Ahad, 4 Ogos 2019

Isnin, 29 Julai 2019

Sudah Islam Sangatkah Kita ?????

Sombong - enggan mengakui kesilapan dan kelemahan diri 
Angkuh - asyik menyalahkan pihak lain diatas kegagalan
Bongkak - enggan bermuhasabah diri dan enggan berubah 

Islam adalah agama rahmatan lil alamin yang membawa rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh alam sebagaimana firman Allah swt  dalam surah Al Anbiya ayat 107 yang bermaksud Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” Berdasarkan ayat tersebut juga dengan jelas menerangkan bahawa islam adalah bersifat universal, komprehensif, lengkap dengan dimensi edoterik dan eksoteriknya serta relevan melangkaui zaman tanpa ada batasan sempadan.

Bersyukur kita kerana dilahirkan islam. Nikmat yang tidak terhingga nilainya kerana tidak perlu tercari-cari hidayah dan kebenaran hidup beragama. Ada orang yang dilahirkan bukan beragama islam tetapi berusaha untuk mencarinya, dan setelah memperolehinya menjaga islam dengan sebaik-baiknya, malah ramai juga yang jauh lebih baik daripada kita yang dilahirkan islam.

Ujian Allah keatas hambanya tidak semestinya dalam bentuk musibah, bencana atau kerugian semata-mata. Lazimnya seseorang yang diuji dengan musibah akan membuat seseorang itu sabar,redha dan berusaha mendekati penciptaNya. Mungkin ramai yang bersetuju dengan saya bahawa ujian yang sangat berat adalah ujian dalam bentuk kelapangan, kesenangan, kekayaan, kuasa, pengaruh, harta dan kesihatan kerana membuatkan seseorang itu tidak perasan yang dirinya sedang diuji. Ujian seperti inilah yang sangat menakutkan.....

Bagi yang dilahirkan islam, mungkin juga ia sebagai "ujian" Allah yang tanpa disedarinya. Ramai kalangan kita yang terlupa untuk mensyukuri nikmat dilahirkan islam, contohnya dengan dilahirkan islam telah menyebabkan kita rasa selesa dan selamat hingga terbuai leka lalu gagal untuk menjaga, menghargai dan seterusnya menghayati serta memperagakan kehebatan kesyumulan islam.

Kita yang dilahirkan islam sepatutnya yang terkedepan sebagai role model memperagakan dan seterusnya mempromosikan islam sebagai rahmatan lil alamin yang membawa kemajuan dan kemakmuran, yang memudahkan yang menyenangkan yang membahagiakan yang melestarikan sekalian penghuni alam melalui akhlak terpuji seperti yang ditunjukan oleh junjungan Besar Nabi Muhamad saw.

Namun demikian,  wajar untuk kita mengakui bahawa sebahagian besar daripada kita bukan sahaja gagal berperanan sebagai role model yang memperagakan dan mempromosikan islam sebagai rahmatan lil alamin malah tanpa disedari tindak tanduk, tutur kata bahkan akhlak kita  yang jelek sebenarnya telah  memomokan islam  di mata orang lain. Walaupun kejelekan itu dilakukan oleh segelintir daripada kalangan kita namun kesannya cukup besar; lantaran itu sebut sahaja islam maka akan tergambar yang penganutnya tidak boleh dipercayai, ganas, kasar, rasist, tidak menepati masa dan suka membuang masa, pengotor, malas dan mundur.

Itulah sebabnya dipermulaan tulisan ini saya mengungkapkan tiga perkataan sombong, angkuh dan bongkak. Nah..marilah kita renungkan sejenak, marilah kita berlapang dada bermuhasabah diri, dimanakah sebenarnya diri kita dan kategori apakah kita? Supaya kita terhindar daripada kategori tersebut (sombong, angkuh dan bongkak) maka sukalah saya nukilkan firman Allah SWT dalam ayat 7 surah Ibrahim; وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  yang bermaksud Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu (mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih". Jadi apakah kaitan ayat ini dengan sombong, angkuh dan bongkak? Lazimnya orang yang sombong adalah orang yang tidak tau bersyukur dan berterima kasih.

Kesimpulannya marilah kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhitung terutamanya nikmat kita dilahirkan islam. Sebenarnya wajib atas kita menyampaikannya kepada orang lain yang belum menerima hidayah sesuai dengan kemampuan kita. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

Jumaat, 7 September 2018

PROGRAM TAKAFUL PENGHOSPITALAN & PEMBEDAHAN CUEPACS CARE

Makluman kepada rakan-rakan penjawat awam yang menyertai skim Program Takaful Penghospitalan & Pembedahan Cuepacs Care, baru-baru ini saya telah menerima kad tersebut yang berwajah baharu. Bagi rakan-rakan yang telah menyertai skim ini tetapi masih belum lagi menerima kad yang baharu sila  hubungi  03-33714248  

                         

Bagi rakan-rakan yang belum menyertai skim tersebut saya sarankan agar menyertainya dengan KLIK DI SINI



Khamis, 6 September 2018

Merakam Kenangan Ramadhan Aceh 1438 / 2017

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Nurul Amirah binti Abdul Rahman yang telah merakamkan segala detik dan peristiwa sepanjang tempoh bermusafir di Aceh di youtube. Mari kita saksikan

Part 1    Part 2   Part 3   Part 4   Part 5   Part 6


Jutaaan terima kasih Cikgu Nurul Amirah Abdul Rahman





SCES 3023 KIMIA BUKAN ORGANIK





 PISMP OPSYEN SAINS SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2018

Siswa-siswi guru sedang menjalankan ujikaji maklmal dibawah bimbingan Dr Heng Lee Ling














Selasa, 4 September 2018

Selamat Pagi Malaysia 2018 : Melestarikan Penyelidikan & Inovasi Peringkat Kebangsaan di IPGKTI

Persidangan Penyelidikan & Inovasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

Pada 3 september 2018, saya berkesempatan menjadi salah seorang tetamu bagi mempromosikan persidangan tersebut di TV1 melalui slot Selamat Pagi Malaysia. Ikutilah rakaman slot tersebut





Rabu, 28 Mac 2018

ENAM BULAN TELAH BERLALU, KE MANA HENDAK KU BAWA BAHTERA INI

Pantasnya masa berlalu,  tidak terasa sudah 6 bulan 14 hari aku berlabuh di sini.