Keajaiban
Istighfar: Rencana Lengkap Berserta Doa-Doa Nabi
Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan dosa samada secara sedar atau tidak. Oleh yang demikian islam mengajar kita agar
sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT bagi membersihkan jiwa,
menenangkan hati, serta membuka pintu Rahmat dan rezeki.serta yang paling utama
untuk mendapatkan keredhaanNya
Dalam kehidupen yang penuh tekanan, manusia sering berhadapan
gelisah, ketakutan dan ketidakpastian. Istighfar menjadi ubat kepada
kegelisahan itu kerana ia menghubungkan hati dengan ketenangan Ilahi. Hal ini
diterangkan dalam Surah Hud ayat ke 3 yang bermaksud: ”Dan hendaklah kamu
meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya; supaya Dia
memberi kamu kenikmatan yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang
tertentu.”
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
al-Tirmizi yang bermaksud, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar,
Allah akan menjadikan baginya jalan keluar bagi setiap kesempitan, kelapangan
bagi setiap kegelisahan, serta memberi rezeki dari jalan yang tidak
disangka-sangka.”
Hadis ini menjadi bukti bahawa istighfar adalah formula lengkap
kehidupan iaitu sebagai penenang emosi,
pemulih masalah, dan pembuka jalan rezeki.
Dalam Al Quran dinukilkan tentang amalan oleh para rasul yang terdahulu yang
boleh dijadikan sebagai amalan harian kita.
Berikut adalah antara doa-doa istighfar nabi -nabi terdahu iaitu
1. Istighfar
Nabi Yunus A.S.
Dalil: Surah Al-Anbiya’ ayat 87
لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Makna:
“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam
kalangan orang-orang yang zalim.”
2. Istighfar
Nabi Adam A.S.
Dalil: Surah Al-A‘raf ayat 23
Teks Arab:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِينَ
Makna:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak
mengampuni kami dan mengasihani kami, pasti kami termasuk dalam golongan orang
yang rugi.”
3. Istighfar
Nabi Ibrahim A.S.
Dalil: Surah Ibrahim ayat 41
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Makna:
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, kedua ibu bapaku, dan seluruh orang beriman pada
hari dihitung amal.”
Semoga rencana ini menjadi penyambung manfaat daripada video
istighfar yang dikongsikan. Moga Allah memberi ketenangan, kelapangan, dan
keberkatan kepada kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan