Saya petik dari berita yang disiarkan oleh akhbar atas talian iaitu Malaysiakini pada 4 April 2012 berkaitan pemberian kad pengenalan atau taraf warganegara kepada orang asing bagi tujuan pilihanraya adalah satu perkara yang amat serius dan menakutkan kita. Berita selanjutnya baca di sini
Sebagai rakyat biasa tentulah berita seumpama itu amat menggerunkan dan mengerikan. Andainya berita itu benar bagaimanakah kita hendak menerapkan anak-anak kita yang terdedah dengan informasi di hujung jari dengan semangat patriotik atau cintakan negara jika orang yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara berlaku khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Saya berdoa dan berharap beritu itu tidak benar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan