Sabtu, 27 Disember 2014

Memperingati 10 Tahun Musibah Tsunami di Aceh

Sejak sekian lama saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Pada 25 Disember saya bersama isteri dan dua orang anak berkesempatan berkunjung ke Aceh untuk menyertai rombongan yang diketuai oleh Dato Abdullah bin Kadir mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru menyertai program memperingati 10 tahun musibah tsunami bersama-sama dengan bekas guru pelatih KPLI warga Aceh ambilan 2006.

Catatan ini sekadar berkongsi pengalaman tentang pengisian program memperingati 10 tahun musibah tsunami di Aceh. Sesuatu yang amat menarik bahawa masyarakat Aceh memperingati musibah yang sangat dahsyat ini dengan mengimarahkan masjid-masjid dengan aktiviti seperti ceramah, tazkirah, solat hajat, zikir dan bermuhasabah diri. Saya berkesempatan turut serta dalam majlis yang diadakan di Masjid Baitulrahman, ribuan jemaah hadir berpusu-pusu ke masjid walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai, dan yang mengharukan majoriti jemaah yang hadir adalah golongan belia yang mula memenuhi ruang solat sebelum azan maghrib. Selepas solat maghrib diadakan majlis tahlil dan selepas solat isyak pula diadakan syarahan perdana dengan menampilkan penceramah yang terkenal iaitu Sheikh Ali Jabir Al Sabah mantan imam masjid Nabawi. Insya Allah saya akan share syarahan tersebut yang sarat dengan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat buat diri kita.


Tiada ulasan: