Melancong Sebagai Terapi Holistik Warga Emas: Analisis
Kesihatan Fizikal, Minda dan Sosial
Oleh: Mohd Zain Badui
Pendahuluan
Fasa persaraan sering dikaitkan dengan
perubahan dramatik dalam struktur kehidupan seseorang: kehilangan rutin
pekerjaan, penyusutan interaksi sosial, perubahan fungsi keluarga, dan
penyesuaian identiti diri. Menurut Erik Erikson (Teori Psikososial), individu
berusia 60 tahun ke atas berada dalam tahap Integrity vs Despair, iaitu fasa
menilai makna hidup, memelihara harga diri, dan mengelakkan kejatuhan emosi.
Dalam konteks ini, melancong bersama pasangan dan rakan
sebaya sebagai terapi penstabil psikososial, membantu warga emas menangani
transisi hidup dengan lebih sihat, aktif dan bermakna.
2. Manfaat Kesihatan Fizikal: Bukti Perubatan Moden
2.1 Melancong sebagai ‘senaman tidak
formal’
2.2 Melambatkan proses penuaan biologi
3. Manfaat Kesihatan Minda: Perspektif Psikologi &
Neurosains
3.1 Rangsangan mental yang melindungi otak
Menurut Dr. Paul Nussbaum, Pengalaman baharu adalah bahan bakar untuk pertumbuhan otak pada usia tua." Ini bermakna mengalami perkara baharu mampu merangsang plastisiti saraf dan mengekalkan aktiviti kognitif pada usia tua, sekaligus membantu pertumbuhan dan pengekalan fungsi otak. Kaedah yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman baharu adalah melalui aktiviti melancong untuk meningkatkan aktiviti hippocampus di pusat memori jangka panjang.
3.2 Menghindari ‘retirement depression’
Selepas bersara, ketiadaan struktur hidup boleh menyebabkan kemurungan. Melancong berfungsi sebagai penjana dopamin, pengurang hormon stres dan alat pemulihan harga diri.
4. Manfaat Emosi & Sosial: Pandangan Kaunseling
4.1 Hubungan suami-isteri selepas bersara
Dr. Barbara Fredrickson menjelaskan bahawa pengalaman positif menguatkan ikatan emosi; perjalanan bersama iaitu melancong mewujudkan cara komunikasi baharu, memperbaharui komitmen dan menyalakan kembali 'spark' dalam rumah tangga.
4.2 Jaringan sosial warga emas
Socioemotional Selectivity Theory mendapati warga emas memilih hubungan
berkualiti. Melancong kumpulan mengelakkan kesunyian, menggalakkan sokongan
emosi, meningkatkan rasa belonging.
Royal Society of Public Health (UK) melaporkan warga emas aktif sosial hidup
7–9 tahun lebih lama.
5. Dimensi Spiritual: Melihat Dunia Untuk Melihat Tuhan
Dalam Islam, safar adalah ibadah yang
membuka pintu syukur, tafakkur dan doa mustajab. Melihat alam ciptaan Allah
memberi keseimbangan rohani. Seperti kata Ibn Atha’illah, “Perjalanan mengajar
apa yang tidak diajar oleh diam.”
6. Mengapa Warga Emas Perlu Melancong Dengan Pasangan
& Rakan Sebaya?
6.1 Tahap tenaga & kemampuan hampir
sama – mengelakkan tekanan.
6.2 Sokongan emosi lebih kuat – rakan sebaya faham keperluan rehat dan batas
fizikal.
6.3 Mengaktifkan kembali peranan sosial – melancong memulihkan peranan sebagai
pencerita, ketua kecil, pasangan romantis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan