Sabtu, 28 Mei 2011

KPLI Mod KDC Guru Agama Majlis Agama Islam Johor

Selamat datang diucapkan kepada peserta KPLI Mod KDC Guru Agama Majlis Agama Islam Johor yang akan melapor diri pada 29 Mei 2011.

Sebagai Penyelaras Program, suka saya mengingatkan bahawa cabaran dan ujian berat sedang menanti anda. Sepanjang tempoh 18 bulan mendatang pastinya menuntut segala pengorbanan masa, tenaga dan tentu sekali wang ringgit. Mulai sekarang perlu disemaikan di minda masing-masing tiada lagi cuti-cuti sekolah sepanjang tempoh itu. Kefahaman perlu diberikan kepada ibubapa, pasangan, anak-anak dan keluarga supaya tidak timbul salah faham dan persepsi yang salah khususnya terhadap program ini dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim selaku agensi yang diamananahkan melaksanakan program ini. Insyallah dengan kefahaman yang jelas dan persepsi yang betul akan meletakan orang yang paling hampir dengan kita untuk turut sama berkorban dan memberikan sokongan yang padu.

Program ini adalah program bercorak latihan yang memerlukan komitmen yang tinggi, kecergasan mental dan fizikal dikalangan para pesertanya. Hanya peserta yang benar-benar fit dari segi mental dan fizikal sahaja yang akan berjaya mengharungi cabaran hinggga ke garisan penamat.