Isnin, 17 November 2025

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI : Siri 4

 

Keajaiban Istighfar: Rencana Lengkap Berserta Doa-Doa Nabi

Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan dosa  samada secara sedar atau tidak.  Oleh yang demikian islam mengajar kita agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT bagi membersihkan jiwa, menenangkan hati, serta membuka pintu Rahmat dan rezeki.serta yang paling utama untuk mendapatkan keredhaanNya

 

Dalam kehidupen yang penuh tekanan, manusia sering berhadapan gelisah, ketakutan dan ketidakpastian. Istighfar menjadi ubat kepada kegelisahan itu kerana ia menghubungkan hati dengan ketenangan Ilahi. Hal ini diterangkan dalam Surah Hud ayat ke 3 yang bermaksud: ”Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya; supaya Dia memberi kamu kenikmatan yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu.”

 

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi  yang bermaksud,  “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan menjadikan baginya jalan keluar bagi setiap kesempitan, kelapangan bagi setiap kegelisahan, serta memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”

 

Hadis ini menjadi bukti bahawa istighfar adalah formula lengkap kehidupan iaitu sebagai  penenang emosi, pemulih masalah, dan pembuka jalan rezeki.

Dalam Al Quran dinukilkan tentang amalan oleh para rasul yang terdahulu yang boleh dijadikan sebagai amalan harian kita.  Berikut adalah antara doa-doa istighfar nabi -nabi terdahu iaitu

1. Istighfar Nabi Yunus A.S.

Dalil: Surah Al-Anbiya’ ayat 87


لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Makna:
“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”

 

2. Istighfar Nabi Adam A.S.

Dalil: Surah Al-A‘raf ayat 23

Teks Arab:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Makna:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi.”

 

3. Istighfar Nabi Ibrahim A.S.

Dalil: Surah Ibrahim ayat 41

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Makna:
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, kedua ibu bapaku, dan seluruh orang beriman pada hari dihitung amal.”

 

Semoga rencana ini menjadi penyambung manfaat daripada video istighfar yang dikongsikan. Moga Allah memberi ketenangan, kelapangan, dan keberkatan kepada kita semua.

Sabtu, 15 November 2025

PERKONGSIAN INFORMASI UNTUK WARGA EMAS DAN PESARA

 

Melancong Sebagai Terapi Holistik Warga Emas: Analisis Kesihatan Fizikal, Minda dan Sosial

Oleh: Mohd Zain Badui

Pendahuluan

Fasa persaraan sering dikaitkan dengan perubahan dramatik dalam struktur kehidupan seseorang: kehilangan rutin pekerjaan, penyusutan interaksi sosial, perubahan fungsi keluarga, dan penyesuaian identiti diri. Menurut Erik Erikson (Teori Psikososial), individu berusia 60 tahun ke atas berada dalam tahap Integrity vs Despair, iaitu fasa menilai makna hidup, memelihara harga diri, dan mengelakkan kejatuhan emosi. Dalam konteks ini, melancong bersama pasangan dan rakan sebaya sebagai terapi penstabil psikososial, membantu warga emas menangani transisi hidup dengan lebih sihat, aktif dan bermakna.

2. Manfaat Kesihatan Fizikal: Bukti Perubatan Moden

2.1 Melancong sebagai ‘senaman tidak formal’

Menurut Prof. Linda Fried, pakar geriatri dari Johns Hopkins University, “movement is medicine for the aging body.” Beliau menekankan bahawa pergerakan ringan-moderat secara konsisten lebih berkesan daripada ubat untuk mencegah kemerosotan fizikal.

Tanpa kita sedari, sebenarnya aktiviti melancong merangkumi aktiviti seperti berjalan jarak sederhana, menaiki tangga hotel, turun naik kenderaan dan meneroka tempat baharu. Kesemua ini membentuk pola senaman sihat secara santai tanpa rasa terpaksa.

Dapatan daripada Jurnal Travel Medicine (2020) mendapati warga emas yang melancong sekurang-kurangnya dua kali setahun menunjukkan tekanan darah stabil, risiko sakit jantung menurun 27%, dan mobiliti fizikal lebih baik selepas 12 bulan.

2.2 Melambatkan proses penuaan biologi

Proses penuaan merupakan fitrah yang pasti dihadapi oleh makluk yang bernyawa termasuk manusia namun menurut beberapa kajian proses tersebut boleh diperlahankan  atau dilambatkan. Ini selari dengan  kajian oleh Dr. Deepak Chandra (Mayo Clinic) yang menjelaskan bahawa perubahan persekitaran mapu  merangsang neuroplasticity yang membantu melambatkan penuaan sel.  Bagaimana melancong boleh melambatkan proses penuaan? Lazimnya apabila seseorang itu melancong bersama pasangan akan mewujudkan situasi yang seronok, gembira dan bahagia akan merngsang otak lebih aktif yang secara tidak langsung pengeluaran hormon anti-radang meningkat.

3. Manfaat Kesihatan Minda: Perspektif Psikologi & Neurosains

3.1 Rangsangan mental yang melindungi otak

Menurut Dr. Paul Nussbaum, Pengalaman baharu adalah bahan bakar untuk pertumbuhan otak pada usia tua." Ini bermakna mengalami perkara baharu mampu merangsang plastisiti saraf dan mengekalkan aktiviti kognitif pada usia tua, sekaligus membantu pertumbuhan dan pengekalan fungsi otak. Kaedah yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman baharu adalah melalui aktiviti melancong untuk meningkatkan aktiviti hippocampus di pusat memori jangka panjang.


American Psychological Association  (APA) pula  melaporkan bahawa aktiviti melancong dapat menurunkan risiko Alzheimer 17–24%, dn pada masa yang sama  meningkatkan cognitive reserve serta  mengurangkan simptom kemurungan.

3.2 Menghindari ‘retirement depression’

Selepas bersara, ketiadaan struktur hidup boleh menyebabkan kemurungan. Melancong berfungsi sebagai penjana dopamin, pengurang hormon stres dan alat pemulihan harga diri.

4. Manfaat Emosi & Sosial: Pandangan Kaunseling

4.1 Hubungan suami-isteri selepas bersara

Dr. Barbara Fredrickson menjelaskan bahawa pengalaman positif menguatkan ikatan emosi; perjalanan bersama iaitu melancong mewujudkan cara komunikasi baharu, memperbaharui komitmen dan menyalakan kembali 'spark' dalam rumah tangga.


4.2 Jaringan sosial warga emas

Socioemotional Selectivity Theory mendapati warga emas memilih hubungan berkualiti. Melancong kumpulan mengelakkan kesunyian, menggalakkan sokongan emosi, meningkatkan rasa belonging.

Royal Society of Public Health (UK) melaporkan warga emas aktif sosial hidup 7–9 tahun lebih lama.

5. Dimensi Spiritual: Melihat Dunia Untuk Melihat Tuhan

Dalam Islam, safar adalah ibadah yang membuka pintu syukur, tafakkur dan doa mustajab. Melihat alam ciptaan Allah memberi keseimbangan rohani. Seperti kata Ibn Atha’illah, “Perjalanan mengajar apa yang tidak diajar oleh diam.”

6. Mengapa Warga Emas Perlu Melancong Dengan Pasangan & Rakan Sebaya?

6.1 Tahap tenaga & kemampuan hampir sama – mengelakkan tekanan.
6.2 Sokongan emosi lebih kuat – rakan sebaya faham keperluan rehat dan batas fizikal.
6.3 Mengaktifkan kembali peranan sosial – melancong memulihkan peranan sebagai pencerita, ketua kecil, pasangan romantis.

7. Kesimpulan

Jumaat, 14 November 2025

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI - SIRI 3

 Amalan Rasulullah SAW pada Hari Jumaat: Dalil, Hikmah & Panduan Lengkap

Hari Jumaat ialah hari yang sangat istimewa dalam kalender umat Islam. Ia disebut sebagai sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari  kerana banyak kelebihan dan peristiwa besar berlaku pada hari ini. Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW menegaskan bahawa pada hari Jumaatlah Nabi Adam AS diciptakan, dimasukkan ke syurga, dan dikeluarkan daripadanya. Bahkan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat.

Selain kelebihan ini, Rasulullah SAW meninggalkan kepada umatnya beberapa amalan khusus untuk menghidupkan hari Jumaat. Artikel ini menghimpunkan amalan-amalan tersebut berserta dalil yang sahih, agar kita dapat menjadikan hari Jumaat sebagai hari ibadah yang penuh keberkatan

1. Keistimewaan Hari Jumaat

Rasulullah SAW bersabda, “Penghulu segala hari adalah hari Jumaat…” (HR: Muslim)

Dalam Surah al-Jumu‘ah ayat 9 Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah menuju zikir kepada Allah dan tinggalkan jual beli.”

Ayat ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan hari Jumaat dalam Islam hingga perniagaan pun mesti dihentikan demi menunaikan kewajipan solat Jumaat.

2. Mandi Sunat Jumaat & Penampilan Diri

Rasulullah SAW sangat menitikberatkan kebersihan dan kesegaran tubuh pada hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis sahih menyebut: “Wajib ke atas setiap Muslim mandi pada hari Jumaat.” (HRt al-Bukhari & Muslim ) Baginda SAW juga digambarkan memakai pakaian terbaik dan menggunakan wangian pada hari Jumaat yang bertujuan  

  • menghormati hari yang mulia
  • menghormati perhimpunan umat ketika solat Jumaa
  • mewujudkan suasana masjid yang wangi dan selesa

3. Datang Awal ke Majid & Adab Ketika Khutbah

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya datang awal ke masjid sebagaimana yang diterangkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud “Barang siapa datang awal pada hari Jumaat, seolah-olah dia berkorban seekor unta…”

Semakin awal seseorang hadir, semakin besar ganjaran yang dijanjikan. Berikut adalah adab ketika solat Jumaat iaitu;   

  • Datang dengan tenang, tidak tergesa-gesa
  • Tidak melangkah bahu orang lain
  • Mendengar khutbah dengan penuh fokus
  • Tidak bercakap ketika imam berkhutbah

Baginda Rasulullah SAW juga mengingatkan agar kita memberikan konsentrasi sepenuhnya khutbah jumaat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud,  “Jika kamu berkata kepada sahabatmu ‘diam’ sedangkan imam sedang berkhutbah, maka kamu telah membuat perkara sia-sia.”

4. Membaca Surah al-Kahfi

Membaca Surah Al Kahfi antara perkara rutin pada hari jumaat  sebagaiman sabda baginda yang bermaksud, “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan memberi cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Al Hakim)

Boleh dibaca mengikut keselesaan masing-masing  iaitu pada malam Jumaat (Khamis malam) atau siang hari Jumaat

Membaca al-Quran secara umum adalah ibadah yang perlu dijadikan rutin harian , namun Surah al-Kahfi pada hari Jumaat mempunyai kelebihan khusus.

5. Memperbanyak Selawat ke atas Nabi SAW

Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang menyarankan agar kita memperbanyakan berselawat kepada Junjungan Rasulullah SAW,  “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat…”  

Antara contoh selawat yang ringkas 

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

6. Mencari Waktu Mustajab Doa

Hari Jumaat mempunyai satu masa yang mustajab seperti maksud hadis yang diriwayat  oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Tidaklah seorang Muslim berdoa pada waktu itu melainkan diperkenankan.”

Antara waktu yang mustajab doa pada hari jumaat adalah :  

  • Ketika imam duduk antara dua khutbah, atau
  • Waktu hampir masuk Maghrib, iaitu penghujung hari Jumaat

7. Menghidupkan Hari Jumaat dengan Zikir, Doa dan Sedekah

Selepas solat Jumaat, Allah memerintahkan kita kembali kepada rutin dunia sambil terus mengingati-Nya.  Firman Allah:  “Apabila selesai solat, bertebaranlah kamu di bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak.”  (Surah al-Jumu‘ah: 10)

Antara amalan ringan tetapi besar ganjarannya:

  • Banyakkan zikir
  • Banyakkan istighfar
  • Bersedekah
  • Membaca al-Quran
  • Membantu orang lain

Hari Jumaat ialah hari keberkatan dimana setiap kebaikan digandakan

Rumusan: Checklist Amalan Jumaat (Sunnah Rasulullah SAW)

Mandi sunat Jumaat
Pakai pakaian terbaik & berwangi-wangian
Datang awal ke masjid
Fokus mendengar khutbah
Baca Surah al-Kahfi
Perbanyak selawat
Cari waktu mustajab doa
Perbanyak zikir, doa & sedekah

Menghidupkan hari Jumaat bukan sekadar menghadiri solat Jumaat, tetapi menjadikan seluruh hari itu sebagai hari ibadah, hari pembaikan diri, dan hari mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga bermanfaat

Mohd Zain bin Badui
Jumaat, 14 November 2025 /  23 Jamadil Awal 1447

 

Khamis, 13 November 2025

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI - SIRI 2

Doa Ketika Rukuk dan Sujud

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Solat bukan sekadar pergerakan fizikal, tetapi juga pengabdian hati yang menghubungkan kita dengan Allah SWT. Setiap rukun dan bacaan dalam solat mengandungi hikmah serta keindahan tersendiri. Antara saat yang sangat istimewa dalam solat ialah ketika kita rukuk dan sujud adalah dua posisi yang melambangkan kehinaan dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah.

Selepas bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud, disunatkan kita membaca doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW. Doa ini sangat ringkas namun sarat dengan makna pengampunan dan pengiktirafan terhadap kebesaran Allah SWT.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيَ

Maksudnya: ‘Maha Suci Engkau, ya Allah Tuhan kami, dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah, ampunilah aku.’

Dalil bagi doa ini diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.A yang berkata: “Nabi SAW sering membaca dalam rukuk dan sujudnya: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيَ.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 794)

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa memohon keampunan walaupun baginda adalah manusia yang maksum, menjadi teladan buat kita agar tidak jemu memohon ampun kepada Allah di saat kita paling hampir denganNya  iaitu ketika sujud.

Rukuk dan sujud adalah saat terbaik untuk kita menzahirkan kehinaan diri serta mengharapkan rahmat Allah. Semoga amalan doa ini dapat memperindah solat kita dan menambahkan kekhusyukan dalam ibadah seharian.


Semoga bermanfaat.

Ikhlas daripada,
Mohd Zain Badui
Bandar Putra, Kulai, Johor
Khamis, 13/11/2025 / 22 Jamadil Awal 1447

Rabu, 12 November 2025

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI - SIRI 1

 

SYUKURI NIKMAT ALLAH

Setiap detik kehidupan yang kita lalui adalah anugerah daripada Allah SWT. Daripada nikmat kesihatan, rezeki, keluarga, hingga kepada udara yang kita hirup; semuanya datang daripada limpah kurniaNya yang tidak ternilai. Namun, sering kali kita terlupa untuk mensyukuri nikmat tersebut, seolah-olah ia datang dengan sendirinya.

Surah Ibrahim Ayat 7

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ ۝٧

(Ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azabKu benar-benar sangat keras.”

Ayat ini menjadi peringatan besar buat kita semua bahawa rasa syukur bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi suatu bentuk pengakuan dan tindakan hati yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apabila kita mensyukuri nikmat-Nya, Allah menjanjikan penambahan nikmat dalam pelbagai bentuk seperti ketenangan hati, rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik,dan keberkatan dalam kehidupan.

Sebaliknya, jika kita kufur atau lalai, maka azab Allah amat pedih. Oleh itu, marilah kita menjadikan syukur sebagai amalan harian, misalnya dengan berzikir, beribadah, berbuat kebaikan kepada sesama manusia, dan menggunakan setiap nikmat yang dikurniakan untuk jalan yang diredhaiNya.


Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Ikhlas daripada
Mohd Zain Badui
Rabu 12/11/2025 / 21 Jamadil Awal 1447
Bandar Putra, Kulai

Rabu, 5 November 2025

60 Tahun Kemudian: Guru-Guru Veteran Kembali Menyemai Inspirasi

Disusun oleh Mohd Zain Badui

Hari ini saya belajar sesuatu yang amat bermakna — bukan dari seminar, bukan dari buku, tetapi daripada sekumpulan insan istimewa yang pernah menabur bakti mendidik bangsa. Mereka ialah bekas pelajar kumpulan pertama, Batch 1965–1970, yang kembali ke kampus lama untuk mengadakan reunion setelah lebih 60 tahun meninggalkan alam perguruan.


Wajah-wajah guru veteran Batch 1965–1970 yang kembali ke kampus setelah lebih 60 tahun.

Pertemuan Sarat Makna

Apabila Tuan Haji Sanif, pengerusi alumni, menjemput saya untuk hadir, saya tanpa ragu memendekkan perjalanan luar negara. Alumni Seri Temenggong amat dekat di hati saya. Sejak saya menjejak kaki di IPGKTI pada September 2017, saya berusaha agar alumni ini berdaftar secara rasmi di bawah ROS — demi memastikan pentadbiran yang lebih telus dan berdaya maju.



Suasana penuh kasih dan kenangan di majlis reunion alumni.

Tiga Pesanan Kehidupan

  • 👩‍🏫 Menjadi guru adalah anugerah tertinggi daripada Tuhan. Tidak semua orang diberi peluang mendidik manusia lain. Maka hargailah nikmat ini dengan terus berbakti walaupun selepas bersara.
  • 🌍 Teruslah berbuat baik walau di mana pun berada. Kebaikan tidak semestinya dalam bentuk besar — cukup dengan menyantuni manusia, menjaga alam sekitar, dan berbelas ihsan kepada haiwan.
  • 📚 Terus membaca dan mencari ilmu. Jiwa seorang guru tidak akan hidup tanpa ilmu. Membaca bukan sekadar tabiat, tetapi ibadah yang menyuburkan akal dan hati.


Semangat persaudaraan yang tidak pernah pudar — guru-guru yang pernah mendidik bangsa.

Resipi Bahagia & Sihat di Usia Emas

  • 🥗 Amalkan gaya hidup sihat. Makan seimbang, minum air masak secukupnya, bersenam ringan, dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
  • 🤝 Pelihara ukhuwah. Terus berhubung dengan rakan-rakan lama — sama ada semasa belajar atau bekerja.
  • 💝 Terus memberi dan bersedekah. Kebaikan itu berbalik kepada diri, bahkan memberi keberkatan kepada pasangan dan anak cucu.
  • 🧳 Jangan terlalu berharap pada anak-anak. Jika mahu berlibur, pergilah bersama pasangan atau sahabat lama.
                               
Kembali ke pangkuan institusi tercinta — kenangan yang hidup semula.


Kami pulang — meraikan 60 tahun persahabatan dan perjuangan.

Penutup

Pepatah arab ada menyebut Apa yang engkau tanam, itulah yang engkau tuai.”

Mereka telah menanam ilmu dan kasih sayang dalam jiwa ribuan murid. Kini, di usia senja, mereka menuai hasilnya — kebahagiaan, penghormatan, dan ketenangan yang tidak ternilai.

Moga generasi pendidik hari ini mengambil iktibar. Kerjaya seorang guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah dan warisan abadi.







Selasa, 4 November 2025

Berikut ialah versi HTML penuh bagi blog Siri 2: Bermusafir Menurut Falsafah Barat, sesuai untuk dimuat naik ke platform blog seperti WordPress, Blogger, atau laman web peribadi: Siri 2: Bermusafir Menurut Falsafah Barat

📘 Siri 2: Bermusafir Menurut Falsafah Barat

Oleh Mohd Zain bin Badui

Bila kita bercakap tentang bermusafir, ramai membayangkan ibadah, ziarah, atau sekadar bercuti. Tapi tahukah anda, falsafah Barat juga punya pandangan tersendiri tentang erti perjalanan? Bukan sekadar berpindah tempat, tetapi sebagai proses pencarian makna hidup — walaupun tanpa elemen ketuhanan yang jelas.

✨ Travel for Self-Discovery: Pengembaraan Jiwa ala Barat

Dalam pemikiran Barat, perjalanan sering dikaitkan dengan usaha mengenal diri. Tokoh seperti Rousseau dan Emerson percaya bahawa manusia perlu keluar dari rutin harian untuk menemui hakikat kewujudan. Dalam era moden, karya seperti Eat, Pray, Love dan Into the Wild menjadi simbol pencarian spiritual — tetapi tanpa Tuhan. Ia lebih kepada kebebasan dari tekanan sosial dan material, serta usaha memahami diri sendiri.

🎨 Nilai Estetika dan Falsafah Perjalanan

Falsafah eksistensialisme Barat menekankan bahawa manusia bebas menentukan makna hidupnya sendiri. Perjalanan menjadi simbol keberanian untuk mencabar norma dan mencari kebenaran peribadi. Tokoh seperti Nietzsche melihat pengembaraan sebagai cara untuk keluar dari dogma dan struktur sosial. Namun, pendekatan ini lebih berpusat kepada manusia (antroposentrik) berbanding kepada Tuhan (teosentrik).

  • Kebebasan individu
  • Keterbukaan kepada budaya lain
  • Keindahan alam sebagai inspirasi
  • Penolakan terhadap dogma agama

🕌 Islam vs Barat: Dua Dunia, Dua Tujuan

Aspek Falsafah Barat Pandangan Islam
Tujuan Mencari identiti dan makna hidup Mengenal kebesaran Allah dan menambah ilmu
Nilai Kebebasan dan ekspresi diri Tunduk dan redha kepada ketentuan Allah
Motivasi Kepuasan peribadi dan keindahan dunia Ibadah dan pengabdian diri
Kesimpulan Diri sebagai pusat kebenaran Allah sebagai sumber kebenaran mutlak

🧭 Apa yang Boleh Kita Pelajari?

Walaupun pendekatan Barat tidak berlandaskan iman, ada nilai yang boleh diambil:

  • Keberanian keluar dari zon selesa
  • Penghargaan terhadap alam dan budaya lain
  • Introspeksi dan refleksi diri

Namun, sebagai Muslim, kita perlu menapis setiap idea dengan neraca iman. Perjalanan bukan sekadar melihat dunia, tetapi merenung ciptaan Allah dengan hati yang sedar.

🕊️ Dari Pengembaraan ke Penjajahan

Ironinya, semangat pengembaraan Barat bukan sahaja membawa kepada pencarian makna diri, tetapi juga membuka jalan kepada penjajahan selama beratus tahun. Tokoh seperti Columbus, Vasco da Gama dan Magellan bukan sekadar mengembara — mereka menjadi pelopor kepada penjajahan dunia Timur.

Hasil mahsul dari tanah jajahan seperti rempah, emas, kopi dan hasil bumi lain dijarah dan dibawa pulang ke Eropah, memperkayakan negara penjajah sambil memiskinkan tanah asal. Di Kepulauan Melayu, wilayah-wilayah yang dahulunya bersatu telah dipecah-pecahkan mengikut kepentingan penjajah — Belanda, British, Portugis dan Perancis. Akibatnya, kekuatan politik dan budaya umat Islam di rantau ini menjadi lemah dan terpecah.

Edward Said dalam Orientalism menyatakan bahawa penulisan pelancongan Barat membentuk imej stereotaip tentang Timur — eksotik, mundur, dan memerlukan bimbingan. Maka, pengembaraan Barat bukan lagi pencarian makna, tetapi alat untuk mengawal naratif dan identiti bangsa lain.

Islam pula mengajar bahawa bumi Allah luas untuk diterokai — bukan untuk dijarah. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya.” (Al-A‘raf: 56)

🧳 Penutup: Musafir yang Berjiwa Tauhid

Bermusafir menurut falsafah Barat lahir dari kekosongan rohani. Bermusafir dalam Islam pula lahir dari keimanan yang hidup. Kedua-duanya menyentuh hati manusia, tetapi berbeza tujuan. Maka, jadikanlah setiap langkah kita bukan sekadar melarikan diri dari rutin, tetapi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah dan memahami hikmah kehidupan.

 Anda boleh salin dan tampal kod ini ke editor HTML blog anda. Jika anda mahu saya bantu ubah gaya CSS, tambah gambar, atau jadikan versi AMP/mobile-friendly, saya sedia bantu.