Rabu, 28 Mac 2018
ENAM BULAN TELAH BERLALU, KE MANA HENDAK KU BAWA BAHTERA INI
Pantasnya masa berlalu, tidak terasa sudah 6 bulan 14 hari aku berlabuh di sini.
Isnin, 24 April 2017
Bermusafir ke Harmain Secara "Back Pack" Bahagian 1
Bukan mudah membuat keputusan bermusafir ke Harmain secara "back pack" tanpa menggunakan perkhidmatan travel agensi apatah lagi apabila isteri bersemangat mahu turut serta. Saya bersama anak sulung mengambil masa lebih 8 bulan untuk membuat kajian tentang kaedah ini. Persiapan perlu dilakukan terlebih dahulu. Langkah pertama adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan umrah secara "back pack". Maklumat yang banyak kami perolehi tentang kaedah ini adalah dari India, Pakistan dan Indonesia. Di Malaysia kaedah ini terlalu asing, lazimnya mesti melalui travel agensi. Makin banyak bahan yang kami baca semakin banyak pro dan kontranya. Apabila banyak negatifnya dari yang positif, hati menjadi was-was. Supaya tidak berbelah bahagi saya nekad untuk meneruskan program bermusafir secara bersendirian tanpa perkhidmatan travel agensi. Saya minta anak yang sulung fokus membuat kajian tentang kaedah berkomunikasi berkaitan liputan internet, penginapan, kemudahan pengangkutan di Jeddah, Mekah dan Madinah serta tiket penerbangan pulang pergi dari Malaysia . Hasil kajian anak mendapati tiket penerbangan lebih murah dan menjimatkan kalau dua atau tiga kali transit berbanding penerbangan terus. Kos melepasnya ialah banyak masa terbuang menunggu di airport untuk penerbangan seterusnya.
Isteri pula akan fokus kepada aspek keperluan lojistik untuk sepanjang tempoh bermusafir. Sementara saya akan fokus kepada aspek risiko seperti sakit, kematian dan kemalangan serta yang berkaitan dengan perundangan seperti visa dan imigresen. Aspek ini perlu saya berikan perhatian dan keutamaan memandangkan kami berdua adalah penjawat awam agar tidak timbul pelbagai masalah yang boleh memerangkap dan menjerat kami yang kemudiannya boleh menjejaskan kerjaya kami. Paling menakutkan bagi penjawat awam seperti saya yang telah berkhidmat masuk tahun yang ke 30 adalah hilang kelayakan pencen!!!
Pengalaman sering bermusafir ke Aceh dan Kemboja sejak 10 tahun yang lalu tanpa bantuan travel agensi menjadi pendorong kuat kepada saya untuk merealisasikan hasrat yang terpendam sejak sekian lama.. Penginapan, pengangkutan dan makan minum bukan menjadi halangan bagi saya. Saya boleh menginap di mana sahaja atau makan apa sahaja asalkan bersih dan halal. Sebenarnya seperti di tempat-tempat lain, tempahan hotel di Mekah dan Madinah boleh dibuat secara online cuma kita agak terganggu dengan cerita-cerita yang pernah kita dengar perihal berurusan dengan orang arab. Kalau mahu cancel ikut suka-suka.. Begitu juga tentang pengangkutan di sana, naik apapun tidak menjadi masalah yang penting boleh sampai ke destinasi yang dituju.
Akhirnya halangan paling besar yang dapat dikenal pasti ialah berkaitan visa umrah. Visa umrah hanya boleh dipohon di negara asal, maksudnya orang Malaysia kena buat di Malaysia melalui Kedutaan Besar Arab Saudi dan permohonan kena melalui travel agensi yang terpilih sahaja. Kalau boleh dipohon secara persendirian memang saya redah seperti yang saya lakukan untuk mendapatkan visa ke China pada tahun 2012. Kalaulah boleh mohon visa secara persendirian dan terpaksa kena queu panjang bermula sebelum subuh pun saya sanggup mengharunginya, yang penting asal dapat visa.. Jadi tiada pilihan, kenalah cari mana-mana travel agensi yang boleh membantu bagi mendapatkan visa umrah.
Kebetulan saya ada beberapa orang kawan sekolah yang berjaya dan kaya sebagai pengusaha pelancongan termasuk menguruskan umrah, Jadi saya cubalah minta bantuan mereka. Malangnya tidak berhasil. Pelbagai alasan yang diberikan, biasalah orang meniaga. Semuanya memberi alasan yang sama iaitu mereka tidak menguruskan visa umrah sahaja. mereka uruskan semuanya secara pakej. Malah ada seorang tu buat lawak yang sangat tidak cerdik, "bukan tidak boleh tolong uruskan visa umrah kau Zain, cumanya takut bila dah dapat visa umrah kau tidak mahu balik, terus menetap kat sana, kalau kau tak balik, habislah company aku kena blacklist". Agak-agaklah dan patut-patutlah kalau nak bagi alasan pun. Malah ada seorang tu yang terus terang menyebut, "kau ni berkira sangat, kalaulah ramai orang macam kau Zain, kami boleh bungkus" Ada seorang kawan pengusaha travel agensi lagi kurang asam, "kalaulah aku ni KSU aku ambil tindakan tatatertib kat kau Zain, sebab kau memalukan gormen, ada ker patut seorang pengarah buat umrah secara gelandangan" perlinya. Malas saya nak melayan kerenah kawan-kawan pengusaha travel agensi. Saya bukan minta pertolongan mereka secara percuma. Saya tetap yakin ada jalan penyelesaiannya, cuma lambat atau cepat sahaja.
Sebenarnya pada bulan ogos tahun lepas semua keperluan seperti tiket kapal terbang, pengangkutan dan penginapan di Madinah dan Mekah telah berjaya kami selesaikan. Hanya pasal visa umrah sahaja yang belum beres. Namun demikian tidak bolehlah kami berputus asa dan menyerah kalah.
Sementara mencari jalan penyelesaian berkaitan visa umrah, anak lelaki yang ke 3 mencadangkan sebelum bermusafir ke Harmain eloklah berlatih bermusafir secara "back pack" ke tempat-tempat lain untuk tempoh masa yang hampir sama iaitu antara 12 - 14 hari. Menurutnya, tiket penerbangan dan hotel pada musim sejuk sekitar bulan januari di eropah agak murah. Berdasarkan carian diinternet kami menemui beberapa pilihan harga tiket penerbangan yang menarik pada minggu ketiga bulan januari 2017 iaitu dari KL ke Kota London, tambang bas yang munasabah antara Kota London - Paris - Amsterdam dan tiket tambang murah antara Amsterdam ke Istanbul dan Istanbul ke Tehran serta dari Tehran ke KL. Kos tiket kapal terbang dan tambang bas sahaja berjumlah RM1500 ++ seorang, Saya dapat lagi murah sebab boleh redeem Enrich Kad MAS antara KL ke London. Bagai rezeki terpijak, saya tidak mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan walaupun sedar terpaksa mengharungi cuaca sejuk.
Saya menginsafi bahawa doa orang bermusafir antara salah satu daripada beberapa kategori doa yang mustajab. Ini adalah bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmidzi "tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi : doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya" Lantaran itu saya berazam sepanjang bermusafir saya akan mencari sebanyak mungkin masjid disamping untuk bersolat sunat tahyatul masjid juga untuk berdoa agar dipermudahkan segala urusan termasuklah urusan visa umrah. Alhamdulillah masa di London dapat berpeluang bersolat Jumaat dan asar di Masjid Oxford. Di Amsterdam dapat pergi tiga buah masjid tetapi hanya dapat bersolat sunat tahayatul masjid di dua buah masjid sahaja kerana sebuah masjid lagi berkunci. Di Istanbul paling best sebab dapat singgah di beberapa buah masjid yang terdapat di sekitar Bandar Istanbul. Kebetulan hotel penginapan kami jaraknya lebih kurang 200 meter dari Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru jadi sepanjang kami berada di Istanbul kami tidak lepaskan peluang solat fardhu subuh maghrib dan isyak di masjid tersebut. Di Tehran kami tidak berani melakukan perkara yang sama seperti di London, Amsterdam dan Istanbul, malah atas sebab-sebab yang tidak dapat kami terangkan di sini, kami terpaksa membatalkan rancangan untuk check in di Tehran selama dua hari dan bergegas segera pulang ke tanah air. Jadi dimana sahaja ada ruang dan kesempatan sepanjang tempoh bermusafir kecuali di Tehran saya akan berdoa agar impian saya untuk bermusafir di Harmain dipermudahkan urusan oleh Allah swt.
Di Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru), Istanbul
Di Masjid Fatih Amsterdam
Di Masjid Oxford, London
Ahad, 23 Oktober 2016
INAUGURAL LECTURE PROF DR MOHD MAJID KONTING - SATU PENGHORMATAN UNTUK ANAK KELAHIRAN PARIT KAHAR
Alhamdullah dengan rasa bangga dan terharu serta teruja saya dapat hadir dan seterusnya dapat menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah , Prof Dr Mohd Majid bin Konting anak kelahiran Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor menyampaikan syarahannya berjudul "Teaching for Quality Learning: A Leadership Challenge" dalam majlis Inaugural Lecture.
Inaugural Lecture merupakan majlis yang sangat berprestij bagi seorang ahli akademik. Tidak semua ahli akademik berpeluang sampai ke tahap itu. Kejayaan beliau terpilih menyampaikan syarahan beliau dalam majlis Syarahan Inaugural adalah sebagai bukti pengiktirafan atas kejayaan cemerlang beliau dalam lapangan akademik termasuk kajian-kajian ilmiah beliau hingga ke peringkat antarabangsa.
Semoga sebutir permata yang lahir di kawasan pedalaman suatu ketika dahulu terus menyinar dan menjadi pendorong dan pemakin kepada kelahiran lebih ramai lagi permata untuk agama, bangsa dan tanah air dari kalangan anak-anak waris Parit Kahar.
Beliau bukan sahaja telah melahirkan para sarjana tetapi turut menitipkan pelbagai khazanah akademik yang mendapat pengiktirafan anatarabangsa untuk agama bangsa dan tanah airnya.
Intipati syarahan Inaugural beliau diabadikan dalam sebuah buku yang bukan sahaja menjadi rujukan malah akan menjadi khazanah ilmu yang berpanjangan dan berterusan.
Bersama suadara kita juga Tuan Mohd Rabin bin Basir, dari Bahagian Keselamatan, Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir sebagai jemputan family untuk meyaksikan Syarahan Inaugural beliau. Kebetulan kami bertiga adalah penggerak utama Pasukan Program Rakan Waqaf untuk Masjid Jamik Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Akhir kalam,
21 Oktober 2016 bersamaan 20 Muharam 1438 tercipta sejarah.
Tahaniah Prof Mohd Majid Konting, Tahniah Tuan Haji Konting Kasran dan Hjh Mariah binti Shukran dan Tahniah untuk Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Tahaniah Prof Mohd Majid Konting, Tahniah Tuan Haji Konting Kasran dan Hjh Mariah binti Shukran dan Tahniah untuk Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Ahad, 9 Oktober 2016
Apakhabar Maal Hijrah 1438, sudahkah kita berhijrah?
BAHAGIAN 1
Hari ini 8 Muharam bermakna sudah 8 hari kita berada ditahun 1438 Hijrah. Pada tahun ini rasanya yang paling kurang saya menghantar ucapan menjelang tahun baharu hijrah kepada rakan-rakan atau kenalan berbanding tahun-tahun yang lepas. Malah ramai bekas anak-anak murid yang menitipkan ucapan maal hijrah melalui whatsapp masih belum sempat dibalas. Terima kasih kerana masih mengingati saya, insha Allah saya akan cuba membalasnya walaupun agak lewat serta mengambil masa sedikit. Bukan kerana kesibukan tugas yang meluntur semangat untuk menyambut dan meraikan kedatangan tahun baharu hijrah. Terusterang saya katakan bahawa saya agak sinikal, pada saya ucapan sambutan maal hijrah adalah sama seperti ucapan-ucapan meraikan peristiwa yang lain iaitu sekadar tradisi untuk memeriahkan sambutan yang berulang setiap tahun, tanpa penghayatan yang boleh disaksikan melalui perubahan hasil daripada terjemahan penghijrahan. Kejelekan yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan kita semakin melebar dan membarah.
Hari ini 8 Muharam bermakna sudah 8 hari kita berada ditahun 1438 Hijrah. Pada tahun ini rasanya yang paling kurang saya menghantar ucapan menjelang tahun baharu hijrah kepada rakan-rakan atau kenalan berbanding tahun-tahun yang lepas. Malah ramai bekas anak-anak murid yang menitipkan ucapan maal hijrah melalui whatsapp masih belum sempat dibalas. Terima kasih kerana masih mengingati saya, insha Allah saya akan cuba membalasnya walaupun agak lewat serta mengambil masa sedikit. Bukan kerana kesibukan tugas yang meluntur semangat untuk menyambut dan meraikan kedatangan tahun baharu hijrah. Terusterang saya katakan bahawa saya agak sinikal, pada saya ucapan sambutan maal hijrah adalah sama seperti ucapan-ucapan meraikan peristiwa yang lain iaitu sekadar tradisi untuk memeriahkan sambutan yang berulang setiap tahun, tanpa penghayatan yang boleh disaksikan melalui perubahan hasil daripada terjemahan penghijrahan. Kejelekan yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan kita semakin melebar dan membarah.
Bebekalkan semangat maal hijrah 1438, saya terpanggil untuk menyentuh tentang penghijrahan masjid agar lebih "attractive", progresif, dinamik dan berdayasaing agar terus kekal relevan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Mentaliti bahawa masjid sebagai tempat ibadah, nikah kahwin dan kematian sahaja adalah sudah lapuk.
Justeru dengan perkembangan teknologi dan gaya berfikir masyarakat yang telah berubah, JK Masjid yang dipertanggungjawabkan menguruskan masjid perlu ada keinsafan dan kesedaran serta kesediaan untuk berubah. Kata-kata hikmah Syaidina Umar Alkhatab " didiklah anak kamu mengikut zamannya bukan mengikut zaman kamu" perlu dinsafi dan dijadikan panduan. Walaupun kelihatannya masej yang hendak disampaikan oleh Syaidina Umar lebih tepat dalam bidang pendidikan tetapi saya berkeyakinan ia relevan dalam semua aspek kehidupan dan dalam apa jua situasi sekiranya kita ingin maju dan ingin bersaing.
Oleh sebab itu mereka yang diamanahkan untuk menguruskan masjid mesti besedia untuk berubah. Kaedah, teknik dan strategi menguruskan masjid kena disesuaikan dengan keperluan semasa. Sudah tiba masanya masjid diuruskan melalui pendekatan keusahawanan (entrepreneurship). Apabila disebut pendekatan "entrepreneurship" (keusahawanan) bukanlah bermakna berniaga semata-mata seperti yang kita fahami tetapi bagaimana cara kita menguruskan masjid adalah seperti orang yang berniaga. Lazimnya orang yang berniaga akan memikirkan keuntungan sebagai objektif utamanya. Bagi memastikan objektif iaitu keuntungan tercapai maka perkara-perkara berikut akan diberikan keutamaan seperti imej, marketing (pemasaran), networking (rangkaian atau jaringan), advertising (pengiklanan/publisiti), kolaborasi dan "after sale service". Kepuasan pelanggan adalah indikator kepada keberhasilan perniagaan.
Justeru, pendekatan keusahawanan juga merujuk kepada kesediaan untuk menerima teguran, kritikan cadangan dari pelanggan dan dalam kontek masjid pelanggan adalah para jemaah. Disamping itu pemikiran keusahawanan bermaksud sentiasa berfikir untuk menggarap idea-idea baharu untuk mencari peluang-peluang baharu demi untuk memastikan memperolehi keuntungan semaksima mungkin dan disamping itu terus berusaha bagi memastikan kelangsungan perniagaan berkekalan dan relevan.
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan masjid kena berubah minda dengan kesediaan untuk membina dan seterusnya memperkukuhan rangkaian atau jaringan, menjalin kerjasama dan berkolaborasi bukan sahaja antara sesama pengurusan masjid malah dengan pelbagai pihak seperti agensi, institusi, persatuan, badan sukarela dan NGO mahupun individu yang boleh berkongsi kepakaran dan pengalaman agar masjid kita berdaya saing dan terkehadapan (advance) dalam menggalas peranan masjid sebagai one stop centre yang membawa kembali kegemilangan umah.
Amalan menyalahkan orang lain atas kelemahan dan kegagalan kita tiada dalam kamus keushawanan. Kegagalan kita adalah kerana diri kita sendiri yang sentiasa berpuashati, tidak mahu berusaha meningkatkan dan menguasai ilmu-ilmu baharu, angkuh dan sombong dengan beranggapan hanya kita sahaja yang betul. Nah dimana kita?
Rumusannya orang yang menguruskan masjid kena berubah. Zaman kita sentiasa betul dan memencilkan diri telah berlalu. Kalau kita mahu maju seiring dengan orang lain, kita wajib berubah. Gabungan pendekatan keushawanan (entrepreneurship) dengan strategi lautan biru (Blue ocean strategy) perlu dijadikan teras dalam pengurusan masjid. Semua pihak samada pihak yang berautoriti, JK Masjid dan pelangggan iaitu umat islam perlu berlapang dada untuk sama-sama berhijrah sekiranya ingin islam kembali sebagai peneraju kemajuan dan kegemilangan.
Rumusannya orang yang menguruskan masjid kena berubah. Zaman kita sentiasa betul dan memencilkan diri telah berlalu. Kalau kita mahu maju seiring dengan orang lain, kita wajib berubah. Gabungan pendekatan keushawanan (entrepreneurship) dengan strategi lautan biru (Blue ocean strategy) perlu dijadikan teras dalam pengurusan masjid. Semua pihak samada pihak yang berautoriti, JK Masjid dan pelangggan iaitu umat islam perlu berlapang dada untuk sama-sama berhijrah sekiranya ingin islam kembali sebagai peneraju kemajuan dan kegemilangan.
"KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI".
Ahad, 8 Mei 2016
Sebuah impian yang direalisasikan oleh orang lain
Setiap orang di dunia ini pasti
mempunyai keinginan dalam kehidupannya yang disebut sebagai impian. Aku juga
seperti orang lain, aku memiliki impianku sendiri. Mungkin sama dengan orang
lain dan mungkin juga tidak. Sebagai muslim segala urusan yang berkaitan kehidupan hinggalah kematian adalah terpandu berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Al Khaliq yang melangkaui zaman dan batas sempadan. Islam is the way of life, justeru cita-cita, harapan, keinginan dan impian kita janganlah sampai tersasar bertentangan dengan fitrah hingga mengundang kemurkaanNya. Prioritinya adalah untuk mendapat keredhaanNya. Kalau ditanya apakah impianku, maka jawabannya aku
punya banyak impian mengikut amanah dan tanggungjawabku.
Jika ditanya apakah impianku sebagai seorang yang sudah memanjat usia 52 tahun? Yang pertama dan utama impianku adalah nikmat kesihatan yang baik sebelum dan seleas persaraanku. Aku ada berbaki 8 tahun lagi bersara wajib. Hanya kesihatan yang baik sahaja yang mampu bagi diriku melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab sebagai kapten di tempat kerjaku dengan baik dan sempurna. Sudah tentu selepas aku bersara Allah SWT masih memberikan kepada nikmat kesihatan yang baik agar aku dapat terus berbakti kepada orang lain melalui kerja-kerja amal, bermusafir dan seterusnya meningkatkan amal ibadah sebagai bekalan pulang ke negeri abadi.
Jika ditanya apakah impianku sebagai seorang yang sudah memanjat usia 52 tahun? Yang pertama dan utama impianku adalah nikmat kesihatan yang baik sebelum dan seleas persaraanku. Aku ada berbaki 8 tahun lagi bersara wajib. Hanya kesihatan yang baik sahaja yang mampu bagi diriku melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab sebagai kapten di tempat kerjaku dengan baik dan sempurna. Sudah tentu selepas aku bersara Allah SWT masih memberikan kepada nikmat kesihatan yang baik agar aku dapat terus berbakti kepada orang lain melalui kerja-kerja amal, bermusafir dan seterusnya meningkatkan amal ibadah sebagai bekalan pulang ke negeri abadi.
Impianku yang kedua, aku ingin memiliki sendiri madrasah tahfiz moden untuk anak-anak yatim dimana aku menjadi mudirnya sebagai mengisi masa yang terluang selepas bersara sambil menantikan aku dipanggil pulang. Tambahan pula menyantuni anak yatim adalah amalan sangat mulia dan terpuji yang ganjarannya adalah syurga dengan berdampingan dengan Rasulullah SAW umpama jari telunjuk dan jari hantu sebagaimana yang digambarkan oleh hadis yang sahih dan mashur.
Sama seperti semua orang islam yang lain, aku juga mengimpikan agar diriku sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahNya, pengakhiran yang baik iaitu husnul khatimah, beroleh keselamatan dan kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat.
Seterusnya aku berharap agar aku seperti kedua ibubapaku yang tidak menjadi beban dan ujian kepada orang lain terutamanya anak-anak. Arwah bapaku meninggal dunia pada 8 Februari 1999 ketika hendak menunaikan solat fardhu asar. Ibuku pula kembali menghadap penciptanya 2 minggu sebelum aku berangkat menunaikan fardhu haji iaitu pada 30 November 2005 selepas selesai menunaikan solat fardhu isyak. Pengakhiran yang mudah seperti kedua ibubapaku adalah impian peribadiku yang terakhir yang sentiasa aku bawa dalam doa-doaku.
Sama seperti semua orang islam yang lain, aku juga mengimpikan agar diriku sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahNya, pengakhiran yang baik iaitu husnul khatimah, beroleh keselamatan dan kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat.
Seterusnya aku berharap agar aku seperti kedua ibubapaku yang tidak menjadi beban dan ujian kepada orang lain terutamanya anak-anak. Arwah bapaku meninggal dunia pada 8 Februari 1999 ketika hendak menunaikan solat fardhu asar. Ibuku pula kembali menghadap penciptanya 2 minggu sebelum aku berangkat menunaikan fardhu haji iaitu pada 30 November 2005 selepas selesai menunaikan solat fardhu isyak. Pengakhiran yang mudah seperti kedua ibubapaku adalah impian peribadiku yang terakhir yang sentiasa aku bawa dalam doa-doaku.
Jika ditanya apakah impianku
sebagai seorang pengarah institusi yang bertanggungjawab melahirkan bakal-bakal
guru? Tentu sekali impianku adalah melahirkan guru yang “berwatak al Quran dan
Sunah” iaitu bertaqwa dan beriman, berakhlak terpuji bersesuaian sebagai murabi,
penyayang terhadap semua makhluk ciptaanNya tanpa batasan sempadan geografi, bangsa, warna kulit dan agama, pendokong kepada aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan, penggiat
kepada kelestarian alam, inovatif dan kreatif, “all rounder” dan “multitasking”, “marketable”
dan berketrampilan menjadi agen dakwah islam walau apapun pengkhususan latihan
perguruan mereka.
Sebagai seorang bapa aku
bersyukur kerana Allah SWT menitipkan kepadaku 3 orang anak lelaki dan seorang
anak perempuan. Ramai di luar sana yang telah bernikah belasan atau puluhan tahun
tetapi masih dalam penantian dan pengharapan. Jadi wajib atas diriku untuk
mensyukurinya atas nikmat dan rezeki yang aku terima. Benar aku pernah merasai
kecewa dan hampa kerana impianku untuk memiliki seorang zuriat lelaki yang
menjadi hafiz dan bergelar ustadz tidak kesampaian. Sejujurnya aku mengakui
bahawa aku begitu cemburu melihat orang lain yang memiliki anak lelaki menjadi hafiz
dan ustadz. Bertambah cemburu apabila menyaksikan urusan perjalanan terakhir
sahabat handai atau saudara mara dipimpin oleh anak lelaki yang bergelar hafiz
atau ustadz. Terdetik dihati, aku pun teringin agar urusan perjalanan
terakhirku nanti seperti memandi, mengkafankan, mensolatkan hinggalah selesai jenazahku disemadikan dipimpin oleh anak lelakiku yang bergelar ustadz.
Kuliah-kuliah maghrib dan subuh
yang aku sering ikuti di masjid
terutamanya yang berkaitan dengan peri pentingnya pengajian al Quran
kepada anak-anak yang boleh memberi syafaat kepada kedua ibubapanya daripada
terhumban ke neraka sebagaimana yang digambarkan oleh hadis yang diriwayatkan
daripada Syaidatina Aisyah R.A begitu kuat mempengaruhi pemikiranku. Lalu sandaran
harapanku adalah kepada anak lelakiku yang ketiga. Namun demikian harapanku tidak
kesampaian. Tipu dan bohong jika aku tidak kecewa. Lama juga aku memujuk hati
ini agar berlapang dada melalui kaedah bermuhasabah diri supaya menerima
hakikat betapa kemampuanku sekadar merancang semata-mata, tidak lebih daripada
itu. Sebaik-baik perancangan adalah
perancangan yang Maha Esa sebagaimana yang digambarkan dalam surah Al
Imran ayat 54.
“Susah-susah ko bagi ewan (panggilan untuk anak
ketiga) kat aku jer,biar aku bela. Allah
tak bagi ewan jadi ustadz sebab Allah nak suruh ko lahirkan lagi ramai ustadz.
Jadi tak payahlah nak marah-marah budak tu” . Itulah ungkapan kata-kata Tuan
Haji Tormadi seorang rakan pensyarah
yang sangat senior pada satu pagi sekitar tahun 2003 semasa kami “ngeteh” di
sebuah warong di Jeti Tanjung Leman semetara menantikan bot yang akan membawa
kami ke Pulau Sibu tiba. Walaupun
nadanya seakan-akan berseloroh tapi amat berbisa dan mengesankan serta mencabar
mindaku berfikir.
Sesungguhnya aku sangat terhutang budi kepada Tuan
Haji Tormadi @ Abang Torm yang banyak menasihati dan menegur tentang kesilapanku. "Janganlah ko bersedih, sentiasalah berlapang dada dan bersangka baik kepadaNya", juga antara kata-kata nasihat Abang Torm yang sering diucapkan kepadaku. Alhamdulillah ewan kini sudah berada dalam tahun
dua pengajiannya di UIA. Apapun pilihan anak-anak semuanya sudah tertulis sejak
azali. Jadi apalah upayaku hendak menongkah arus melawan takdirNya. “Allah nak
suruh ko lahirkan lagi ramai ustadz”
merupakan ayat Abang Torm yang paling “win” yang mendorongku untuk sentiasa
mencari peluang melahirkan seramai mungkin hafiz, hafizah, ustadz dan ustazah.
Kesempatan aku bertugas di sini mulai Disember 2012
aku manfaatkan bersama rakan-rakan dari semenanjung melahirkan seramai mungkin ustadz dan ustazah dalam kalangan anak tempatan dengan membuka kelas mengaji dan
mendirikan dua buah madrasah tahfiz. Aku juga turut mengambil seorang anak angkat lelaki yang sedang belajar di salah sebuah sekolah Tahfiz di Tawau. Disamping itu sebagai kepala sebuah intitusi yang melatih bakal guru, aku mencari peluang untuk melahirkan ustadz dan
ustazah dengan mendesak pihak IPGM agar menghantar opsyen Pendidikan Agama
Islam ke IPGK Tawau. Alhamdulillah
intake PPISMP 2014 dan PPISMP 2015 telah menyaksikan opsyen Pendidikan Agama Islam
turut berada di bumi IPGK Tawau. Aku
berazam untuk tidak mensia-siakan peluang dan kepercayaan pihak KPM kepada IPGK
Tawau. Bagi memastikan kemenjadian guru seperti yang dihasratkan oleh negara
tercapai, kemajuan mereka aku pantau secara berterusan. Sudah pasti opsyen Pendidikan Agama Islam (PAI) lebih mendapat perhatianku. Setakat ini anak-anak intake 2014 dan 2015 adalah
yang terbaik, ramai yang berbakat dalam bidang nyanyian, tarian, sukan dan
permainan. Mereka semuanya amat menyenangkan, menghiburkan dan menyejukan mata. Memerhati dan menyaksikan mereka beraktiviti menjadi pengubat rindu kepada anak-anak. Anak-anak IPGK Tawau akhlak dan sahsiahnya terpuji, buktinya tidak ada seorang pun
yang dirujuk kepadaku kerana salahlaku disiplin. Insha Allah majlis konvokesyen IPGM pada tahun 2019 dan 2020 IPGK Tawau akan turut melahirkan ustadz dan ustazah.
Mulai Jun ini, IPGM akan memperkenalkan elektif
terbuka kepada pelajar PISMP Semester 1. Aku semak senarai panjang pilihan
elektif terbuka yang ditawarkan, hanya elektif terbuka Pendidikan Islam sahaja
yang paling menarik perhatianku. Sebenarnya inilah peluang terbaik kepadaku
untuk melahirkan tambahan ustadz dan ustazah
dari kalangan guru pelatih bukan opsyen / major PAI di IPGK Tawau. Aku
telah mengarahkan KJ Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral agar menawarkan elektif Pendidikan Islam kepada pelajar yang bukan opsyen PAI. Berdasarkan “body language” KJ JAPIM dapat aku
fahami bahawa beliau agak keberatan
untuk melaksanakan elektif terbuka tersebut. Aku bertegas agar diteruskan juga dan
aku memberi tempoh seminggu untuk berbuat
sesuatu agar elektif pendidikan islam dapat direalisasikan.
Jumaat lepas genaplah seminggu, KJ JAPIM menemui aku kembali untuk melaporkan perkembangan dan kemajuan seperti yang aku arahkan. Sambil
menyerahkan fail yang mengandungi senarai nama beliau memaklumkan baru ada 3 orang pelajar yang menyatakan minat untuk mengambil
elektif pendidikan islam. Seterusnya sambil menundukan kepala, beliau memaklumkan bahawa sukar baginya untuk
melaksanakan elektif tersebut kerana syarat untuk membuka sesuatu elektif terbuka
sekurang-kurangnya ada 10 orang pelajar. Laporan tersebut agak mengecewakan aku
sebenarnya. Sekali lagi aku tidak berganjak dengan pendirian awalku agar
elektif terbuka pendidikan islam diteruskan walau apa pun keadaannya. Sebelum mengakhiri pertemuan dan
perbincangan dengan KJ JAPIM, aku menyatakan bahawa aku berkeyakinan sekurang-kurangnya 10 orang pelajar yang diperlukan mampu dicapai sebaik sesi pengajian
baharu bermula. Sekiranya masih tidak cukup, aku sendiri yang akan berjumpa
pelajar untuk berkempen. Andainya masih tidak cukup juga, aku bersedia memikul tanggungjawab
sekiranya dipersalahkan oleh IPGM kerana melaksanakan elektif terbuka hanya dengan tiga orang pelajar sahaja.
Aku nekad mengambil keputusan
yang akan membuat ada pihak yang tidak gembira dan tidak selesa kerana aku
percaya peluang seperti ini tidak datang selalu dan mungkin hanya sekali ini
sahaja. Mustahil aku dapat menggembirakan dan memuaskan hati semua orang. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Hanya keberanian menghadapi risiko bersusah payah terlebih dahulu
sahaja yang akan dapat menikmati kemanisan hasilnya dikemudian hari.
Selepas KJ JAPIM beredar, aku buka fail senarai nama yang diserahkan kepadaku dan semasa aku membelek-beleknya tanpa
disedari tertumpah airmataku mengiringi pelbagai perasaan yang bercampur baur;
antara gembira, bangga, terharu dan tersentuh semuanya menjadi satu. Sebenarnya
semasa KJ JAPIM melaporkan baru ada 3 orang pelajar yang berminat, terus serta merta tergambar
tiga wajah dimindaku iaitu Shukri bin Supardi daripada opsyen Bimbingan dan Kauseling, Najihah binti Ismail dan Nur
Aina Aqilah binti Razali pula daripada opsyen Pemulihan. Najihah dan Aqilah sememangnya aku sangat familiar kerana kelibat dua orang anak gadis ini sering kelihatan di Masjid Al Nur dan Pusat Sumber. Gaya dan perawakan dua anak gadis ini turut menjadi sebahagian penawar rinduku kepada Izzaty, anak gadisku yang kini sedang menuntut di USM. Shukri pula pandai bergaul dan bersembang dengan orang yang lebih berusia. Gayanya melayan aku sambil menantikan masuknya waktu isyak membuat terubat rinduku pada Ewan. Sering kali juga selepas solat isyak sambil berselawat dan bersalaman Shukri aku peluk dan cium seperti aku mencium anak-anak bujangku selelpas selesai solat berjemaah. Betapa bertuah dan beruntungnya ibubapa
kalian yang memiliki anak-anak seperti kalian. Tanpa paksaan dengan rela hati kalian bertiga ikhlas memilih elektif pendidikan islam. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memudahkan segala urusan kalian bertiga. Subhana Allah Maha Suci Allah!!!...apa
yang tergambar dimindaku sama dengan senarai nama yang aku terima yang sedang aku belek-belek.
Kepada anak-anaku Shukri, Najihah
dan Aqilah diucapkan jutaan terima kasih kerana berani memilih untuk mengambil elektif pendidikan islam. Janganlah sesekali kalian bertiga mengalah, putus asa dan berasa gentar untuk
menyahut cabaran lapan semester mengikuti kursus elektif pendidikan islam.
Percayalah bahawa suatu hari nanti Shukri akan menjadi guru kaunseling terlatih bertaraf
ustadz sementara Najihah dan Aqilah bakal
menjadi guru pemulihan terlatih yang turut berkelayakan mengajar agama bertaraf ustazah. Setakat ini seperti belum pernah kita temui
guru kaunseling, guru pendidikan khas atau guru pemulihan terdiri daripada kalangan ustadz dan ustazah. Insan-insan istimewa di luar sana pun sama seperti insan normal yang lain, mendambakan
pendidikan agama yang berkualiti. Pendidikan agama yang berkualiti untuk
anak-anak pendidikan khas dan pemulihan hanya boleh dicapai sekiranya guru-gurunya
yang terlatih dalam bidang pendidikan khas dan pemulihan adalah juga seorang ustadz
atau ustazah. Najihah dan Aqilah kalian
adalah perintisnya.
Aku berdoa kepadaMu Ya Rabb agar
lebih ramai lagi yang terbuka hatinya untuk mengikuti elektif pendidikan islam
menjelang sesi baru pengajian Jun 2016 dibuka.
Ya Allah, Kau berilah kesempatan kepadaku untuk sama-sama mencorakkan
mereka sehingga tamat pengajian mereka. Kau berikan kepadaku nikmat kesihatan yang
baik dan umurku yang panjang agar aku dapat menyaksikan anak-anak hebat ini
bergraduat pada tahun 2020. Pastinya pada waktu itu akulah orang yang paling
megah dan berbangga kerana IPGM hantar 20 orang untuk dilatih menjadi ustadz
dan ustazah tapi aku dapat melahirkan lebih
daripada jumlah itu. Bertambah eksyennya aku kerana opsyen kaunseling dan opsyen pemulihan turut ditawarkan di kampus-kampus lain tetapi tidak sehebat pelajar kaunseling dan pemulihan Kampus Tawau yang berani menyahut cabaran mengambil elektif pendidikan islam hingga melayakkan boleh dipanggil ustad dan ustazah.
Akhir kalam, hanya ungkapan
terima kasih sahaja yang dapatku titipkan buatmu Abang Tormku atas teguran dan nasihat yang telah mengubah gaya berfikirku tentang impian dan harapan. Sangat benar
kata-katamu bahawa apa yang kita impikan semuanya Allah akan kabulkan, cuma ada
yang digantikan dengan yang lain, ada yang ditangguhkan waktunya sesuai dengan
kehendakNya. Kini aku sudah boleh menerima hakikat dan sudah mampu tidak bersedih kerana impianku untuk melahirkan seorang ustadz atau hafiz dari kalangan anak lelakiku tidak kesampaian, namun aku bersyukur kerana Allah gantikan dengan anak-anak orang lain melalui hasil usahaku. Aku
mengimpikan seorang tetapi Allah gantikan dengan puluhan ustadz dan ustazah,
malah yang lebih bergaya lagi, insha Allah akan terlahir ustadz guru kaunseling
dan ustazah-ustazah guru pemulihan daripada institusi yang aku pimpin. Hakikatnya yang perlu aku syukuri bahawa sebuah impianku telah direalisasikan oleh orang lain dengan lebih baik dan lebih sempurna.
Kepada anak-anaku Abang Uzair, Kakak Zaty, Ewan dan Emir ketahuilah bahawa ayah kamu mempunyai sebuah impian untuk memiliki madrasah tahfiz moden khusus untuk anak-anak yatim. Andainya impian ayah tidak kesampaian mungkin pada suatu masa nanti kamulah yang akan merealisasikannya.
Kepada anak-anaku Abang Uzair, Kakak Zaty, Ewan dan Emir ketahuilah bahawa ayah kamu mempunyai sebuah impian untuk memiliki madrasah tahfiz moden khusus untuk anak-anak yatim. Andainya impian ayah tidak kesampaian mungkin pada suatu masa nanti kamulah yang akan merealisasikannya.
Khamis, 5 Mei 2016
Demi Persahabatan: Kembara dari Selat Tebrau ke Negeri di Bawah Bayu
Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menyatakan rasa terharu dan terima kasih diatas segala pengorbanan rakan-rakan pensyarah JTP IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang terdiri daripada Pn. Siti Anidah binti Kamsir, En Kamaludin bin Ahmad, Tn Hj Yusof bin Osman, Dr Hjh Sumilah binti Marto dan Pn Ngau yang sanggup merentasi ribuan km Lautan China Selatan dengan perbelanjaan wang poket sendiri demi meraikan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama sambil berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan pensyarah-pensyarah warga IPG Kampus Tawau.
Seorang sahabat dan sifu En. Kamaludin bin Ahmad, pensyarah JTP IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang banyak mengajar dan berkongsi ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan dengan ICT, networking dan programing semasa saya mengetuai Unit Peperiksaan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim . Terima kasih Che Din (En. Kamaludin bin Ahmad) begitu sabar melayan banyak kerenah saya...... Beliau juga turut membantu saya membangunkan website masjid dan badan sukarela yang saya pimpin. Walaupun Che Din sudah berada di penghujung waktu sebagai penjawat awam namun beliau tetap bersemangat.
Tuan Hj Yusof bin Osman seorang sahabat dan sifu yang banyak mengajar saya ilmu kepengakapan. Disamping itu, semasa saya menjadi Penyelaras KDC Guru-guru Agama Kerajaan Johor di IPGK Temenggong Ibrahim, beliau begitu bersungguh-sungguh membantu merealisasikan agar guru-guru agama yang mengikuti kursus dalam cuti memperolehi 2 manik kayu sebelum menamatkan pengajian. Bro Hj Yusof, walaupun isu kopiah sangat pahit pada ketika itu (rasanya hampir 20 tahun yang lalu) tetapi kini menjadi sebahagian daripada kenangan manis sepanjang kita bersahabat dan saya berguru dengan bro.
Rakan-rakan pensyarah JTP IPGK Temenggong Ibrahim yang diketuai oleh Pn Siti Anidah binti Kamsir mengadakan perkongsian ilmu dan pengalaman kepada pensyarah-pensayarah IPG Kampus Tawau pada 5 - 6 Mei 2016.
Sesungguhnya jasa baik kalian wahai sahabat-sahabatku Pn Siti Anidah binti Kamsir, Dr Hjh Sumilah binti Marto, Tn. Hj Yusof bin Osman, En. Kamaludin bin Ahmad dan Pn Ngau tetap akan saya kenang hingga akhir hayat. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Semoga tidak serik untuk mengunjungi dan melawat kami lagi di Tawau....
Maaf diatas apa jua kekurangan.
Maaf diatas apa jua kekurangan.
Ahad, 7 Februari 2016
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Pengarah YADIM Sabah
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg Tuan Haji Samin bin Hj Ongki, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah diatas kesudian beliau meluangkan masa melawat tapak Madrasah Al Hidayah, Kampung Bakau, Indrasabah, Tawau pada 3hb Februari yang lalu.
Seseungguhnya kehadiran beliau melawat tapak madrasah kami sangat bermakna buat kami yang masih dalam proses belajar mengendalikan program dakwah di lapangan. Insha Allah segala idea, saranan dan nasihat serta tunjuk ajar beliau akan kami perhalusi dan dijadikan panduan agar usaha kami berada dilandasan yang betul.
di bahagian hadapan
di bahagian belakang
di bahagian dalam madrasah
meninjau kerja-kerja pembinaan
bersama En Anai tukang rumah
beramah mesra dengan tukang rumah yang ditugaskan
membaiki dan membina semula rumah untuk dijadikan madrasah
singgah di IPG Kampus Tawau selepas lawatan tapak
perbincangan secara santai untuk memantapkan madrasah kami
Saya selaku pengerusi dan mewakili seluruh wargakerja Madrasah Al Hidayah sangat terharu dan teruja dengan kehadiran beliau dari jauh semata-mata untuk melawat tapak madrasah kami yang serba kekurangan dan seterusnya berkongsi pengalaman beliau dengan kami untuk dijadikan panduan. Lawatan dan nasihat serta cadangan beliau amat kami hargai dan telah memberi suntikan semangat baru kepada kami. Segala jasa baik beliau hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
























