Selasa, 19 Julai 2011

DPU 2133 - Pengukuran & Penilaian Pendidikan

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK ( 100 MARKAH)

Soalan objektif merupakan satu daripada bentuk soalan yang kerap digunakan di sekolah.

Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki:

a. Mendefinisikan konsep soalan objektif
b. Bina item-item soalan objektif dalam bentuk pengurusan grafik ( peta minda)
c. Bagi setiap item beri lima(5) contoh soalan berdasarkan subjek yang anda pilih
d. Berikan lima ( 5 ) kebaikan dan keburukan soalan objektif.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada DUA ( 2 ) orang ahli sahaja.
3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan maklumat
4. Anda boleh memaparkan maklumat dalam sebarang bentuk visual pilihan anda.
5. Bahagian kulit luar ( cover ) mestilah mengandungi maklumat berikut:
5.1 Nama ahli-ahli kumpulan
5.2 No. Kad pengenalan ahli-ahli
5.3 Semester
5.4 Opsyen
5.5 Pensyarah
5.6 Tarikh serahan
6. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
6.1 Font arial
6.2 Saiz 12
6.3 Langkau (spacing) satu setengah baris
6.4 Rujukan ikut format APA
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan tindakan keras akan diambil
8. Tugasan ini adalah 100 markah dengan wajaran 30%
9. Refleksi individu hendaklah disertakan
10.Tugasan hendaklah dihantar dalam "hardcoppy"

Sabtu, 28 Mei 2011

KPLI Mod KDC Guru Agama Majlis Agama Islam Johor

Selamat datang diucapkan kepada peserta KPLI Mod KDC Guru Agama Majlis Agama Islam Johor yang akan melapor diri pada 29 Mei 2011.

Sebagai Penyelaras Program, suka saya mengingatkan bahawa cabaran dan ujian berat sedang menanti anda. Sepanjang tempoh 18 bulan mendatang pastinya menuntut segala pengorbanan masa, tenaga dan tentu sekali wang ringgit. Mulai sekarang perlu disemaikan di minda masing-masing tiada lagi cuti-cuti sekolah sepanjang tempoh itu. Kefahaman perlu diberikan kepada ibubapa, pasangan, anak-anak dan keluarga supaya tidak timbul salah faham dan persepsi yang salah khususnya terhadap program ini dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim selaku agensi yang diamananahkan melaksanakan program ini. Insyallah dengan kefahaman yang jelas dan persepsi yang betul akan meletakan orang yang paling hampir dengan kita untuk turut sama berkorban dan memberikan sokongan yang padu.

Program ini adalah program bercorak latihan yang memerlukan komitmen yang tinggi, kecergasan mental dan fizikal dikalangan para pesertanya. Hanya peserta yang benar-benar fit dari segi mental dan fizikal sahaja yang akan berjaya mengharungi cabaran hinggga ke garisan penamat.

Jumaat, 4 Mac 2011

KANDUNGAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK

SINOPSI KURSUS

Kursus ini membincangkan tentang masyarakat, budaya dan konsep-konsep asas sosiologi dalam hubungan etnik. Kursus ini juga menjelaskan tentang perkembangan dan pembentukan masyarakat di Malaysia. Tumpuan perbincangan adalah tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakat yang bersatu padu.


Minggu 1
1.0 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
1.1 Masyarakat dan Budaya

Minggu 2

2.0 Ras, Etnik, Etnosentrik, Asimilasi, Akomodasi, Akulturasi dan Integrasi.

Minggu 3

3.0 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah: Sebelum Zaman Penjajahan
3.1 Masyarakat Melayu Tradisional
3.2 Masyarakat Melayu Pada Era Kesultanan Melaka
3.3 Kedatangan Pengaruh Asing Ke Tanah Melayu

Minggu 4
4.0 Masyarakat Plural Zaman Penjajahan
4.1 Proses Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Negeri Selat, Campurtangan Inggeris Di
Tanah Melayu 1874
4.2 Implikasi Penjajahan Terhadap Hubungan Etnik

Minggu 5
5.0 Masyarakat Plural Dan Pluraliti Baru Dalam Era Kemerdekaan (1957 – Kini)
5.1 Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Memupuk Perpaduan Nasional
5.2 Membincangkan Perkembangan Politik Selepas Merdeka,Khususnya Pilihanraya 1959 dan 1969.

