Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan warga IPG KTI (sekadar menyebut beberapa nama spt Tn Hj Md Nordin bin Monel, En Abd Jalil bin Md Yunos, En. Arshad bin Ismail, Hjh Repiah bt Singah, Pn Roziah bt Abu Samah, Hj Yusof bin Osman, En Suleiman bin Yunos, Hj Tormadi bin Jono, En Muhamad Syafiq Sim, Hjh Rukiah bt Ahmad Tabon, En Mohd Nor Thani, Pn. Rashidah bt Shuib, En Mohd Jasa bin Siraj, Hj Norhizan bin Zainol, En Zainal bin Mohd Amin, Hjh Norani bt Ali, Hj Baharum Sulman, Hj Abu Hurairah b Abd Razak, Mohd Farid bin Salleh dll ) yang hampir setiap tahun sejak tahun 2002 menyertai ibadah qurban anjuran JK Masjid Parit Kahar & Persatuan Khairat Kematian Parit Kahar.
Kepada rakan-rakan warga IPG KTI yang bertanya dan berminat untuk menyertai ibadah korban anjuran JK Masjid Parit Kahar & Persatuan Khairat Parit Kahar, kami memohon maaf kerana pada tahun ini kami tidak membuka penyertaan kepada penduduk luar kariah Parit Kahar. Malah bilangan ternakan(lembu) untuk ibadah korban pada tahun ini di Parit Kahar juga kami hadkan. Berdasarkan pengalaman sejak dua tahun kebelakangan ini kami menghadapi masaalah untuk mengagihkan daging korban kepada penerima yang sepatutnya. Oleh yang demikian pada tahun ini kami telah mengubah strategi dimana 70 % penyertaan, kami laksanakan di Kemboja.
Insyallah pada 26 Oktober 2012 ini saya akan bertolak ke Phnom Pen bagi menyertai Program Ibadah Korban anjuran Kolej Matrikulasi Johor. Peluang yang diberikan oleh Kolej Matrikulasi Johor kepada saya akan saya gunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman yang seluas-luasnya semasa di sana nanti sebagai persediaan untuk saya menguruskan program seperti ini pada tahun hadapan. Insyallah pada tahun hadapan saya bercita-cita untuk memimpin saudara-saudara saya dari Kariah Parit Kahar dan sekumpulan pelajar saya yang terpilih dari IPG KTI untuk melakukan ibadah Korban di Kemboja.
Bagi rakan-rakan/kenalan dan saudara mara saya yang berhajat untuk menitipkan kepada saya ibadah korban di Kemboja pada tahun ini sila hubungi saya dengan kadar seberapa segera. Satu bahagian korban/aqiqah berharga RM250. Penyertaan dibuka hingga 17 Oktober 2012.
Semoga amal ibadah korban kita pada tahun ini diterima Allah dan mudah-mudahan usaha kita yang sekecil ini dalam membantu rakan-rakan melakukan ibadah korban diberikan oleh Allah ganjaran kepada kita berupa kebajiakan, kebaikan, keselamatan, keberkatan dan keredhaan yang berpanjangan dari dunia hingga akhirat.
Isnin, 15 Oktober 2012
Sabtu, 28 Julai 2012
Kembara Ramadhan 1433H - "Kami Prihatin" Menyatuni Anak-Anak Yatim Aceh
"Barangsiapa yang memberi makanan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun" (HR : At Tirmidzi).
Berdasarkan hadis tersebut, kami seramai 50 orang yang terdiri daripada pensyarah dan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti JAJ Ambilan Mei 2011 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru akan mengadakan Program Kembara Ramadhan 1433 - Menyantuni Anak-anak Yatim di Aceh, Indonesia pada 3 - 6 Ogos 2012.
Kami terpanggil memilih Aceh kerana selepas musibah tsunami 2004, di Banda Aceh sahaja terdapat 300 buah rumah anak yatim yang agak serba kekurangan yang memerlukan keprihatinan kita sebagai saudara seislam.
Insyallah sepanjang program tersebut kami akan menyantuni anak-anak yatim di tiga buah rumah anak yatim di sekitar Banda Aceh seperti berikut:
i . 3 Ogos 2012 - Panti Asuhan Anak Yatim Johor, Jln Tengku No 1, Jeumpet Ajun, Banda Aceh
ii. 4 Ogos 2012 - Panti Asuhan Muhamadiah, Jln Punge Belangcat, Banda Aceh.
iii. 5 Ogos 2012 - Panti Asuhan Media Kasih, Jln Glee Guruh, No 5 STUI, Banda Aceh.
Kami sangat mengalu-alukan sumbangan saudara-saudari untuk disalurkan terus ke rumah anak-anak yatim tersebut. Sumbangan tersebut hendaklah di bank inkan atas nama BADAN KEBAJIKAN KPLI KDC JAJ melalui No Akaun: 01050010027653, Bank: Bank Islam Malaysia Berhad. Bukti sumbangan saudara/saudari yang mengandungi butiran seperti jumlah sumbangan, tarikh dan masa hendaklah dihantar melalui sms kepada Ust Hj Hidhir bin Ismail(+60137529920) atau Ust Hj Mohd Nahi bin Abdullah (+60192819922 ) atau email mohdzainbadui@hotmail.com.
Isnin, 2 Julai 2012
Menghadapi Realiti: Catatan 2
Mohd Reza Pahlavi atau lebih popular dengan panggilan Shah Iran merupakan raja terakhir yang memerintah Iran yang disingkirkan oleh rakyatnya sendiri. Beliau bersama permaisurinya yang bernama Farah Pahlavi serta anak-anaknya terkenal dengan gaya hidup bermewah-mewah boros seperti hobi bershopping di luar negara khasnya di Eropah.
Shah Iran memiliki harta yang banyak sesuai dengan kedudukan Iran sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak yang terbesar dalam OPEC. Media-media antarabangsa yang menjadi sekutunya melaporkan bahawa beliau antara salah seorang yang terkaya di dunia dengan memiliki harta persendirian samada yang terdapat dalam negara atau luar negara Iran yang bernilai jutaan USD. Malah beliau merupakan satu-satunya pemimpin negara yang memiliki jet peribadi pada ketika itu.
SAVAK sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan oleh Shah Iran bukan sahaja bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat malah turut menindas dan menzalimi mana-mana individu atau pertubuhan di Iran yang kritis terhadap pentadbiran dan pemerintahannya. Ramai ulamak yang tidak sehaluan dengannya telah ditangkap, dipenjarakan malah dibuang negeri.
Gaya hidupnya yang bermewah-mewah dan berbelanja boros dalam keadaan hidup rakyatnya yang majoritinya buta huruf dan berada dalam kemiskinan telah menyebabkan rakyatnya sendiri membenci Shah Iran dan keluarganya. Biarpun Shah Iran didokong oleh pelbagai agensi kerajaan, akhirnya Shah Iran terpaksa akur dengan kuasa keramat rakyat Shah Iran ditumbangkan oleh kuasa keramat rakyat melalui gerakan revolusi Iran yang dipimpin oleh seorang ulamak yang hidup dalam buangan selama 15 tahun bernama Ayatullah Khomeini. Gerakan Revolusi Iran yang dipimpin oleh Khomeni berjaya menyingkirkan Shah Iran pada bulan Februari 1979. Beliau bersama ahli keluarganya terpaksa melarikan diri ke luar negara dan hidup dalam buangan dengan penuh kehinaan hingga akhir hayatnya.
Rabu, 27 Jun 2012
Menghadapi realiti : Catatan 1
Catatan 1: Pemerintahan Beraja Mesir.
Sejarah telah membuktikan bahawa keruntuhan sesuatu kerajaan atau dinasti disebabkan oleh penolakan rakyat. Di Mesir contohnya, telah menyaksikan bahawa Raja Farouk telah digulingkan oleh rakyat Mesir pada tahun 1952 melalui revolusi rakyat. Raja Farouk mendapat pendidikan di sekolah ketenteraan di England dan menaiki takhta ketika berusia 16 tahun. Beliau memiliki harta yang banyak seperti ladang yang luas, puluhan istana dan ratusan kenderaan. Gaya hidupnya yang boros dan bermewah-mewah seperti hobi membeli belah di Eropah telah membangkitkan kebencian rakyat kepadanya yang membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera yang di pimpin oleh Gamal Nasir pada Julai 1952. Beliau telah melarikan diri di Monaco dan hidup dalam buangan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1965.
Sejarah telah membuktikan bahawa keruntuhan sesuatu kerajaan atau dinasti disebabkan oleh penolakan rakyat. Di Mesir contohnya, telah menyaksikan bahawa Raja Farouk telah digulingkan oleh rakyat Mesir pada tahun 1952 melalui revolusi rakyat. Raja Farouk mendapat pendidikan di sekolah ketenteraan di England dan menaiki takhta ketika berusia 16 tahun. Beliau memiliki harta yang banyak seperti ladang yang luas, puluhan istana dan ratusan kenderaan. Gaya hidupnya yang boros dan bermewah-mewah seperti hobi membeli belah di Eropah telah membangkitkan kebencian rakyat kepadanya yang membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera yang di pimpin oleh Gamal Nasir pada Julai 1952. Beliau telah melarikan diri di Monaco dan hidup dalam buangan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1965.
Ahad, 24 Jun 2012
Kembara Aceh 10 - 13 Jn 2012: Siri 7
Sepanjang berada di Aceh hanya dapat berjumpa sebuah kedai yang menjual barang-barang antik. Koleksinya tidak berapa banyak variasi cuma tempayan lama. Agak menarik juga cuma susah untuk dibawa pulang
Kembara Aceh 10-13 Jun 2012: Siri 6
Sabtu, 23 Jun 2012
Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 5
Menu Sarapan Pagi
Soto Aceh - Nasi, sayur taugeh, telur sambal, bergedel dan keropok serta kuah sup
Bubur sumsum
Langgan:
Catatan (Atom)











