Disapa oleh bekas anak-anak murid adalah momen yang sangat indah yang membuat hati seorang guru berbunga-bunga. Mujur tiada yang perasan aku tersenyum-senyum bersendirian hingga ke cuping telinga. Secara spontan air mata pula turut tertumpah. Punyalah rasa seronok, teruja, megah hingga terasa macam terawang-awang di udara. Perasaan tersebut tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang pernah melalui pengalaman seperti yang aku alami sahaja yang dapat memahaminya. Bangga dan terharu . Sebenarnya sapaan daripada anak-anak murid adalah hadiah yang paling istimewa dan sangat berharga yang tiada nilai tara bandingannya buat seorang guru. Justeru, aku tidak pernah menyesal menjadi seorang guru.
Lebih istimewa lagi, kalau yang "menyapa" adalah bekas pelajar yang terkenal dengan aksi nakal yang menghuru-harakan sekolah hingga bikin semua warga sekolah termasuk Pengetua, GPK HEM dan Guru Disiplin tidak senang duduk. Sapaan mereka yang kita tidak sangka pada ketika ini sudah ‘menjadi orang” akan membuat dada kita terasa beralun berombak menahan sebak dan tanpa disedari sepasang mata pinjamanNya seperti dimasuki habuk.. Allahu Akbar !!! Lantaran itu jangan terlalu pantas dan memuktamadkan melabel, menghukum dan memandang rendah seseorang. Sejarah tidak boleh diubah. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh, antaranya Syaidina Umar Alkhatab R.A adalah antara penentang keras Nabi Muhamad SAW tetapi akhirnya menjadi bapa mertua baginda dan antara 20 orang sahabat yang dijamin masuk syurga.
Lebih istimewa lagi, kalau yang "menyapa" adalah bekas pelajar yang terkenal dengan aksi nakal yang menghuru-harakan sekolah hingga bikin semua warga sekolah termasuk Pengetua, GPK HEM dan Guru Disiplin tidak senang duduk. Sapaan mereka yang kita tidak sangka pada ketika ini sudah ‘menjadi orang” akan membuat dada kita terasa beralun berombak menahan sebak dan tanpa disedari sepasang mata pinjamanNya seperti dimasuki habuk.. Allahu Akbar !!! Lantaran itu jangan terlalu pantas dan memuktamadkan melabel, menghukum dan memandang rendah seseorang. Sejarah tidak boleh diubah. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh, antaranya Syaidina Umar Alkhatab R.A adalah antara penentang keras Nabi Muhamad SAW tetapi akhirnya menjadi bapa mertua baginda dan antara 20 orang sahabat yang dijamin masuk syurga.
Lazimnya guru akan mengingati
murid-muridnya yang dalam kategori maqam “melampau”. Berdasarkan pengalamanku
ada tiga maqam melampau; yang pertama
maqam melampau kepandaian dan kecerdikannya. Kedua maqam nakal yang melampau dan
yang ketiga maqam pendiam dan pemalu yang melampau tetapi cerdik. Semenjak ada FB aku telah
diketemukan dengan bekas anak-anak muridku dari pelbagai batch dan pelbagai
maqam yang sudah puluhan tahun terpisah.
Pada 28 Jan yang lepas aku disapa
oleh seseorang melalui whatsapp yang nombornya tiada dalam simpanan contact
listku. “Assalamualaikum cikgu. Apa
khabar cikgu?” Mujur sapaannya mengandungi perkataan “cikgu” yang menjadi “indicator”
bahawa yang menyapaku adalah bekas anak muridku semasa aku mengajar di Pekan,
Pahang. Cumanya aku tidak pasti batch SPM tahun bila, Agak lama juga aku
merenung dan mengamat-amati gambar profile whatsapp yang menyapaku. Lebih 95 % aku
yakin bahawa yang menyapaku adalah Saripah Haziah binti Syed Hassan, yang pernah
aku ajar sabjek sejarah pada akhir tahun 1980an.
Puan Saripah Haziah @ Cikgu Zie selepas konvokesyen MPTI 1997
Setelah aku benar-benar yakin lalu
aku pun menjawab “Wkmslm. Saripah Haziah binti Syed Hassan. Batch SPM 1989 kan?”. Ternyata tekaanku benar dan tepat sekali. Sebenarnya Haziah (panggilan masa aku mengajar
dahulu) agak terkejut dan tidak sangka
kerana aku masih mengingantinya walaupun lebih 20 tahun tidak pernah berjumpa. Selanjutnya Haziah
bertanya lagi, “camana cikgu boleh tahu”?. “Saya bela hanturaya”, jawabku ringkas secara berseloroh Aku tidak menjelaskan lebih
lanjut yang aku sebenarnya telah melihat gambar profilenya terlebih dahulu.
Saiz dirinya macam budak-budak sekolah menengah tidak banyak berubah maka
tidaklah sukar bagiku mengecam dan mengingatinya.
Sebenarnya Saripah Haziah ini
adalah salah seorang bekas anak muridku dalam kategori maqam melampau kategori yang
ketiga iaitu pendiam dan pemalu tetapi cerdik. Bukan aku seorang yang perasan
begitu, guru-guru lain pun turut perasan sama tentang “kepemaluan” Haziah.
Sebagai ketua guru disiplin, menjadi rutin aku akan tercegat di pintu utama sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. Amalan ini adalah sebahagian daripada kaedah memberikan sokongan moral kepada pengawas yang bertugas di situ dan seterusnya bagi memastikan segala perturan dipatuhi dan tiada pengawas yang kena buli. Kebanyakan pengawas lelaki tingkatan 3 dan 4 agak seriau bertugas di pintu pagar utama kerana sering diusik-usik nakal oleh segerombolan kakak senior yang ke sekolah berjalan kaki. Walaupun Haziah pergi sekolah berjalan kaki tetapi Haziah tidak terbabit dengan gerombolan pelajar perempuan senior yang agak nakal, yang suka menyakat pengawas lelaki junior. Dalam kalangan pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 yang ke sekolah berjalan kaki hanya Haziah seorang sahaja yang berjalan sopan santun begitu tertib sekali. Mungkin Haziah terdidik begitu. Aku jarang menegurnya di luar kelas kerana kesihan Haziah ni pemalu orangnya dan mudah tersipu-sipu.
Sebagai ketua guru disiplin, menjadi rutin aku akan tercegat di pintu utama sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. Amalan ini adalah sebahagian daripada kaedah memberikan sokongan moral kepada pengawas yang bertugas di situ dan seterusnya bagi memastikan segala perturan dipatuhi dan tiada pengawas yang kena buli. Kebanyakan pengawas lelaki tingkatan 3 dan 4 agak seriau bertugas di pintu pagar utama kerana sering diusik-usik nakal oleh segerombolan kakak senior yang ke sekolah berjalan kaki. Walaupun Haziah pergi sekolah berjalan kaki tetapi Haziah tidak terbabit dengan gerombolan pelajar perempuan senior yang agak nakal, yang suka menyakat pengawas lelaki junior. Dalam kalangan pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 yang ke sekolah berjalan kaki hanya Haziah seorang sahaja yang berjalan sopan santun begitu tertib sekali. Mungkin Haziah terdidik begitu. Aku jarang menegurnya di luar kelas kerana kesihan Haziah ni pemalu orangnya dan mudah tersipu-sipu.
Walaupun Haziah seorang pelajar
yang agak pendiam tetapi rajin dan tekun. Kerja-kerja sekolah dan latihan yang
diberi untuk sabjek yang aku ajar dan sabjek-sabjek lain tidak pernah tidak
siap. Tulisannya cantik dan mudah dibaca. Ramai juga rakan sekelasnya yang aku kutuk, “harap je hensom dan cantik
tapi tulisan hodoh” sambil aku lontar skrip jawaban atau buku latihan mereka. Kalaulah pada waktu itu sudah ada media sosial pasti aku sudah famous kena viral.
Susah nak dengar suara Haziah. Sesekali
sambil menyoal, aku mengusik dengan menggelarnya gadis pingitan. Masih segar dalam ingatanku kalau kena soal
Haziah tersipu-sipu malu. Meskipun kelihatan pendiam dan pemalu tetapi jawaban-jawaban
latihan, ujian dan peperiksaan bertulis memperlihatkan kematangannya
menyampaikan idea, membuat ulasan, merumus dan berhujah. Ujian bulanan, penggal, pertengahan tahun dan
percubaan, Haziah adalah antara yang menunjukan pencapaian prestasi cemerlang
yang konsisten. Haziah antara pelajar yang disasarkan menjadi calon harapan
sekolah dalam peperiksaan SPM pada waktu itu.
Begitu juga dalam sabjek sejarah yang aku ajar Haziah adalah salah seorang yang menjadi ayam
tambatanku.
Pernah juga terfikir untuk membantu
pelajar-pelajar yang agak “penyegan” dan “pemalu” yang berpontensi memperolehi
keputusan SPM yang cemerlang seperti Haziah membina keyakinan diri sebagai
bekalan melanjutkan pelajaran
diperingkat yang lebih tinggi. Namun fokus pdp pada
waktu itu adalah menghabiskan silibus dan “drilling” untuk peperiksaan.
Kehebatan seseorang guru yang mengajar tingkatan 5 pada waktu itu diukur
melalui pencapaian dari segi kuantiti dan kualiti sabjek yang diajarnya dalam
peperiksaan SPM.
Selepas Haziah tamat persekolahan
tingkatan 5 dan meneruskan pengajian tingkatan 6 di SMK Ahmad aku tidak pernah
berjumpanya lagi walaupun rumah
keluarganya tidak berapa jauh dengan sekolah tempat aku mengajar.
Sekitar tahun 1995 kami
dipertemukan semula, kali ini di Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Pada waktu itu aku sebagai Setiausaha
Peperiksaan sementara Haziah sebagai guru pelatih. Oleh kerana aku tidak
mengajar, tidak menyelia praktikum dan tidak terlibat dengan kegiatan
kokurikulum maka aku tidak berpeluang berinteraksi dengan guru pelatih. Jarang kami
berpeluang bertemu. Kalau ada pun secara kebetulan, kami terserempak di kafe atau di Pusat
Sumber. Berdasarkan pemerhatianku dari
jauh, sudah ada kemajuan besar pada diri
Haziah iaitu tidak lagi malu-malu, ceria
boleh bergurau senda dengan teman-teman guru pelatih sekuliah dan pergerakannya
pun pantas cergas. Maknanya Haziah di MPTI bukan lagi Haziah gadis pingitan SMK
Dato Mahmud Mat.
Sebagai orang yang
bertanggungjawab menguruskan peperiksaan aku boleh mengakses markah
peperiksaannya pada setiap semester. Kalau tidak silap, opsyen pengajiannya adalah yang
paling ramai, lebih 100 orang guru pelatih dan
Haziah antara guru pelatih dalam kelompok top ten. Sayangnya pada waktu itu tiada Anugerah Pengarah. Kebetulan semasa aku menguruskan keputusan akhir batch Haziah dengan
menggabungkan keputusan peperiksaan semester-semester sebelumnya aku
dapati seakan-akan ada keganjilan markah peperiksaan semester 3 bagi beberapa orang guru pelatih termasuk Haziah. Aku tidak nafikan, mungkin ada kesilapan cara
aku berkomunikasi yang telah membawa salah faham kepada pelbagai pihak yang
terlibat. Walaupun insiden tersebut sangat pahit tetapi tanpa disedari terselit
pelbagai hikmah dan pengajaran yang sangat berguna untuk dijadikan panduan pada
masa hadapan.
Setelah tamat pengajiannya di MPTI pada tahun 1996, aku tidak tahu Haziah posting dimana dan
semenjak itu aku tidak tahu khabar beritanya Setelah lebih 24 tahun, tetiba pada 28 Jan
yang lalu Haziah menyapaku melalui whatsapp. Jujur aku mengakui yang aku sangat
terharu dan amat bersyukur yang aku masih diingati oleh bekas anak-anak muridku.
“Cikgu, boleh panggil saya Zie, kawan-kawan semua panggil Zie, yang muda-muda panggil Kak Zie", Zie sekarang tidak lagi pemalu seperti
dahulu, Zie sekarang sudah pandai bercerita panjang”. Itulah ungkapan
kata-katanya selepas dia menjawab beberapa pertanyaanku tentang famili dan kerjayanya.
Berbagai cerita hasil daripada
pengalamannya mengajar di kawasan Hulu Terengganu dikongsikan kepadaku dengan
olahan bahasa yang tersusun indah dan
plot yang menarik, yang membuat aku sering tersenyum sendirian geli hati bila aku
terkenangkan cerita-ceritanya.
“Bank”, adalah cerita pengalaman lucunya yang digarab dengan
unsur berteka-teki yang mencabar mindaku agar terus mencuba mencari jawaban. Menurutnya lagi ‘bank’ bagi
masyarakat di tempat beliau mengajar adalah tidak sama dengan apa yang kita
fahami selama ini. Ini yang membuat aku
menjadi semakin bertambah “curious” dan “excited” untuk terus mencuba mencari
jawabannya. Lalu berbagai dan bermacam tekaanku pasal “bank”. Semua jawabanku
tersasar, sipi-sipi pun tidak!!! Dipendekan
cerita, memang benarlah seperti
pengakuannya bahawa “Zie sekarang tidak lagi pemalu seperti dulu dan kini
sudah pandai bercerita panjang”.
Jika dikenang kembali masa aku mengajarnya lebih 30 tahun dahulu aku seperti tidak percaya apabila Haziah memberitahuku yang dia sering ditugaskan sebagai mc. “Biar betul ??”, sengaja aku mengusiknya. Untuk menyakinkanku, sebuah audio dan video (KLIK DI SINI) yang beliau menjadi mc telah dihantar kepadaku. Wowww, suaranya ada pakej mc professional !!!. “itu suara saya batuk dan selsema”, selorohnya. Bagus sekali gaya pengucapannya, temponya kena dan bersesuaian, betul dan tepat intonasinya. Terus terang aku begitu kagum dengan minat dan kesungguhannya bagi meningkatkan kualiti dan performancenya. “Cikgu jangan tak percaya, Zie join kursus anjuran Pak Nil (Aznil Hj Nawawi) tau, bayar mahal sikit tak apa sebab Zie memang minat, Zie tak suka buat kerja sekadar melepas batuk di tangga, saya mahu yang terbaik sebagai balasan kepada orang yang memberi kepercayaan kepada Zie”, ujarnya. Aku yakin Haziah boleh pergi jauh lagi dengan kesungguhan dan bakat yang dimilikinya.
Berdasarkan cerita-cerita yang
dikongsikan kepadaku, ternyata Haziah seorang yang cekal, gigih, kuat semangat
dan tidak mudah mengaku kalah. “Zie sambung buat degree di USM, agak lewat, dah berumur dan dah ada 2 orang
anak, masa tu arwah abah dan arwah umi masih ada lagi tapi agak uzur. Hujung
minggu kalau tiada kuliah dan tiada kerja atau aktiviti sekolah saya balik Pekan ziarah abah dan umi. Kalau suami sibuk,
balik Pekan Zie drive bersama dengan anak-anak ”. Ujarnya. “Bukannya jauh pun Kuala Terengganu ke Pekan,
tak sampai tiga jam”. Saja jer aku mengusik. Dengan pantas Haziah
menjawab, “masa second year, Zie pregnant 6 bulan, drive manual bertemankan seorang kawan , suami mahu menghantar, tapi Zie yakinkan suami, Zie boleh drive
sendiri. 9 jam dari KT ke USM, lalu Lebuhraya Timur Barat”. Terdiam dan tersentak aku!!!. Dahlah si Haziah
ni badan kecik sarat mengandung, drive kereta manual pulak tu, bukan 1 atau 2 jam tapi 9 jam. Lalu
hutan belantara, ngeri aku mahu membayangkan jika berlaku sesuatu yang tidak
diingini. Andainya ditanya apa pandanganku. Jawabanku, gila!!!!
Bukan calang-calang orang bekas
anak muridku yang sorang ini. Menurutnya belajar adalah suatu proses mematangkan diri
secara berterusan selagi hayat masih dikandung badan. Lewat adalah lebih baik
daripada langsung tidak berbuat sesuatu. “Zie sambung belajar dalam usia yang
agak berusia dengan pelbagai komitment kerana Zie mahu menjadi suri teladan kepada
anak-anak Zie kelak. Komitmen terhadap tugas di tempat kerja, pasangan,
anak-anak dan ibubapa tidak boleh dijadikan alasan sebagai hambatan untuk
melanjutkan pelajaran. Perubahan datang
dari diri kita sendiri”. Ujarnya dengan penuh bersemangat.
“Maaf cikgu, Zie kena minta diri
dulu ya, malam ini Zie ada tuisyen. Ini link YOUTUBE Bila-bila cikgu lapang, cikgu tengok tau.
Pastu cikgu bagilah komen”. Pesan Haziah sebelum mengakhiri sembang whatsapp
kami. Pesanannya telah mengundang rasa tertanya-tanya dan ingin tahu. Tidak sabar jadinya untuk
menonton youtube melalui link yang diberikan oleh Haziah.
Selepas solat maghrib aku buka
youtube melalui link yang diberikan. Dua kali aku buka. Kali yang pertama aku buka
youtube itu dalam keadaan mindaku masih berada di tahun 1989 dengan
tanggapan Haziah seorang gadis pingitan yang pemalu dan pendiam. Wooooo!!! Itulah komenku selepas kali kedua
aku menyaksikan youtube tersebut.
Berbakat berlakon rupanya Cikgu Zie @ Haziah.
Syukur kepada Mu Ya Rabb atas
nikmat dan kesempatan yang Kau berikan kepadaku. Sesungguhnya akulah guru yang
paling bertuah kerana dapat menyaksikan anak muridku yang bernama Saripah
Haziah binti Syed Hassan dalam tiga situasi masa yang berbeza untuk tempoh masa
yang panjang melebihi 30 tahun. Aku terlibat mengajarnya di sekolah menengah,
aku dapat juga menyaksikan perubahan semasa Haziah sebagai guru pelatih dan yang terkini aku dapat menyaksikan Cikgu Haziah sebagai seorang guru yang serba
boleh. Benarlah seperti yang dikatakannya bahawa perubahan datang dari diri
kita sendiri.
Akhir kalam, terima kasih Cikgu Zie @ Haziah kerana menjadi seorang murid yang sangat baik yang sentiasa mengingati gurunya. Semoga atas sebab itu Cikgu Zie akan sentiasa dikenang, diingati, disayangi dan disanjungi oleh anak-anak didiknya dari dunia hingga ke akhirat, insha Allah.
#muridyangbaik
#transformasidiri
Nota : Catatan ini adalah daripada sisi pandang seorang guru terhadap bekas muridnya
Akhir kalam, terima kasih Cikgu Zie @ Haziah kerana menjadi seorang murid yang sangat baik yang sentiasa mengingati gurunya. Semoga atas sebab itu Cikgu Zie akan sentiasa dikenang, diingati, disayangi dan disanjungi oleh anak-anak didiknya dari dunia hingga ke akhirat, insha Allah.
#muridyangbaik
#transformasidiri
Nota : Catatan ini adalah daripada sisi pandang seorang guru terhadap bekas muridnya