Minggu 6
6.0 Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik
6.1 Membincangkan Perkembangan Perlembagaan Di Malaysia
6.2 Membincangkan Perkara Utama Dalam Perlembagaan Malaysia Sejak Tahun 1946, 1948 dan 1957:
6.2.1 Kewarganegaraan
6.2.2 Kedudukan dan Kuasa Raja
6.2.3 Bahasa Melayu
6.2.4 Agama Islam
6.2.5 Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra
6.2.6 Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Persekutuan Malaysia 1963

Minggu 7 UJIAN
7.0 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik
7.1 Penubuhan Parti-Parti Politik Awal Berasaskan Kaum dan Usaha Penyatuan
Parti-Parti Politik
7.2 Penubuhan Parti Perikatan
7.3 Penubuhan Barisan Nasional dan Usaha Penyatuan

Minggu 8 Cuti Pertengahan semester

Minggu 9 – 10
8.0 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik
8.1 Dasar Ekonomi Baru
8.2 Dasar Pembangunan Nasional
8.3 Dasar Wawasan Negara

Minggu 11– 13 Pembentangan
9.0 Pembangunan Sosial Dalam Konteks Hubungan Etnik
9.1 Dasar Pendidikan Nasional
9.1.1 Sistem Pendidikan Vernacular di Zaman Penjajahan British
9.1.2 Laporan Barnes, Fenn-Wu, Razak dan Rahman Talib
9.1.3 Dasar Pendidikan Kebangsaan
9.1.4 Kesan Pembangunan Pendidikan Kepada Pembangunan dan Perpaduan Nasional
9.2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Minggu 14
10.0 Islam Hadhari
10.1 Prinsip Islam Hadhari
10.2 Perlaksaan Islam Hadhari

Minggu 15
11.0 Globalisasi – Isu dan Cabaran
11.1 Arus Globalisasi dan Pertembungannya dengan Kebudayaan Rakyat Malaysia
11.2 Pengaruh Globalisasi ke atas Hubungan Etnik di Malaysia

Minggu 16-18 Minggu Cuti Belajar

Jumaat, 28 Januari 2011

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

SENARAI RUJUKAN :

1. ABD AZIZ BARI (2000). Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan masaalah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. AZMI AZIZ & SHAMSUL A.B (2004), The Religious, the plural, the secular and the modern: A brief critical survey on Islam in Malaysia. Inter Asia Cultural Studies. Vol.5, No. 3 December.

3. MANSOR MOHD NOOR , ABDUL RASHMAN ABDUL AZIZ & MOHAMAD AINUDDIN ISKANDAR LEE (2006), Hubungan Etnik di Malaysia. Malaysia Prentice Hall.

4. SHAMSUL AMRI BIN BAHARUDDIN(2007), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

5. WAN MOHD NOR WAN DAUD (2001), Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur, ISTAC

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jerebu datang lagi....

Angkara tangan-tangan manusia, masalah jerebu telah melanda semula. Terbaru, sekolah di daerah Muar telah diarah tutup. IPU di beberapa daerah di Johor seperti di Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pasir Gudang dilaporkan semakin buruk.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Umat islam di seluruh Malaysia mula menunaikan ibadah puasa pada hari rabu bersamaan 11 Ogos 2010. Memandangkan hari pertama ramadhan merupakan cuti umum bagi Negeri Johor, saya telah membawa anak-anak ke kedai buku yang terletak di sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal juga di Johor Bahru. Alangkah terkejutnya saya sebaik melangkah memasuki pusat membeli belah tersebut, kami sebagai pengunjung telah disambut dengan lagu-lagu raya. Baru hari pertama, baru pukul 11.00 pagi, lagu-lagu yang diputarkan semuanya lagu raya secara bersilih ganti. Suasananya seolah-olah esok hari raya. Fenomena ini sebenarnya telah menyimpang dari tuntutan, hikmah dan falsafah ramadhan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Jelas betapa masyarakat tidak diajar atau dididik untuk menghayati ramadhan sebagai bulan yang penuh kemuliaan yang Allah khususkan buat kita, umat Nabi Muhamad SAW. Bayangkanlah 10 tahun akan datang, bagaimana ya keadaannya?

Khamis, 17 Jun 2010

ULASAN BUKU TAMADUN ISLAM

Arahan :

1. Sila buat rujukan di Pusat Sumber dan buat ulasan buku yang berkaitan dengan Tamadun Islam.
2. Ulasan tersebut hendaklah dibuat dalam kertas A4 dengan fon time new roman dengan saiz 12 dan langkau 1.5. Panjang ulasan tersebut antara 8 - 10 mukasurat.
3. Kulit tugasan tersebut mestilah mengandungi Judul buku, nama pengarang, terbitan/percetakan, tempat diterbitkan, tahun dan jumlah muka surat.
4. Tugasan tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 25 Jun 2010.