Isnin, 2 Julai 2012

Menghadapi Realiti: Catatan 2



Mohd Reza Pahlavi atau lebih popular dengan panggilan Shah Iran merupakan raja terakhir yang memerintah Iran yang disingkirkan oleh rakyatnya sendiri. Beliau bersama permaisurinya yang bernama Farah Pahlavi serta anak-anaknya terkenal dengan gaya hidup bermewah-mewah boros seperti hobi bershopping di luar negara khasnya di Eropah.

Shah Iran memiliki harta yang banyak sesuai dengan kedudukan Iran sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak yang terbesar dalam OPEC. Media-media antarabangsa yang menjadi sekutunya melaporkan bahawa beliau antara salah seorang yang terkaya di dunia dengan memiliki harta persendirian samada yang terdapat dalam negara atau luar negara Iran yang bernilai jutaan USD. Malah beliau merupakan satu-satunya pemimpin negara yang memiliki jet peribadi pada ketika itu.

SAVAK sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan oleh Shah Iran bukan sahaja bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat malah turut menindas dan menzalimi mana-mana individu atau pertubuhan  di Iran yang kritis terhadap pentadbiran dan pemerintahannya. Ramai ulamak yang tidak sehaluan dengannya telah ditangkap, dipenjarakan malah dibuang negeri.

Gaya hidupnya yang bermewah-mewah dan berbelanja boros dalam keadaan hidup rakyatnya yang majoritinya buta huruf dan berada dalam kemiskinan telah menyebabkan rakyatnya sendiri membenci Shah Iran dan keluarganya. Biarpun Shah Iran didokong oleh pelbagai agensi kerajaan, akhirnya Shah Iran terpaksa akur dengan kuasa keramat rakyat Shah Iran ditumbangkan oleh kuasa keramat rakyat melalui gerakan revolusi Iran yang dipimpin oleh seorang ulamak yang hidup dalam buangan selama 15 tahun bernama Ayatullah Khomeini. Gerakan Revolusi Iran yang dipimpin oleh Khomeni berjaya menyingkirkan Shah Iran pada bulan Februari 1979. Beliau bersama ahli keluarganya terpaksa melarikan diri ke luar negara dan hidup dalam buangan dengan penuh kehinaan hingga akhir hayatnya.



Tiada ulasan: