Ahad, 7 Februari 2016

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Pengarah YADIM Sabah

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg Tuan Haji Samin bin Hj Ongki, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah diatas kesudian beliau meluangkan masa melawat tapak Madrasah Al Hidayah, Kampung Bakau, Indrasabah, Tawau pada 3hb Februari yang lalu. 

Seseungguhnya kehadiran beliau melawat tapak madrasah kami sangat bermakna buat kami yang masih dalam proses belajar mengendalikan program dakwah di lapangan. Insha Allah segala idea, saranan dan nasihat serta tunjuk ajar beliau akan kami perhalusi dan dijadikan panduan  agar usaha kami berada dilandasan yang betul.

Berikut adalah sebahagian yang dapat kami rakamkan semasa lawatan singkat beliau ke tapak madrasah kami.


di bahagian hadapan



di bahagian belakang



di bahagian dalam madrasah



meninjau kerja-kerja pembinaan

bersama En Anai tukang rumah

beramah mesra dengan tukang rumah yang ditugaskan
membaiki dan membina semula rumah untuk dijadikan  madrasah



singgah di IPG Kampus Tawau selepas lawatan tapak 




perbincangan secara santai untuk memantapkan madrasah kami

Saya selaku pengerusi dan mewakili seluruh wargakerja Madrasah Al Hidayah sangat terharu dan teruja dengan kehadiran beliau dari jauh semata-mata untuk melawat tapak madrasah kami yang serba kekurangan dan seterusnya berkongsi pengalaman beliau dengan kami untuk dijadikan panduan. Lawatan dan nasihat serta cadangan beliau amat kami hargai dan telah memberi suntikan semangat baru kepada kami. Segala jasa baik beliau hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Tiada ulasan: