Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Artikel ini saya petik daripada website http://www.mualaf.com/ sempena Maal Hijrah 1431H

PENGHIJRAHAN MANTAN PADERI GEREJA KHATOLIK

''Allah menyeru manusia ke Darussalam (surga), dan menunjukkan orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus (Islam).'' (QS Yunus: 25) Ayat tersebut di atas menjelaskan bahwa Allah SWT akan memberikan hidayah (jalan kebaikan) kepada siapa saja yang dikehendakinya untuk memilih Islam. Tak peduli siapa pun. Baik dia budak, majikan, pejabat, bahkan tokoh agama non-Islam sekalipun. Ayat tersebut, layak disematkan pada Idris Tawfiq, seorang paderi dari UK yang akhirnya menerima hidayah Islam. Beliau menjadi mualaf setelah mempelajari Islam dan melihat sikap kelemahlembutan serta kesederhanaan penganutnya. Sebelumnya, Idris Tawfiq adalah seorang paderi gereja Katholik Rom di UK. Pada mulanya, beliau berpandangan negatif terhadap Islam. Baginya , Islam hanya beridentiti seiring dengan terorisme, potong tangan, mengamalkan diskriminasi terhadap perempuan, dan lain sebagainya.Namun, pandangan itu mulai berubah, ketika beliau melakukan lawatan ke Mesir. Di negeri Piramid itu, Idris Tawfiq menyaksikan ketulusan dan kesederhanaan kaum Muslimin dalam melaksanakan ibadah dan serta keramahan sikap mereka. Beliau menyaksikan, sikap umat Islam ternyata sangat jauh bertolak belakang dengan pandangan yang dia perolehi selama ini di negeri kelahirannya. Menurutnya, Islam sangat lembut, toleran, sederhana, ramah, dan memiliki sifat keteladanan yang boleh dijadikan contoh bagi agama lain. Di Mesir , Tawfiq merasa mendapatkan kedamaian yang hakiki. Pada awalnya, kunjungan ke Mesir hanya sebagai pelancong untuk menyaksikan Pirmad, unta, pasir, dan pohon kurma. Namun, akhirnya membawa beliau kepada Islam dan membuat perubahan besar dalam hidupnya. ''Awalnya mau berhibur. Saya mengambil penerbangan carter ke Hurghada. Dari Eropa saya mengunjungi beberapa pantai. Lalu, saya menaiki bas ke Kairo, dan saya menghabiskan waktu yang paling indah dalam hidup saya.'' ''Ini adalah kali pertama saya berkenalan dengan umat Islam dan agama Islam. Saya melihat bagaimana Mesir yang lemah lembut seperti itu, orang-orang manis, tapi juga sangat kuat,'' terangnya.''Saya menyaksikan mereka tenang, lembut, dan tertib dalam beribadah. Begitu ada suara panggilan shalat (azan), mereka yang sebahagiannya adalah peniaga, segera berkemas dan menuju Masjid. Indah sekali saya melihatnya,'' terangnya. Bermula dari sinilah, pandangan Tawfiq berubah tentang Islam. ''Waktu itu, seperti warga UK yang lainnya, pengetahuan saya tentang Islam tak lebih seperti yang saya lihat di TV, yang digambarkan islam sebagai terorist dan melakukan pengeboman. Ternyata, itu bukanlah ajaran Islam. Hanya sebilangan penganutnya yang salah dalam memahami Islam,'' tegasnya. Beliau pun mempelajari Alquran. Pelajaran yang didapatkannya adalah keterangan dalam Alquran yang menyatakan: ' Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang beriman adalah orang Yahudi dan Musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman adalah orang yang berkata, ''Sesungguhnya kami ini orang Nasrani.'' Yang demikian itu disebabkan di antara mereka itu terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana seungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.'' (Al-Maidah ayat 82). Ayat ini membuatnya berfikir jauh. Baginya, Islam sangat baik, toleran. Hanya, pihak lain yang memusuhinya. Inilah yang menjadi tolak kepada kecintaan terhadap islam oleh mantan paderi berbangsa Inggris dari UK dan akhirnya beliau menerima hidayah memeluk Islam. Sekembalinya dari Mesir, Tawfiq masih menjadi penganut agama Katholik. Bahkan, ketika dia aktif mengajar pelajaran agama kepada para pelajar di sebuah universiti di UK, beliau telah diminta mengajar pengajian agama. ''Saya mengajar tentang agama Kristian, Islam, Yudaisme, Buddha dan lain-lain. Jadi, setiap hari saya harus membaca tentang agama Islam untuk boleh saya ajarkan pada para pelajar saya. Dan, di sana banyak terdapat pelajar Muslim keturunan Arab. Mereka memberikan contoh pesahabatan yang baik, bersikap santun dengan teman lainnya. Dari sini, saya makin berminat berhubungan dengan pelajar Muslim,'' ujarnya. Dan selama bulan Ramadhan, dia menyaksikan umat Islam, termasuk para pelajarnya, berpuasa serta melaksanakan shalat tarawih bersama-sama. ''Hal itu saya saksikan hampir sebulan penuh. Dan, lama kelamaan saya belajar dengan mereka, walaupun pada waktu itu saya belum menjadi Muslim,'' jelas Tawfiq. Dari sini kemudian Tawfiq mempelajari Alquran. Beliau membaca ayat-ayat Alquran dari terjemahannya. Dan ketika membaca ayat 83 surah Al-Maidah, beliau pun terpegun. ''Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Alquran).'' (Al-Maidah ayat 83). Secara tiba-tiba, kata Tawfiq, beliau pun turut merasakan apa yang disampaikan Alquran. Beliau menangis. Namun, hal itu beliau sembunyikan dari pandangan para pelajarnya. Beliau merasakan ada sesuatu di balik ayat tersebut. Dari sini, Tawfiq makin intensif mempelajari Islam. Bahkan, ketika terjadi peristiwa 11 September 2001, dengan pengeboman dua menara kembar World Trade Center (WTC) di Amerika Syarikat, dan ketika ramai orang beranggapan peristiwa itu didalangi oleh kalangan Islam. Beliau menjadi hairan kerana walaupun masih menganut Kristian Katholik, beliau yakin, Islam tidak seperti itu. ''Pada awalnya saya agak takut juga peristiwa serupa itu berlaku di UK. Apatahlagi, orang barat telah melabel pelakunya adalah orang Islam. Mereka pun mengecamnya dengan sebutan teroris,'' kata Tawfiq. Namun, Tawfiq yakin, Islam tidak seperti yang dituduh oleh masyarakat barat. Ini adalah berdasarkan pengalamannya sewaktu di Mesir, Islam sangat baik, dan penuh dengan toleransi. Beliau pun bertanya-tanya. ''Mengapa Islam? Mengapa kita menyalahkan Islam sebagai agama teroris. Bagaimana bila kejadian itu dilakukan oleh orang Kristian? Apakah kemudian Kristian akan dicap sebagai pihak teroris pula?'' Kerana itu, dia menilai hal tersebut hanyalah dilakukan penganut islam dalam kelompok tertentu sahaja, bukan ajaran Islam. Dari situ, beliaun pun berusaha mencari jawabannya. Beliau telah berkunjung ke Masjid terbesar di London. Di sana beliau berkesempatan berbicara dengan Yusuf Islam tentang Islam. Beliau pun kemudian memberanikan diri bertanya pada Yusuf Islam. ''Apa yang akan kamu lakukan bila menjadi Muslim?'' Yusuf Islam menjawab. ''Seorang Muslim harus percaya pada satu Tuhan, shalat lima kali sehari, dan berpuasa selama bulan Ramadhan,'' ujar Yusuf. Tawfiq berkata, ''Semua itu sudah pernah saya lakukan.''Yusuf berkata, ''Lalu apa yang anda tunggu? ''Saya katakan, ''Saya masih seorang penganut Kristian.''Perbincangan mengenai islam terputus seketika kerana Shalat Zhuhur dimana para jamaah bersiap-siap untuk melaksanakan shalat. Dan, saat shalat mulai dilaksanakan, saya mundur ke belakang, dan menunggu hingga selesai shalat. Namun, di situlah beliau mendengar seolah-olah ada suara yang menanyakan sikapnya. ''Saya lalu menjerit walau dalam hati. ''Siapa yang mencoba bermain-main dengan saya. ''Namun, suara itu tak saya temukan. Namun, suara itu mengajak saya untuk memeluk islam. Akhirnya, setelah shalat selesai, Tawfiq segera mendatangi Yusuf Islam. Dan, beliau menyatakan ingin masuk Islam di hadapan umum. Beliau meminta Yusuf Islam mengajarkan cara mengucap dua kalimat syahadat.''Ayshadu an Laa Ilaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.'' Saya