Amalan Rasulullah SAW pada Hari Jumaat: Dalil, Hikmah & Panduan Lengkap
Hari Jumaat ialah hari yang sangat istimewa dalam kalender
umat Islam. Ia disebut sebagai sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari kerana banyak kelebihan dan peristiwa besar berlaku pada hari ini. Dalam hadis
sahih, Rasulullah SAW menegaskan bahawa pada hari Jumaatlah Nabi Adam AS
diciptakan, dimasukkan ke syurga, dan dikeluarkan daripadanya. Bahkan kiamat
juga akan berlaku pada hari Jumaat.
Selain kelebihan ini, Rasulullah SAW meninggalkan kepada umatnya beberapa amalan khusus untuk menghidupkan hari Jumaat. Artikel ini menghimpunkan amalan-amalan tersebut berserta dalil yang sahih, agar kita dapat menjadikan hari Jumaat sebagai hari ibadah yang penuh keberkatan
1. Keistimewaan Hari Jumaat
Rasulullah SAW bersabda, “Penghulu segala hari adalah hari Jumaat…” (HR: Muslim)
Dalam Surah al-Jumu‘ah ayat 9 Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah menuju zikir kepada Allah dan tinggalkan jual beli.”
Ayat ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan hari Jumaat dalam Islam hingga perniagaan pun mesti dihentikan demi menunaikan kewajipan solat Jumaat.
2. Mandi Sunat Jumaat & Penampilan Diri
Rasulullah SAW sangat menitikberatkan kebersihan dan kesegaran tubuh pada hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis sahih menyebut: “Wajib ke atas setiap Muslim mandi pada hari Jumaat.” (HRt al-Bukhari & Muslim ) Baginda SAW juga digambarkan memakai pakaian terbaik dan menggunakan wangian pada hari Jumaat yang bertujuan
- menghormati hari yang mulia
- menghormati perhimpunan umat ketika solat Jumaa
- mewujudkan suasana masjid yang wangi dan selesa
3. Datang Awal ke Majid & Adab Ketika Khutbah
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya datang awal ke masjid sebagaimana yang diterangkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud “Barang siapa datang awal pada hari Jumaat, seolah-olah dia berkorban seekor unta…”
Semakin awal seseorang hadir, semakin besar ganjaran yang dijanjikan. Berikut adalah adab ketika solat Jumaat iaitu;
- Datang
dengan tenang, tidak tergesa-gesa
- Tidak
melangkah bahu orang lain
- Mendengar
khutbah dengan penuh fokus
- Tidak
bercakap ketika imam berkhutbah
Baginda Rasulullah SAW juga mengingatkan agar kita memberikan konsentrasi sepenuhnya khutbah jumaat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, “Jika kamu berkata kepada sahabatmu ‘diam’ sedangkan imam sedang berkhutbah, maka kamu telah membuat perkara sia-sia.”
4. Membaca Surah al-Kahfi
Membaca Surah Al Kahfi antara perkara rutin pada hari jumaat sebagaiman sabda baginda yang bermaksud, “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan memberi cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Al Hakim)
Boleh dibaca mengikut keselesaan masing-masing iaitu pada malam Jumaat (Khamis malam) atau siang hari Jumaat
Membaca al-Quran secara umum adalah ibadah yang perlu dijadikan rutin harian , namun Surah al-Kahfi pada hari Jumaat mempunyai kelebihan khusus.
5. Memperbanyak Selawat ke atas Nabi SAW
Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang menyarankan agar kita memperbanyakan berselawat kepada Junjungan Rasulullah SAW, “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat…”
Antara contoh selawat yang ringkas
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
6. Mencari Waktu Mustajab Doa
Hari Jumaat mempunyai satu masa yang mustajab seperti maksud hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Tidaklah seorang Muslim berdoa pada waktu itu melainkan diperkenankan.”
Antara waktu yang mustajab doa pada hari jumaat adalah :
- Ketika imam duduk antara dua khutbah, atau
- Waktu hampir masuk Maghrib, iaitu penghujung hari Jumaat
7. Menghidupkan Hari Jumaat dengan Zikir, Doa dan Sedekah
Selepas solat Jumaat, Allah memerintahkan kita kembali kepada rutin dunia sambil terus mengingati-Nya. Firman Allah: “Apabila selesai solat, bertebaranlah kamu di bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak.” (Surah al-Jumu‘ah: 10)
Antara amalan ringan tetapi besar ganjarannya:
- Banyakkan
zikir
- Banyakkan
istighfar
- Bersedekah
- Membaca
al-Quran
- Membantu
orang lain
Hari Jumaat ialah hari keberkatan dimana setiap kebaikan digandakan
Rumusan: Checklist Amalan Jumaat (Sunnah Rasulullah SAW)
✔ Mandi sunat Jumaat
✔ Pakai pakaian terbaik & berwangi-wangian
✔ Datang awal ke masjid
✔ Fokus mendengar khutbah
✔ Baca Surah al-Kahfi
✔ Perbanyak selawat
✔ Cari waktu mustajab doa
✔ Perbanyak zikir, doa & sedekah
Menghidupkan hari Jumaat bukan sekadar menghadiri solat
Jumaat, tetapi menjadikan seluruh hari itu sebagai hari ibadah, hari pembaikan
diri, dan hari mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semoga bermanfaat
Mohd Zain bin Badui
Jumaat, 14 November 2025 / 23 Jamadil Awal 1447
Tiada ulasan:
Catat Ulasan