Isnin, 6 Januari 2020

Ghurur : Antara Penyakit Hati Yang Merbahaya

Hari ini Ahad 5 Januari 2020 bersamaan 9 Jamadil Awal 1441 Hijrah

Pada 5 Januari 2018 saya ada menulis agak ringkas di FB saya tentang Ghurur. Saya kongsikan kembali catatan saya tentang  Ghurur  👉 DI SINI

Apakah yang dimaksudkan dengan Ghurur ? Dari sudut bahasa, ia bermaksud tertipu dengan diri sendiri, manakala secara istilah pula, al-ghurur bererti seorang yang merasa bangga terhadap diri sehingga memandang remeh dan rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.

Allah SWT telah memberi amaran supaya kita tidak memiliki sifat ghurur sama ada disebabkan limpahan kekayaan, anak-pinak atau faktor pangkat dan kekuasaan. Perkara ini dijelaskan melalui Surah Al Infitaar, ayat 6-8 yang bermaksud, "Wahai manusia, apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Tuhan yang mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan diadakan) serta menjadikan (binaan badanmu) sepadan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja dikehendaki-Nya, Ia menyusun kejadianmu." 
Firman Allah SWT yang seterusnya: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang sombong, takbur lagi membanggakan diri." (Surah Luqman, ayat 18)
Tanda-tanda seseorang itu ditimpa penyakit  ghurur ialah apabila  berterusan menghina dan memperbodohkan hasil usaha orang lain meskipun usaha orang lain itu baik, banyak memperkatakan kebaikan dilakukan dirinya sendiri serta sukar tunduk kepada kebenaran yang datang daripada orang jujur dan dipercayai.
Info lanjut tentang Ghurur SILA KLIK DI SINI

Tiada ulasan: