Selasa, 16 Jun 2009

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته / Salam Sejahtera

Tugasan Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Arahan:
1. Jawab satu soalan Bahagian A, satu soalan Bahagian B dan satu soalan Bahagian C.
2. Jawaban bagi Bahagian A dan Bahagian B tidak melebihi 8 muka surat tidak termasuk kulit dan senarai rujukan dengan menggunakan font Arial saiz 12 dengan 2 langkau barisan.
3. Jawaban bagi Bahagian C adalah dalam bentuk powerpoint tidak melebihi 10 slide.
4. Tugasan dalam bentuk softcopy hendaklah dihantar melalui email mohdzainbadui@hotmail.com selewat-lewatnya pada 30 Julai 2009 sementara hardcopy dihantar semasa interaksi.


BAHAGIAN A

1. " Walaupun orang Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dikatakan sebagai Jahiliah tetapi sebenarnya merupakan bangsa yang bertamadun ". Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.
2. " Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin yang unggul sehingga berjaya membentuk Negara Islam semasa di Kota Madinah". Buktikan kenyataan tersebut
3. " Perang Salib yang berlaku diantara orang Islam den orang Kristian lebih banyak membawa keuntungan kepada orang Kristian" Bincangkan kenyataan tersebut
BAHAGIAN B

1. Huraikan kesan-kesan pertembungan di antara Tamadun Islam dengan Tamadun China dalam bidang politik, ketenteraan dan perdagangan.
2. " Kesultanan Delhi dianggap sebagai pemusnah kepada Tamadun Hindu ". Analisakan secara kritikal kenyataan tersebut.
3. " Perkembangan islam di Acheh berkembang pesat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani". Sejauhmana anda bersetuju dengan kenyataan tersebut.

BAHAGIAN C

1. " Budaya Ilmu Menurut Perspektif Islam"
2. " Tamadun India dalam Masyarakat Melayu Islam di Malaysia"
3. " Kekeliruan Masyarakat Bukan Islam Terhadap Islam"