Khamis, 12 April 2012

Gegaran Gempa Bumi di Aceh

Dilaporkan gegaran gempa bumi dengan berukuran 8.9 Scala Richter telah berlaku di Aceh pada 11 April 2012. Gegaran tersebut turut dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak, Lembah Klang dan Port Dickson.

Marilah kita sama-sama mendoakan tidak berlaku kemusnahan harta benda dan kemudahan infrasturktur yang lebih buruk  serta korban nyawa. Kita juga mendoakan agar kesan gegaran ini tidak berlaku kejadian tsunami seperti tsunami ada 24 Disember 2004. Berita selanjutnya di sini 


Selasa, 10 April 2012

Belenggu Hutang PTPN

Muktakhir ini riuh rendah pasal hutang PTPN dikalangan anak muda yang tamat mengaji samada di IPTA atau IPTS. Rata-rata mereka yang baru habis mengaji akan terbeban dengan hutang yang menjangkau puluhan ribu ringgit. Bagaimanakah seorang anak muda hendak memulakan kehidupan mereka untuk memiliki rumah kediaman, kenderaan, membina keluarga, menyara ibubapa, mendapatkan perlindungan insuran jika sudah terbelenggu dengan bebanan hutang. Ada kalangan ahli politik yang berhujah bahawa pendidikan dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi adalah tanggungjawab sosial pihak kerajaan seperti di Norway.

Persoalannya jika kita sebagai anak muda yang terbelenggu dengan hutang PTPN apakah tindakan kita dan apakah pilihan kita?

Sabtu, 7 April 2012

Andainya Benar Berita Ini

Saya petik dari berita yang disiarkan oleh akhbar atas talian iaitu Malaysiakini pada 4 April 2012 berkaitan  pemberian kad pengenalan atau taraf warganegara kepada orang asing bagi tujuan pilihanraya adalah satu perkara yang amat serius dan menakutkan kita. Berita selanjutnya baca di sini


Sebagai rakyat biasa tentulah berita seumpama itu amat menggerunkan dan mengerikan. Andainya berita itu benar bagaimanakah kita hendak menerapkan anak-anak kita yang terdedah dengan informasi di hujung jari dengan semangat patriotik atau cintakan negara jika orang yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara berlaku khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Saya berdoa dan berharap beritu itu tidak benar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 2 April 2012

Tidak Makan Babi, Tidak Minum Arak Tapi Makan Rasuah

Seorang teman sudara baru bercerita tentang pengalamannya berhadapan dengan saudara-maranya yang menentang dan memperlekehkan tindakannya menganut islam. Seoarang ibu saudaranya yang tidak berpuashati beliau menganut agama islam telah mengutarakan persoalan " orang melayu( maksudnya islam)  tidak makan babi dan minum arak kerana haram, tetapi tidak rasa bersalah ( makan makanan haram) mengambil rasuah" ????

Menarik persoalan ini.....

Sabtu, 31 Mac 2012

Bayaran Tunggakan Gaji

Ada sok sek mengatakan bahawa tunggakan gaji baru kakitangan awam akan dibayar pada pertengahan bulan April sementara gaji baru akan dibayar pada 25 April ini. Nak tau tunggakan gaji klik di sini

Jumaat, 30 Mac 2012

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis....

Betapa nikmatnya erti kesihatan apabila seseorang itu ditimpa sakit atau musibah. Sakit boleh datang bila-bila masa tanpa mengira usia dan tidak semestinya sakit pada usia tua sahaja.... Kesihatan adalah nikmat yang bersifat pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja yang memberi pinjam menggunakan haknya mengambil balik apa yang dipinjamkan. Sukalah saya mengingatkan diri saya sendiri sementara masih sihat ingatlah pesanan orang tua-tua kita dahulu agar kita "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Sudah tiba masanya kita bersedia dengan mengambil perlindungan insuran kesihatan sebagai persediaan di waktu kita ditimpa musibah kelak. Walaupun demikian insuran yang bakal diambil mestilah tidak bercanggah dengan syarak. Cuepacs sendiri turut menawarkan kemudahan perlindungan insuran kesihatan yang mudah dan murah untuk kakitangan kerajaan. Baca selanjutnya....

Khamis, 29 Mac 2012

Mendepani dan Memahami Anak Muda di Era Dunia Tanpa Sempadan

Golongan muda adalah aset paling berharga dalam mewarnai sesebuah negara bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa jatuh bangun sesebuah regim, dinasti atau kerajaan adalah berkait rapat dengan golongan ini. Fenomena Arab Spring yang melanda beberapa buah negara arab seperti Mesir, Algeria, Libya pada tahun 2011 adalah bukti tentang pengaruh dan penglibatan golongan muda dalam menjatuhkan sesuatu regim yang bertapak kukuh dan digeruni. Terbayangkah di minda kita betapa Hosni Mubarak yang bertapak kukuh mencengkam segala aspek strategik dalam negara Mesir sejak 30 tahun yang lampau boleh terpelanting dalam keadaan yang amat mengaibkan. Seandainya kita terus memandang sepi anak muda sebagai budak hingusan yang belum banyak makan garam adalah satu tindakan angkuh dan sombong yang mengundang ke arah kemusnahan. Kita sering menghukum anak muda sebagai menongkah arus, anti establishment, tidak bersyukur, tidak tau apa-apa. Hakikatnya di era dunia tanpa sempadan, anak muda sebenarnya jauh lebih berinformasi berbanding dengan orang-orang lama yang telah mengukuhkan pengaruh dalam posisi yang selesa pada masa ini. Maklumat yang ada pada anak muda adalah bersifat "up to date" yang diperolehi melalui hujung jari semata-mata sedangkan orang lama masih terperap dengan sumber maklumat yang diperolehi secara tradisional yang bersifat sudah agak ketinggalan zaman. Lebih ironis ada yang menganggap golongan muda tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Tafsiran patriotik bagi golongan muda jauh berbeza dengan amalan yang dipraktiskan oleh golongan yang berada dalam zon selesa. Nilai patriotik bagi anak muda bukan lagi taat setia secara membabi buta. Anak muda melihat orang yang diberi amanah tetapi mensia-siakan amanah hingga merugikan negara dilihat sebagai pengkhianat dan petualang. Apa yang dipelajari oleh anak muda tentang patriotik di sekolah adalah bertentangan sama sekali dengan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan oleh anak muda tentang ketelusan, keterbukaan, intergriti dan akauntabilti tidak akan surut jika kita tidak bersedia memahami dan mendepani keperluan dan kehendak anak muda secara tuntas dan berhemah. Kita kena berlapang dada dan menerima hakikat bahawa anak muda pada masa ini lebih lebih berinfomasi berbanding generasi lama. Amalan menafi apa sahaja isu yang diutarakan oleh anak muda akan dilihat oleh golongan ini sebagai tidak demokratik dan hipokrit. Bersedialah berubah dengan memahami keperluan dan inspirasi anak muda jika kita mahu terus kekal relevan.