Khamis, 5 Mei 2016

Demi Persahabatan: Kembara dari Selat Tebrau ke Negeri di Bawah Bayu

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menyatakan rasa terharu dan terima kasih diatas segala pengorbanan rakan-rakan pensyarah JTP IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang terdiri daripada Pn. Siti Anidah binti Kamsir, En Kamaludin bin Ahmad, Tn Hj Yusof bin Osman, Dr Hjh Sumilah binti Marto dan Pn Ngau yang sanggup merentasi ribuan km Lautan China Selatan dengan perbelanjaan wang poket sendiri demi meraikan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama sambil berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan pensyarah-pensyarah warga IPG Kampus Tawau.


Seorang sahabat dan sifu En. Kamaludin bin Ahmad, pensyarah JTP IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang banyak mengajar dan berkongsi ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan dengan ICT, networking dan programing semasa saya mengetuai Unit Peperiksaan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim . Terima kasih Che Din (En. Kamaludin bin Ahmad) begitu sabar melayan banyak kerenah saya...... Beliau juga turut membantu saya membangunkan website masjid dan badan sukarela yang saya pimpin. Walaupun Che Din sudah berada di penghujung waktu sebagai penjawat awam namun beliau tetap bersemangat. 


Tuan Hj Yusof bin Osman seorang sahabat dan sifu yang banyak  mengajar saya ilmu kepengakapan. Disamping itu, semasa saya menjadi Penyelaras KDC Guru-guru Agama Kerajaan Johor di IPGK Temenggong Ibrahim, beliau begitu bersungguh-sungguh membantu merealisasikan agar guru-guru agama yang mengikuti kursus dalam cuti memperolehi 2 manik kayu sebelum menamatkan pengajian. Bro Hj Yusof, walaupun isu kopiah sangat pahit pada ketika itu (rasanya hampir 20 tahun yang lalu) tetapi kini menjadi sebahagian daripada kenangan manis sepanjang kita bersahabat dan saya berguru dengan bro. 


Rakan-rakan pensyarah JTP IPGK Temenggong Ibrahim yang diketuai oleh Pn Siti Anidah binti Kamsir mengadakan perkongsian ilmu dan pengalaman kepada pensyarah-pensayarah IPG Kampus Tawau pada 5 - 6 Mei 2016.


Sesungguhnya jasa baik kalian wahai sahabat-sahabatku Pn Siti Anidah binti Kamsir, Dr Hjh Sumilah binti Marto, Tn. Hj Yusof bin Osman, En. Kamaludin bin Ahmad dan Pn Ngau tetap akan saya kenang hingga akhir hayat. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Semoga tidak serik untuk mengunjungi dan melawat kami lagi di Tawau....
Maaf diatas apa jua kekurangan.

1 ulasan:

yusof berkata...

Alhamdulillah moga persahabatan kekal abadi dan dlm keredaan Allah jua.Pengalaman mengajar kita bertindak secara rasional n siuman.