Ahad, 23 Oktober 2016

INAUGURAL LECTURE PROF DR MOHD MAJID KONTING - SATU PENGHORMATAN UNTUK ANAK KELAHIRAN PARIT KAHAR


Alhamdullah dengan rasa bangga dan terharu serta teruja saya dapat hadir dan seterusnya dapat menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah , Prof Dr Mohd Majid bin Konting anak kelahiran Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor  menyampaikan syarahannya berjudul "Teaching for Quality Learning: A Leadership Challenge" dalam majlis Inaugural Lecture.

Inaugural Lecture merupakan majlis yang sangat berprestij bagi seorang ahli akademik. Tidak semua ahli akademik berpeluang sampai ke tahap itu. Kejayaan beliau terpilih menyampaikan syarahan beliau dalam majlis Syarahan Inaugural adalah sebagai bukti pengiktirafan atas kejayaan cemerlang beliau dalam lapangan akademik termasuk kajian-kajian ilmiah beliau hingga ke peringkat antarabangsa.

Semoga sebutir permata yang lahir di kawasan pedalaman suatu ketika dahulu terus menyinar dan menjadi pendorong dan pemakin kepada kelahiran lebih ramai lagi permata untuk agama, bangsa dan tanah air dari kalangan anak-anak waris Parit Kahar. 


Beliau bukan sahaja telah melahirkan para sarjana tetapi turut menitipkan pelbagai khazanah akademik yang mendapat pengiktirafan anatarabangsa untuk agama bangsa dan tanah airnya.


Intipati syarahan Inaugural beliau diabadikan dalam sebuah buku yang bukan sahaja menjadi rujukan malah akan menjadi khazanah ilmu yang berpanjangan dan berterusan.


Bersama suadara kita juga Tuan Mohd Rabin bin Basir, dari Bahagian Keselamatan, Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir sebagai jemputan family untuk meyaksikan Syarahan Inaugural beliau. Kebetulan kami bertiga adalah penggerak utama Pasukan Program Rakan Waqaf untuk Masjid Jamik Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Akhir kalam, 
21 Oktober 2016 bersamaan 20 Muharam 1438 tercipta sejarah.
Tahaniah Prof Mohd Majid Konting, Tahniah Tuan Haji Konting Kasran dan Hjh Mariah binti Shukran dan Tahniah untuk Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Tiada ulasan: