Isnin, 28 Disember 2009

Ibadah Haji



sumber maklumat dipetik daripada Prof Dr Hj Hamirdin Ithnin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkerjaan Haji adalah suatu siri ibadat yang memerlukan kekuatan kudrat, atau tenaga fizikal. Jadi pada zahirnya, mereka yang muda biasanya akan mempunyai kudrat yang lebih, dan tua pada kebiasaannya akan mempunyai kudrat yang kurang atau terhad. Walau pun dalam keadaan tertentu, jika dikehendaki Allah, orang yang muda akan kurang kudratnya, sebaliknya orang tua lebih pula kudratnya.

Jadi nasihat saya kepada sahabat sahabat yang belum lagi menunaikan haji, tunaikanlah ia semuda yang mungkin. Untuk menunaikan haji, anda perlu mendaftar sebagai jemaah haji di Tabung Haji dengan meletakkan wang pendaftaran sebanyak RM 1,300.00. Sekiranya anda telah ada akaun tabung haji, tetapi tidak mendaftar untuk menunaikan haji, anda masih lagi belum dikira sebagai calon jemaah haji.

Dalam pekerjaan haji, ada 3 perkara besar yang dilakukan:

1. Mengerjakan haji
2. Mengerjakan umrah
3. Sembahyang berjemaah di Masjid Haram dan Masjid Nabawi

Semasa saya dan isteri menunaikan haji baru baru ini, jarak antara bilik hotel saya dengan pintu Masjid Haram yang terdekat, iaitu pintu yang berdekatan dengan marwah, saya jangka tidak kurang daripada 1,500-1,700 m [iaitu 1.5-1.7 km]. Sekali pergi masjid 1.5km, balik ke hotel tambah 1.5 km lagi, jadi satu kali pergi masjid kami berjalan 3km! Kalau 5 kali sehari?

Kalau kami pilih untuk masuk masjid melalui Bab-ul Fatah pula, sekali pergi 2km, balik tambah lagi 2km, jadi 4km. Ada juga kami pilih untuk masuk melalui Bab-ul Umrah, jadi 2.5 km+2.5km =5km.

Melalui Bab-ul Fahd: 3km sehala, pun kami cuba sekali sahaja. Kami tidak masuk melalui Bab-ul Abd. Aziz.

Lama kelamaan kami settle masuk masjid melalui pintu Marwah, dan biasa kami stay dalam masjid dari Asar, Magrib dan Isya'. Selesai isya' barulah balik ke hotel.

Tiada ulasan: