Khamis, 12 April 2012

Gegaran Gempa Bumi di Aceh

Dilaporkan gegaran gempa bumi dengan berukuran 8.9 Scala Richter telah berlaku di Aceh pada 11 April 2012. Gegaran tersebut turut dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak, Lembah Klang dan Port Dickson.

Marilah kita sama-sama mendoakan tidak berlaku kemusnahan harta benda dan kemudahan infrasturktur yang lebih buruk  serta korban nyawa. Kita juga mendoakan agar kesan gegaran ini tidak berlaku kejadian tsunami seperti tsunami ada 24 Disember 2004. Berita selanjutnya di sini 


Selasa, 10 April 2012

Belenggu Hutang PTPN

Muktakhir ini riuh rendah pasal hutang PTPN dikalangan anak muda yang tamat mengaji samada di IPTA atau IPTS. Rata-rata mereka yang baru habis mengaji akan terbeban dengan hutang yang menjangkau puluhan ribu ringgit. Bagaimanakah seorang anak muda hendak memulakan kehidupan mereka untuk memiliki rumah kediaman, kenderaan, membina keluarga, menyara ibubapa, mendapatkan perlindungan insuran jika sudah terbelenggu dengan bebanan hutang. Ada kalangan ahli politik yang berhujah bahawa pendidikan dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi adalah tanggungjawab sosial pihak kerajaan seperti di Norway.

Persoalannya jika kita sebagai anak muda yang terbelenggu dengan hutang PTPN apakah tindakan kita dan apakah pilihan kita?

Sabtu, 7 April 2012

Andainya Benar Berita Ini

Saya petik dari berita yang disiarkan oleh akhbar atas talian iaitu Malaysiakini pada 4 April 2012 berkaitan  pemberian kad pengenalan atau taraf warganegara kepada orang asing bagi tujuan pilihanraya adalah satu perkara yang amat serius dan menakutkan kita. Berita selanjutnya baca di sini


Sebagai rakyat biasa tentulah berita seumpama itu amat menggerunkan dan mengerikan. Andainya berita itu benar bagaimanakah kita hendak menerapkan anak-anak kita yang terdedah dengan informasi di hujung jari dengan semangat patriotik atau cintakan negara jika orang yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara berlaku khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Saya berdoa dan berharap beritu itu tidak benar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 2 April 2012

Tidak Makan Babi, Tidak Minum Arak Tapi Makan Rasuah

Seorang teman sudara baru bercerita tentang pengalamannya berhadapan dengan saudara-maranya yang menentang dan memperlekehkan tindakannya menganut islam. Seoarang ibu saudaranya yang tidak berpuashati beliau menganut agama islam telah mengutarakan persoalan " orang melayu( maksudnya islam)  tidak makan babi dan minum arak kerana haram, tetapi tidak rasa bersalah ( makan makanan haram) mengambil rasuah" ????

Menarik persoalan ini.....