Tidak semua orang
dilahirkan ke dunia ini dengan serba kecukupan. Biarpun di sebuah negara yang
kaya dan makmur ketidakcukupan ini tetap berlaku. Perbincangan ini tidak sesekali menyentuh tentang ketidakcukupan dari segi fizikal (paras rupa seseorang
yang sekarang ini disebut sebagai kelainan upaya) kerana ia diluar kawalan
kita.
Ketidakcukupan ini tidak
terbatas kepada aspek material sahaja malah mencakupi juga peluang untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna bagi menjamin kesejahteraan dari dunia
hingga ke akhirat. Mungkin diri kita dan anak-anak kita serta saudara mara kita
adalah golongan yang sangat bertuah dan beruntung kerana berpeluang menikmati
pendidikan dengan sempurna hingga membolehkan kita meraih " kedudukan kita
" seperti hari ini dengan selesa dan terhormat.
Tentu ada hikmahnya
disebalik ketidakcukupan kepada saudara-saudara kita yang lain. Islam mendidik penganutnya berkasih
sayang sebagaimana yang disebut dalam firman Allah swt yang bermaksud "Sesungguhnya
orang-orang Mukmin itu bersaudara, sebab itu damaikanlah saudaramu (yang
berselisih faham atau berbalah) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat
rahmat." (Ayat 10 Surah AlHujarat)
Nabi Muhamad saw juga turut menekankan peri
pentingnya sifat berkasihsayang sesama umat melalui sabdanya yang bermaksud
"Tidaklah beriman seseorang islam yang tidur dalam keadaan
kekeyangan sedangkan jiran tetangganya dalam keadaan lapar sedangkan ia
mengetahuinya" (HR Al Thabrani)
Nah, adakah dengan nikmat
kecukupan selama ini yang telah membawa kepada kedudukan yang selesa dan
terhormat membuat kita tersisih dari sifat ehsan dan berkepedulian kepada orang
lain? Sesungguhnya apa jua
masalah ada jalan penyelesaiannya. Amalan mendiamkan diri dengan beranggapan
bukan tanggungjawabnya tetapi tanggungjawab orang lain (seperti pihak berkuasa, NGO dsbnya) adalah sikap yang tidak sewajarnya ada pada diri seorang muslim. malah menyalahkan
pihak-pihak lain tanpa sedikit pun berusaha untuk mengatasi masalah yang
melanda adalah sikap yang tidak bertanggungjawab.
Atas kesedaran dan
keinsafan tentang maksud ayat quran dan hadis tersebut tentang tanggungjawab
sesama umat islam, kami terpanggil untuk melaksanakan Program Amal Pemantapan Akidah
Kanak-kanak Terlepas Pendidikan Formal di Kg Indrasabah, Tawau, Sabah.
Pemilihan kampung ini kerana ramai anak-anak yang sepatutnya bersekolah tidak
dapat menikmati pendidikan formal sebagaimana rakan-rakan sebaya mereka di
tempat lain. Ini disebabkan oleh masalah dokumentasi walaupun difahamkan ibubapa mereka
pun dilahirkan dan menetap di sini sejak sekian lama.
Objektif program ini adalah untuk mendidik anak-anak ini agar dapat membaca menulis, mengaji alquran, menguasai asas fardhu ain dan melaksanakan solat dengan betul dan sempurna serta mempraktiskan islam dalam kehidupan seharian mereka. Kami sangat yakin jika anak-anak ini menjadi ahli masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran islam gejala masalah sosial dapat dielakan dan seterusnya dapat membina kehidupan bermasyarakat yang harmoni.
Bagi merealisasikan program ini, kami berpakat dengan rakan-rakan dari semenanjung yang bertugas di Tawau dengan membeli sebuah rumah terbiar dan kami bangunkan sebagai madrasah. Proses pembangunannya bermula sejak bulan april yang lepas. Melalui dana yang kami kumpul pada setiap bulan, kami berjaya membaik pulih mana-mana bahagian yang telah rosak. Dengan sumber dana yang terbatas ditambah dengan bahan-bahan binaan yang mahal kami belum berjaya menjadikan rumah tersebut sebagai pusat kegiatan yang lengkap sempurna dan selesa.
Setelah kami mendapat kebenaran dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Kami memulakan operasi sejak bulan ogos yang lepas dengan kemudahan prasarana yang seadanya seperti tempat untuk amali pendidikan solat dan amalan solat berjemaah di ruang terbuka (pelantar) yang tidak berbumbung, tanpa bekalan elektrik dan kemudahan air paip serta tandas, Lantaran itu, keperluan yang sangat mendesak pada masa ini adalah kemudahan bekalan elektrik, air paip dan tandas.
Setelah kami mendapat kebenaran dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Kami memulakan operasi sejak bulan ogos yang lepas dengan kemudahan prasarana yang seadanya seperti tempat untuk amali pendidikan solat dan amalan solat berjemaah di ruang terbuka (pelantar) yang tidak berbumbung, tanpa bekalan elektrik dan kemudahan air paip serta tandas, Lantaran itu, keperluan yang sangat mendesak pada masa ini adalah kemudahan bekalan elektrik, air paip dan tandas.
Pada peringkat awal operasi seramai 25 orang kanak-kanak yang menyertainya. Alhamdulillah walaupun dengan kemudahan yang serba kekurangan tetapi penyertaan sentiasa bertambah dari masa ke semasa dan kini 50 orang kanak-kanak sebagai pesertanya.
Kami sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang bantuan, cadangan, perkongsian pengalaman atau khidmat nasihat agar pengurusan dan operasi program ini berjalan dengan tertib dan sempurna. serta mencapai objektifnya.
Untuk sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan kami melalui (tel/sms/whatsapp)
1. Pengerusi /Mudir : Tuan Haji Mohd Zain bin Badui +601977789659
2. Setiausaha : En. Mohd Harjazi bin Mohd Hashim +60192209844
1. Pengerusi /Mudir : Tuan Haji Mohd Zain bin Badui +601977789659
2. Setiausaha : En. Mohd Harjazi bin Mohd Hashim +60192209844
Rumah Kampung yang dijadikan pusat pembelajaran
Bahagian luar (pelantar) yang menganjur ke laut
Aktiviti pembelaran solat dan amalan solat berjemaah
di bahagian ruang terbuka (pelantar) yang belum berbumbug
di bahagian ruang terbuka (pelantar) yang belum berbumbug
Pemandangan anak-anak solat berjemaah
Anak-anak sedang belajar amali wudhu
Pemandangan aktiviti pembelajaran iqra dan muqadam