Sabtu, 28 Julai 2012

Kembara Ramadhan 1433H - "Kami Prihatin" Menyatuni Anak-Anak Yatim Aceh



"Barangsiapa yang memberi makanan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun" (HR : At Tirmidzi).

Berdasarkan hadis tersebut, kami seramai 50 orang yang terdiri daripada pensyarah dan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti JAJ Ambilan Mei 2011 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru akan mengadakan Program Kembara Ramadhan 1433 - Menyantuni Anak-anak Yatim di Aceh, Indonesia pada 3 - 6 Ogos 2012.

Kami terpanggil memilih Aceh kerana selepas musibah tsunami 2004, di Banda Aceh sahaja terdapat 300 buah rumah anak yatim yang agak serba kekurangan yang memerlukan keprihatinan kita sebagai saudara seislam.

Insyallah sepanjang program tersebut kami akan menyantuni anak-anak yatim di tiga buah rumah anak yatim di sekitar Banda Aceh  seperti berikut:

i . 3 Ogos 2012 - Panti Asuhan Anak Yatim Johor, Jln Tengku No 1, Jeumpet Ajun, Banda Aceh
ii. 4 Ogos 2012 - Panti Asuhan Muhamadiah, Jln Punge Belangcat, Banda Aceh.
iii. 5 Ogos 2012 - Panti Asuhan Media Kasih, Jln Glee Guruh, No 5 STUI, Banda Aceh.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan saudara-saudari untuk disalurkan terus ke rumah anak-anak yatim tersebut. Sumbangan tersebut hendaklah di bank inkan atas nama BADAN KEBAJIKAN KPLI KDC JAJ melalui No Akaun: 01050010027653, Bank: Bank Islam Malaysia Berhad. Bukti sumbangan saudara/saudari yang mengandungi butiran seperti jumlah sumbangan, tarikh dan masa hendaklah dihantar melalui sms  kepada Ust Hj Hidhir bin Ismail(+60137529920) atau Ust Hj Mohd Nahi bin Abdullah (+60192819922 ) atau email mohdzainbadui@hotmail.com.


Isnin, 2 Julai 2012

Menghadapi Realiti: Catatan 2



Mohd Reza Pahlavi atau lebih popular dengan panggilan Shah Iran merupakan raja terakhir yang memerintah Iran yang disingkirkan oleh rakyatnya sendiri. Beliau bersama permaisurinya yang bernama Farah Pahlavi serta anak-anaknya terkenal dengan gaya hidup bermewah-mewah boros seperti hobi bershopping di luar negara khasnya di Eropah.

Shah Iran memiliki harta yang banyak sesuai dengan kedudukan Iran sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak yang terbesar dalam OPEC. Media-media antarabangsa yang menjadi sekutunya melaporkan bahawa beliau antara salah seorang yang terkaya di dunia dengan memiliki harta persendirian samada yang terdapat dalam negara atau luar negara Iran yang bernilai jutaan USD. Malah beliau merupakan satu-satunya pemimpin negara yang memiliki jet peribadi pada ketika itu.

SAVAK sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan oleh Shah Iran bukan sahaja bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat malah turut menindas dan menzalimi mana-mana individu atau pertubuhan  di Iran yang kritis terhadap pentadbiran dan pemerintahannya. Ramai ulamak yang tidak sehaluan dengannya telah ditangkap, dipenjarakan malah dibuang negeri.

Gaya hidupnya yang bermewah-mewah dan berbelanja boros dalam keadaan hidup rakyatnya yang majoritinya buta huruf dan berada dalam kemiskinan telah menyebabkan rakyatnya sendiri membenci Shah Iran dan keluarganya. Biarpun Shah Iran didokong oleh pelbagai agensi kerajaan, akhirnya Shah Iran terpaksa akur dengan kuasa keramat rakyat Shah Iran ditumbangkan oleh kuasa keramat rakyat melalui gerakan revolusi Iran yang dipimpin oleh seorang ulamak yang hidup dalam buangan selama 15 tahun bernama Ayatullah Khomeini. Gerakan Revolusi Iran yang dipimpin oleh Khomeni berjaya menyingkirkan Shah Iran pada bulan Februari 1979. Beliau bersama ahli keluarganya terpaksa melarikan diri ke luar negara dan hidup dalam buangan dengan penuh kehinaan hingga akhir hayatnya.



Rabu, 27 Jun 2012

Menghadapi realiti : Catatan 1

Catatan 1: Pemerintahan Beraja Mesir.

Sejarah telah membuktikan bahawa keruntuhan sesuatu kerajaan atau dinasti disebabkan oleh penolakan rakyat. Di Mesir contohnya, telah menyaksikan bahawa Raja Farouk telah digulingkan oleh rakyat Mesir pada tahun 1952 melalui revolusi rakyat. Raja Farouk mendapat pendidikan di sekolah ketenteraan di England dan menaiki takhta ketika berusia 16 tahun. Beliau memiliki harta yang banyak seperti ladang yang luas, puluhan istana dan ratusan kenderaan. Gaya hidupnya yang boros dan bermewah-mewah seperti hobi membeli belah di Eropah telah membangkitkan kebencian rakyat kepadanya yang membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera yang di pimpin oleh Gamal Nasir pada Julai 1952. Beliau telah melarikan diri di Monaco dan hidup dalam buangan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1965.

Ahad, 24 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jn 2012: Siri 7

Sepanjang berada di Aceh hanya dapat berjumpa sebuah kedai yang menjual barang-barang antik. Koleksinya tidak berapa banyak variasi cuma tempayan lama. Agak menarik juga cuma susah untuk dibawa pulang









Kembara Aceh 10-13 Jun 2012: Siri 6

Masam Keu-Eung Kepala Ikan

 Masam Keu-Eung
Masam Keu-Eung adalah sejenis masakan tradisional orang Aceh. Sesiapa yang berkunjung ke Banda Aceh jangan lepaskan peluang mencuba resipi ini. Pada pengamatan saya resipi ini boleh di kategorikan sebagai salah satu jenis asam pedas.

Sabtu, 23 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 5

Menu Sarapan Pagi 
Soto Aceh - Nasi, sayur taugeh, telur sambal, bergedel dan keropok serta kuah sup

Bubur sumsum


Jumaat, 22 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 4

Pantai Peranginan Lampuuk Banda Aceh


Tempat makan dan berehat untuk keselesaan pengunjung

Pemandangan pantainya yang yang cantik. Yang menariknya kawasan pantai peranginan ini hanya di buka kepada para pengunjung hingga jam 6.00 petang sahaja.  
Add caption