bersaksi, tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah. Para jamaah yang menyaksikan peristiwa itu pun menyambut dengan gembira. Beliau kembali menitiskan air mata, bukan sedih, tapi bahagia. Beliau mantap memilih agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW ini. Dan, beliau tidak sesekali menyesali telah memilih islam. Berbagai gelaran dan penghargaan yang diterimanya dari gereja tetapi semuanya itu beliau tanggalkan demi nur islam .Seperti diketahui, Idris Tawfiq memperoleh gelaran kesarjanaan dari University of Manchester dalam bidang sastera, dan gelaran bishop dari University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Dengan gelaran tersebut, beliau mengajar Katholik kepada para penganut Khatolik di gereja. Namun, akhirnya beliau beralih mengajar Islam kepada masyarakatnya. Selama bertahun-tahun, Tawfiq mengepalai pusat pengajian agama di berbagai universiti di UK dan Wales, sebelum dia menganut agama Islam. ''Dulu saya senang menjadi paderi untuk membantu masyarakat selama beberapa tahun lalu. Namun, saya merasa ada sesuatu yang tidak kena dan kurang tepat. Saya beruntung, Allah SWT memberikan hidayah pada saya, sehingga saya semakin mantap dalam memilih Islam. Saya tidak menyesal meninggalkan tugas saya di gereja. Saya percaya, kejadian ini, lebih baik dibandingkan masa lalu saya,'' terangnya. Berdakwah melalui lisan dan tulisan dan ketika diajukan pertanyaaan kepada Idris Tawfiq tentang perbezaan besar antara Kristian Katholik dengan Islam, beliau berkata: ''Dasar dari agama Islam adalah Allah. Semua perkara disaksikan Allah, tidak ada yang luput dari perhatianNya. Ini berbeza dengan yang saya perolehi dari agama sebelumnya. Islam merupakan agama yang komprehensif. ''Beliau menambah, Islam mengajar penganutnya untuk sentiasa beribadah kepada Allah setiap saat. Tidak terbatas hanya pada hari tertentu sahaja seperti hari Jumaat berbanding kristian hanya beribadat pada hari minggu sahaja. Selain itu, menurutnya, Islam mengajar umatnya cara menyapa orang lain dengan lembut, bersikap ramah, mengajarkan adab makan dan minum, memasuki bilik orang lain, cara bersilaturahim yang baik. '' Malah semua perkara dalam kehidupan kita diajar oleh Islam,'' terangnya. Cara beliau bertutur kata, sikapnya yang sopan dan santun banyak disukai masyarakat. Gaya berbicaranya yang baik sangat sederhana dan lemah lembut, menyentuh hati, serta menyebabkan orang untuk berfikir. Beliau kini giat berceramah dan menulis buku tentang keislaman. Beliau memberikan ceramah di pelbagai tempat dengan satu tujuan, iaitu menyebarkan dakwah Islam. Idris Tawfiq mengatakan bahawa beliau bukan sarjana. Namun, ia memiliki cara menjelaskan tentang Islam dalam hal-hal yang sangat sederhana. Beliau memiliki banyak pengalaman dalam berceramah dan mengenali keraktor masyarakat.
Beliau juga banyak memberikan bimbingan dan latihan menulis serta berpidato bagi pelajar maupun orang dewasa. Kesempatan ini digunakannya untuk mengajar pada orang lain. Termasuk, menjelaskan Islam pada dunia Barat yang banyak menganut agama non-Muslim. Idris juga dikenal sebagai penulis. Tulisannya tersebar di berbagai surat kabar, majalah, jurnal, dan website di UK. Beliau juga turut menjadi penyumbang regional dan Konsultan untuk website www.islamonline.net dan ww.readingislam.com. Beliau telah menulis artikel mingguan di Mesir Mail, akhbar tertua Mesir berbahasa Inggris, dan Sawt Al-Azhar, surat kabar Al-Azhar University. Beliau juga adalah pengarang sejumlah buku. Antara lain, Dari surga yang penuh kenikmatan: sederhana, pengenalan Islam; Berbicara ke Pemuda Muslim; Berbicara ke Mualaf. Selain itu, beliau juga menjadi juru bicara umat Islam di Barat. juga banyak berceramah melalui radio dan television.

Tiada ulasan: