Jumaat, 11 November 2022

PENAWAR RESAH GELISAH

 Sinopsis Perkongsian Usrah 8 Nov 2022 bersamaan 16 Rabiul Akhir 1444


Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada seorang sahabat agar berdoa pada waktu pagi (selepas solat subuh) dan waktu petang (selepas solat asar) supaya terhindar daripada 8 perkara iaitu :

1. Dukacita 
2. Resah gelisah
3. Lemah
4. Malas
5. Kedekut
6. Pengecut atau penakut
7. Belenggu hutang dan;
8. Tekanan manusia

Berikut adalah sandaran hadisnya


Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, tiba-tiba baginda SAW berjumpa seorang     Al Ansari yang bernama Abu Umamah. Rasulullah SAW bertanya "Wahai Abu Umamah, mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?" Abu Umamah ra. menjawab, "Kerana kerunsingan yang melanda hatiku dan beban hutangku wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku mengajarimu beberapa bacaan, yang bila kau mengamalkan membacanya nescaya Allah akan menghilangkan rasa gelisah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?" Abu Umamah berkata, "Betul, wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Ucapkanlah diwaktu pagi dan petang: Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan..." Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunasi hutang-hutangku". (HR: Abu Dawud) 

Inilah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ertinya:
"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada rasa dukacita dan resah gelisah, dan aku berlindung krpada Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepada Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung kepada Mu daripada belenggu hutang dan tekanan manusia"

Sekian, semoga bermanfaat....

Selasa, 30 November 2021

PENGHIJAUAN KAMPUS MELALUI KAEDAH INFAQ DAN BERSEDEKAH

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Tuan-tuan / Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Program Penghijauan Kampus dengan penanaman pokok buah-buhan akan  dijalankan  melalui kaedah infaq atau sedekah dalam 6 fasa.  Setakat ini telah berlangsung dua fasa iaitu Fasa 1 di kawasan kuarters pekerja yang terbiar dan Fasa kedua di belakang padang bolasepak.

''Apabila seorang Muslim menanam tanaman, kemudian tanaman itu dimakan oleh burung, manusia, ataupun hewan, maka itu sudah termasuk sedekah.''  
(HR Bukhari & Muslim)

 'Apabila seorang Muslim menanam, maka apa yang dimakan darinya merupakan sedekah, dan yang dicuri darinya juga sedekah. Apabila dimakan oleh binatang buas juga sedekah, apabila dimakan oleh burung juga sedekah, ataupun diambil oleh seseorang juga dinamakan sedekah.'' 

(HR Muslim). 


 

            

Selasa, 9 Februari 2021

Rabu, 6 Januari 2021

USIA 5 TAHUN : MENDEWASAKAN PROGRAM RAKAN WAQAF MASJID JAMEK PARIT KAHAR

Tahun 2021 genaplah 5 tahun  pelaksanaan Program Rakan Waqaf Masjid Jamek Parit Kahar. Alhamdulillah kesedaran waris Parit Kahar terhadap amalan berwaqaf, bersedekah dan berinfaq semakin memberangsangkan. Jumlah peserta dan jumlah dana terkumpul pun turut sama meningkat. Objektif akhir program ini adalah bagi membudayakan amalan 

Rabu, 21 Oktober 2020

Amalan Harian Terbaik Untuk Penghormatan Idea Dan Pandangan

 

Sekadar perkongsian amalan terbaik agar mendapat penghormatan atas idea dan pandangan

1. Baca Surah AlFateha 7 kali



2. Baca Ayat Kursi 21 kali


3. Baca zikir Allahu Kafi 7 kali


Selamat beramal.
Terima kasih Puan Hasimah Kasim