Rabu, 26 Ogos 2009

Tugasan Pendidikan Moral KDPM KDC PLPS JAJ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tugasan Pendidikan Moral

Arahan :

1. Setiap peserta kursus diminta membina blog peribadi masing-masing menggunakan kreativiti
yang tersendiri.
2. Antara kandungan blog yang dibina mestilah memaparkan
2.1 Profil blogger
2.2 Sekolah( Lokasi dan Sejarah Sekolah)
2.3 Warga sekolah
2.4 Aktiviti-aktiviti sekolah yang melibatkan blogger sepanjang bulan julai, ogos dan
september 2009.
2.5 Pautan ke laman-laman ilmu contohnya alquran, hadis dll.
2.6 Wacana Ilmu yang berkaitan dengan isu moral yang tidak melebihi 1500 patah
perkataan. Sokongan multimedia adalah digalakaan untuk tugasan ini. Isu moral yang
dibangkitkan mestilah relevan dengan dengan masyarakat islam di Malaysia. Isu yang
dipilih mestilah mengandungi definisi konsep, huraian isu dan cadangan penulis / blogger.
Rujukan yang dgunakan adalah dari sumber yang jelas dan tepat.
3. Blog yang dibina mestilah memaparkan wajah pengamal pendidikan agama yang berintergriti,
berilmu dan berperibadi mulia.
4. Kecaman, kutukan atau serangan kepada mana-mana pihak yang boleh menimbulkan
kontroversi dan kekeliruan adalah dilarang sama sekali.
5. Tugasan ini hendaklah disempurnakan selewat-lewatnya pada 30 September 2009 dengan
memaklumkan kepada alamat email berikut mohdzainbadui@hotmail.com. Sebarang
pertanyaan atau kemusykilan boleh dikemukakan kepada saya melalui email tersebut.

رامضان داتڠ لاڬي

Ramadhan datang lagi. Hari ini hari yang ke 5 kita menjalani ibadah puasa, sejauhmanakah kita telah memanfaat segala ruang dan peluang untuk meningkatkan amal ibadah kita yang dijanjikan ganjarannya berlipatkali ganda. Renungkanlah dan buatlah muhasabah diri. Tahun depan belum ada jaminan kita boleh bersua kembali ramadhan!!!!!