi & Ibnu Majah)



5
.
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Ibnu Abas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita daripada kalangan Ansar, “Apakah yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami?” Dia (wanita) berkata, “Kami hanya punya dua ekor unta, satunya dibawa oleh bapa dan anaknya, dan yang satu lagi kami gunakan untuk menyiram kebun”.  Maka Rasulullah SAW bersabda, “ Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala melakukan umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji”. Dalam riwayat Muslim, “Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku”.

Nota:

Berdasarkan 5 hadis di atas mari kita atur strategi untuk mendapat pahala umrah dan haji setiap hari. Strateginya adalah berdasarkan situasi di mana kita berada.


1.
Sekiranya kita di Malaysia 
Hadis No. 1, No.2 dan No.3. dijadikan amalan harian, contohnya:

1.1
waktu zohor, asar, maghrib dan isyak sebelum ke surau atau masjid ambil wudhuk terlebih dahulu  (sama ada di rumah atau pejabat) sebagaimana yang disarankan oleh hadis No 1.

1.2
selepas selesai solat fardhu teruskan beramal berpandukan hadis yang No 2

1.3
khusus untuk waktu subuh ulangi perkara 1.1, 1.2 dan tambah amalan yang disarankan dalam hadis No 3.


JANGAN LUPA berderma pada waktu sebelum solat subuh (ada hadis yang berkaitan dengan keutamaan berderma pada waktu subuh)
Sila rujuk entri saya tentang perkara ini -> KEISTIMEWAAN DERMA SUBUH




*Mari kita lihat ikut lojik matematik 

a.
bagi solat zohor, asar, maghrib dan isyak jika kita menuruti hadis No.1 dan No. 2 kita  akan mendapat dua ganjaran pahala haji umrah pada setiap waktu.

b.
bagi solat subuh jika menuruti hadis No. 1, No. 2 dan No. 3 maka kita akan dapat 3 ganjaran pahala haji umrah




=>
Jadi kalau setiap waktu kita  beramal berpandukan hadis No 1, No 2 dan No 3 maka kita akan mendapat 11 pahala haji umrah sehari. Bagaimana boleh mendapat 11 pahala haji umrah? Ini jawabanya zohor dapat 2, asar dapat 2, maghrib dapat 2, isyak dapat 2 dan subuh dapat 3.  
DENGAN KATA LAIN WALAUPUN BERADA DI MALAYSIA, SETIAP HARI KITA MAMPU MERAIH 11 PAHALA HAJI UMRAH

2.
Sekiranya Berada di Madinah

2.1
waktu zohor, asar, maghrib dan isyak sebelum ke Masjid Nabawi ambil wudhuk terlebih dahulu  di hotel sebagaimana yang disarankan oleh hadis No.1.

2.2
selepas selesai solat fardhu jangan lepaskan peluang turut serta solat jenazah (ganjarannya sangat besar akan diulas dalam entri yang berikutnya).
Berdasarkan pemerhatian saya ramai jemaah tidak join solat jenazah sebaliknya terus solat sunat.
SOLAT JENAZAH DAHULU selepas itu lakukan seberapa banyak solat sunat yang mampu.

2.3
selepas selesai solat jenazah teruskan beramal berpandukan hadis yang No.2 dan diikuti dengan amalan-amalan sunat yang lain seperti solat-solat sunat dsbnya.

2.4
khusus untuk waktu subuh ulangi perkara 2.1, 2.2 dan 2.3 selepas itu tambah amalan yang disarankan dalam hadis No.3


JANGAN LUPA berderma pada waktu sebelum solat subuh.

2.5
Selepas selesai melakukan solat sunat dhuha (sila rujuk jadual solat di Madinah) balik hotel sarapan dan rehat. Sekitar jam 9 pagi selepas urusan diri dan dalam keadaan sudah ada wudhuk ambil teksi / uber / grab ke Masjid Quba untuk melaksankan amalan seperti yang disarankan dalam hadis No. 4.




*Mari kita lihat ikut lojik matematik 

=>
Di Madinah kalau  beramal berpandukan hadis No. 1, No. 2, No. 3 dan No. 4 maka kita akan mendapat 12 pahala haji umrah sehari. Bagaimana boleh mendapat 12 pahala haji umrah? Ini jawabanya zohor dapat 2, asar dapat 2, maghrib dapat 2, isyak dapat 2, subuh dapat 3 dan dapat 1 pahala umrah di Masjid Quba.




++
Kelebihan dan keistimewaan Masjid Quba turut dinyatakan melalui firman Allah SWTmelalui Surah At Taubah Ayat 108 yang bermaksud, …”Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut  untukmu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih”.


3.
Sekiranya Berada di Mekah


3.1
waktu zohor, asar, maghrib dan isyak sebelum ke Masjidil Haram ambil wudhuk terlebih dahulu  di hotel sebagaimana yang disarankan oleh hadis No. 1.

3.2
selepas selesai solat fardhu jangan lepaskan peluang turut serta solat jenazah (ganjarannya sangat besar akan diulas dalam entri yang berikutnya).
Berdasarkan pemerhatian saya ramai jemaah tidak join solat jenazah sebaliknya terus solat sunat.
SOLAT JENAZAH DAHULU selepas itu lakukan seberapa banyak solat sunat yang termampu.

3.3
selepas selesai solat jenazah teruskan beramal berpandukan hadis yang No.2 dan diikuti dengan amalan-amalan sunat yang lain seperti solat-solat sunat dsbnya.

3.4
khusus untuk waktu subuh ulangi perkara 3.1, 3.2 dan 3.3 selepas itu tambah amalan yang disarankan dalam hadis No. 3, antaranya berzikir, bertahmid, bertakbir, membaca AlQuran dan berselawat sambal melakukan tawaf sunat. Rujuk jadual sholat di Mekah. Semasa di Mekah perbanyakan tawaf sunat terutamanya selepas waktu subuh kerana cuaca tidaklah panas sangat.
PENGALAMAN SAYA semasa menunaikan fardhu haji dan beberapa kali menunaikan ibadah umrah,  saya menjadikan amalan tawaf sunat sambil menantikan masuknya waktu dhuha. Biasanya tidak berapa lama selepas selesai tawaf sunat sudah boleh menunaikan sholat sunat dhuha


JANGAN LUPA berderma pada waktu sebelum solat subuh.




*Mari kita lihat ikut lojik matematik 

=>
Di Mekah kalau  beramal berpandukan hadis No. 1, No. 2, No. 3 dan No. 4 maka kita akan mendapat 11 pahala haji umrah sehari. Bagaimana boleh mendapat 11 pahala haji umrah? Ini jawabanya zohor dapat 2, asar dapat 2, maghrib dapat 2, isyak dapat 2 dan subuh dapat 3.
DITAMBAH KEISTIMEWAAN DI MEKAH BOLEH LAKUKAN UMRAH SEBERAPA BANYAK YANG MUNGKIN SELAGI MAMPU ULANG-ALIK KE TANAIM .




SAYUGIA DIINGATKAN


i.
solat di Masjidil Haram akan digandakan sebanyak 100,000 kali berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih baik daripada serratus ribu solat di tempat lain.”  


    ii.
Berdasarkan pemerhatian saya, ramai jemaah yang tergesa-gesa selepas solat subuh meninggalkan Masjidil Haram pulang ke hotel untuk membuat persiapan ke Tanaim untuk memasang niat melakukan umrah. Ada juga yang datang ke Masjidil Haram sebelum subuh lengkap dengan ihram, namun demikian sebaik sahaja selesai solat subuh terus bergegas ke Tanaim. Sebenarnya tanpa disedari jemaah seperti ini mengalami kerugian (ikut logik matematik terlepas pahala satu umrah dan haji) kerana mengabaikan hadis No. 3.  SEBAIK-BAIKNYA selepas solat subut ikut solat jenazah kemudian beramal dengan hadis No. 2 kemudian diikuti  pula dengan amalan yang disarankan oleh hadis No. 3. Balik hotel  selepas selesai solat sunat dhuha di Masjidil Haram. Maknanya balik hotel sudah bawa pahala umrah dan haji, Selepas balik hotel, setelah selesai sarapan, berehat dan urus diri bolehlah ke Tanaim untuk pasang niat umrah.







4.
BONUS BULAN RAMADHAN








Jika ada kelapangan rezeki dan sihat boleh mengerjakan umrah kerana pahala mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan sama seperti pahala haji. Sila rujuk hadis No. 5

Kesimpulannya betapa pemurahnya Allah SWT yang menganugerah pahala semisal pahala umrah dan haji setiap hari walaupun kita tidak berada di bumi Haramain. Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri samada kita "grab" peluang yang diberikan sebaik-baiknya atau dilepaskan begitu sahaja.

Entri ini tidak bermaksud tidak perlu ke Haramain sama sekali untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Ibadah Haji dan umrah adalah rukun islam ke 5, yang diwajibkan hanya satu kali sahaja keatas orang islam yang cukup syarat-syaratnya.

Catatan ini adalah sebagai panduan sementara menantikan kesempatan untuk kita mengerjakan haji dan umrah itu tiba maka ambilah peluang untuk mendapat pahala yang semisal dengan pahala umrah dan haji sebagaimana yang dianjurkan melalui hadis Rasulullah SAW.

Seterusnya bagi yang mendapat peluang melakukan ibadah umrah atau haji teruskan beramal dengan amalan yang disarankan oleh Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW  walaupun berada di tanah suci.
Sekiranya di Mekah dengan mengamalkan amalan tersebut maka akan dapat 11 ganjaran pahala semisal dengan ganjaran umrah dan haji DITAMBAH dengan pahala bilangan umrah yang mampu dilakukannya di sana (berapa kali umrah yang mampu dilakukan dalam sehari bergantung kemampuan fizikal kita berulang-alik ke Tanaim)

Semoga catatan ini bermanfaat dan mudah-mudahan kita ditetapkan hati untuk terus kekal istiqamah.


Sabtu, 11 Januari 2020

SURAH AR RAHMAN

Hari ini Sabtu 11 Januari 2020 bersamaan 14 Jamadil Awal 1441

                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)


Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dalam kategori surat makkiyah yang mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini mengingatkan kepada manusia agar sentiasa  bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

Tiada sesiapa yang pernah melihat keadaan syurga,  Allah SWT telah memberikan gambaran tentang syurga melalui melalui Surah Ar Rahman iaitu,

Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir.” (Surah ar-Rahman, ayat 50)

Kemudian firman Allah SWT bermaksud: “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).” (Surah ar-Rahman, ayat 52)

Firman Allah SWT pada ayat seterusnya bermaksud: “Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya daripada sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.” (Surah ar-Rahman, ayat 54)

Pada ayat 56 surah ar-Rahman pula, Allah SWT menjelaskan mengenai bidadari syurga: “Di dalam syurga-syurga itu terdapat para bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.”

Setiap surah dalam AlQuran memiliki kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi Surah Ar Rahman ada keistimewaanya sebagaimana yang digambarkan oleh hadis Baginda SAW

“Segala sesuatu memiliki pengantin, dan pengantinnya Al Quran adalah Ar Rahman.” (HR : Baihaqi)

Melalui Surah Al Rahman juga akan mengingatkan ada makhluk lain selain daripada manusia yang beribadah kepada Allah SWT. Perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW,

“Aku telah membacakannya kepada Jin pada malam berkumpulnya mereka, dan mereka meresponnya dengan jawaban yang lebih baik dibandingkan kalian semua. Saat aku sampai pada ayat fabi ayyi aalaa’i Rabbikuma Tukadziban(maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)mereka berkata kami tidak mendustakan apapun dari kenikmatan yang Engkau berikan, bagi Mu segala Puji.” (H.R. Tirmidzi)

Amat menarik dalam surah ini terdapat satu ayat yang diulang sebanyak 31 kali. Ayat tersebut ialah 
 فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"   Kalimat ini telah diulang dalam ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77.  Pengulangan ayat ini menunjukan manusia mudah lupa, jadi ia sebagai peringatan kepada manusia.

Kalimat ini ( فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  ) memerintahkan jin dan manusia agar sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan tidak mendustakannya kerana segala nikmat itu semuanya datang dari  dari Allah Azza wa Jalla.

Dalam kita Tafsir Nur Ats-Tsaqalain, disebutkan bahwa; “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.”  Maksudnya inilah salah satu bentuk kasih sayang Allah yang sangat mudah kita perolehi. Allah akan menyayangi kelemahan kita bermaksud Allah SWT akan memberikan kelebihan lainnya kepada kita sebagai bentuk “pengganti” atas kekurangan yang kita miliki.

Semoga perkongsian yang ringkas ini bermanfaat dan hati kita sentiasa terbuka dan istiqamah untuk melazimkan membaca AlQuran sebagai rutin kehidupan kita.

Jom baca ==> SURAH AR RAHMAN

Jumaat, 10 Januari 2020

Surah Al Kahfi

Hari ini Jumaat 10 Januari 2020 bersamaan 13 Jamadil Awal 1441


                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)


Hari ini kita akan membicarakan tentang amalan membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Berikut adalah sandaran hadis yang berkaitan dengan saranan membaca surah tersebut.

“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
 (HR: al-Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” 
(HR : Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis di atas disarankan agar kita membaca Surah al-Kahfi pada malam dan siang jumaat samada secara  beramai-ramai atau secara bersendirian keerana fadhilat dan manfaatnya yang sangat besar.
Tidak menjadi masalah bagi masyarakat melayu yang sudah sebati menjadikan amalan membaca Surah Yasin pada malam jumaat sejak sekian lama, teruskan. Allah yang maha mengetahui, insha Allah tetap diberikan ganjaran pahala kerana membaca AL Quran. Ini kerana Suarh Yasin adalah ‘jantung al-Quran’ yang terdapat kelebihan bagi sesiapa yang membacanya. 

Jom baca => SURAH ALKAHFI

Khamis, 9 Januari 2020

Ayat Al Kursi : Kehebatan yang sering diabaikan

Hari ini Khamis 9 Januari 2020 bersamaan 12 Jamadil Awal 1441


                      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR: Bukhari)

Entri kali ini akan membicarakan tentang saranan Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW supaya umatnya melazimkan membaca Ayat Kursi selepas solat fardhu sebagai amalan harian 


"Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. (HR: al-Thabarani)

Membaca ayat al-Kursi mempunyai kelebihannya yang tersendiri sebagaimana yang disebut di dalam di atas iaitu kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardhu. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita.  Bila lagi? jangan bertangguh sementara masih sihat dan sebelum terbujur kaku.

Saksikan 
👉 KEUTAMAAN AYAT AL KURSI

Semoga kita sentiasa dalam limpah rahmat dan keredhaanNya

Rabu, 8 Januari 2020

Surat Al Waqiah : Menghindari kesusahan dan kemiskinan selama-lamanya

Hari ini Rabu 8 Januari 2020 bersamaan 11 Jamadil Awal 1441 H

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (HR: Ibnu Ady)
"Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.“Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Entri kali ini adalah membicarakan tentang Surah Al Waqiah iaitu surah yang ke 56 dalam juzuk yang ke 27.  Seperti yang semua sedia maklum bahawa AlQuran merupakan mukjizat terbesar dan paling agong.
Al-quran juga mempunyai fadhilat yang sangat banyak dan tiada tandingannya. Setiap surah mempunyai kelebihan yang tersendiri. 


Berdasarkan hadis-hadis di atas yang secara khusus menjelaskan tentang keistimewaan surah Al Waqiah  adalah sangat rugi dalam keadaan diri kita yang masih sihat tidak memanfaakannya. Sekiranya belum mula, masih belum terlambat. Marilah kita melazimkan dengan mengamalkan Surah AlWaqiah sebagai amalan harian kita.  Mudah-mudahan dengan melazimkan membaca surah Al Waqiah akan menghindarkan kita daripada kemiskinan. Kemiskinan tidak semestinya berkaitan dengan wang ringgit dan harta benda sahaja. Sihat, kecukupan, kebahagiaan, disayangi, dipermudahkan segala urusan adalah realiti sebenar kekayaan. Kekayaan adalah lawan kepada kemiskinan.


JOM BACA SURAH AL WAQIAH   => DI SINI

Selasa, 7 Januari 2020

Petua Tradisional Rawatan Kencing Manis

Hari ini Selasa 7 Januari 2020 bersamaan 10 Jamadil Awal 1441.

Entri kali ini saya kongsikan petua tradisional rawatan kencing manis.
Mudah-mudahan bermanfaat.


Semoga kita sentiasa dalam limpah rahmat dan keredhaanNya.



Isnin, 6 Januari 2020

Ghurur : Antara Penyakit Hati Yang Merbahaya

Hari ini Ahad 5 Januari 2020 bersamaan 9 Jamadil Awal 1441 Hijrah

Pada 5 Januari 2018 saya ada menulis agak ringkas di FB saya tentang Ghurur. Saya kongsikan kembali catatan saya tentang  Ghurur  👉 DI SINI

Apakah yang dimaksudkan dengan Ghurur ? Dari sudut bahasa, ia bermaksud tertipu dengan diri sendiri, manakala secara istilah pula, al-ghurur bererti seorang yang merasa bangga terhadap diri sehingga memandang remeh dan rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.

Allah SWT telah memberi amaran supaya kita tidak memiliki sifat ghurur sama ada disebabkan limpahan kekayaan, anak-pinak atau faktor pangkat dan kekuasaan. Perkara ini dijelaskan melalui Surah Al Infitaar, ayat 6-8 yang bermaksud, "Wahai manusia, apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Tuhan yang mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan diadakan) serta menjadikan (binaan badanmu) sepadan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja dikehendaki-Nya, Ia menyusun kejadianmu." 
Firman Allah SWT yang seterusnya: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang sombong, takbur lagi membanggakan diri." (Surah Luqman, ayat 18)
Tanda-tanda seseorang itu ditimpa penyakit  ghurur ialah apabila  berterusan menghina dan memperbodohkan hasil usaha orang lain meskipun usaha orang lain itu baik, banyak memperkatakan kebaikan dilakukan dirinya sendiri serta sukar tunduk kepada kebenaran yang datang daripada orang jujur dan dipercayai.
Info lanjut tentang Ghurur SILA KLIK DI SINI