Sabtu, 31 Mac 2012
Bayaran Tunggakan Gaji
Ada sok sek mengatakan bahawa tunggakan gaji baru kakitangan awam akan dibayar pada pertengahan bulan April sementara gaji baru akan dibayar pada 25 April ini. Nak tau tunggakan gaji klik di sini
Jumaat, 30 Mac 2012
Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis....
Betapa nikmatnya erti kesihatan apabila seseorang itu ditimpa sakit atau musibah. Sakit boleh datang bila-bila masa tanpa mengira usia dan tidak semestinya sakit pada usia tua sahaja.... Kesihatan adalah nikmat yang bersifat pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja yang memberi pinjam menggunakan haknya mengambil balik apa yang dipinjamkan. Sukalah saya mengingatkan diri saya sendiri sementara masih sihat ingatlah pesanan orang tua-tua kita dahulu agar kita "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Sudah tiba masanya kita bersedia dengan mengambil perlindungan insuran kesihatan sebagai persediaan di waktu kita ditimpa musibah kelak. Walaupun demikian insuran yang bakal diambil mestilah tidak bercanggah dengan syarak. Cuepacs sendiri turut menawarkan kemudahan perlindungan insuran kesihatan yang mudah dan murah untuk kakitangan kerajaan. Baca selanjutnya....
Khamis, 29 Mac 2012
Mendepani dan Memahami Anak Muda di Era Dunia Tanpa Sempadan
Golongan muda adalah aset paling berharga dalam mewarnai sesebuah negara bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa jatuh bangun sesebuah regim, dinasti atau kerajaan adalah berkait rapat dengan golongan ini. Fenomena Arab Spring yang melanda beberapa buah negara arab seperti Mesir, Algeria, Libya pada tahun 2011 adalah bukti tentang pengaruh dan penglibatan golongan muda dalam menjatuhkan sesuatu regim yang bertapak kukuh dan digeruni. Terbayangkah di minda kita betapa Hosni Mubarak yang bertapak kukuh mencengkam segala aspek strategik dalam negara Mesir sejak 30 tahun yang lampau boleh terpelanting dalam keadaan yang amat mengaibkan.
Seandainya kita terus memandang sepi anak muda sebagai budak hingusan yang belum banyak makan garam adalah satu tindakan angkuh dan sombong yang mengundang ke arah kemusnahan. Kita sering menghukum anak muda sebagai menongkah arus, anti establishment, tidak bersyukur, tidak tau apa-apa. Hakikatnya di era dunia tanpa sempadan, anak muda sebenarnya jauh lebih berinformasi berbanding dengan orang-orang lama yang telah mengukuhkan pengaruh dalam posisi yang selesa pada masa ini. Maklumat yang ada pada anak muda adalah bersifat "up to date" yang diperolehi melalui hujung jari semata-mata sedangkan orang lama masih terperap dengan sumber maklumat yang diperolehi secara tradisional yang bersifat sudah agak ketinggalan zaman.
Lebih ironis ada yang menganggap golongan muda tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Tafsiran patriotik bagi golongan muda jauh berbeza dengan amalan yang dipraktiskan oleh golongan yang berada dalam zon selesa. Nilai patriotik bagi anak muda bukan lagi taat setia secara membabi buta. Anak muda melihat orang yang diberi amanah tetapi mensia-siakan amanah hingga merugikan negara dilihat sebagai pengkhianat dan petualang. Apa yang dipelajari oleh anak muda tentang patriotik di sekolah adalah bertentangan sama sekali dengan realiti kehidupan.
Persoalan-persoalan oleh anak muda tentang ketelusan, keterbukaan, intergriti dan akauntabilti tidak akan surut jika kita tidak bersedia memahami dan mendepani keperluan dan kehendak anak muda secara tuntas dan berhemah. Kita kena berlapang dada dan menerima hakikat bahawa anak muda pada masa ini lebih lebih berinfomasi berbanding generasi lama. Amalan menafi apa sahaja isu yang diutarakan oleh anak muda akan dilihat oleh golongan ini sebagai tidak demokratik dan hipokrit. Bersedialah berubah dengan memahami keperluan dan inspirasi anak muda jika kita mahu terus kekal relevan.
Selasa, 27 Mac 2012
Selamatkah Kita Siri 2?
Kejadian rompak bersenjata oleh warga asing pada waktu dinihari semakin menjadi-jadi. Terbaru selebriti Mawi pun telah di rompak oleh 4 orang yang dipercayai warga asing, berita selanjutnya baca di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib, pun mengalami nasib yang sama dirompak oleh 3 orang yang dipercayai warga asing yang memecah masuk ke rumah beliau pada jam 3 pagi. Baca di sini.
Itu adalah sebahagian daripada secebis kisah-kisah rompakan berkumpulan / bersenjata oleh warga asing pada waktu dinihari. Pasti si mangsa akan menghadapi trauma yang berpanjangan.
Senarionya sekarang bila malam menjelang walaupun kita sebagai warganegara yang mendiami negara kita sendiri akan terdetik di dalam hati "selamatkah kita ?", dan sentiasa berasa takut, cemas dan tidak bebas. Sedangkan warga asing yang berada di negara kita berasa selamat dan sebebas-bebasnya...........RENUNGKANLAH DAN FIKIR-FIKIRKANLAH!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 25 Mac 2012
Selamatkah Kita?
Pengalaman pahit yang saya alami pada 13 September 2011 akan terpahat semat dalam sanubari hingga ke akhir hayat. Tarikh itu sebenarnya sangat besar ertinya dalam kehidupan kami kerana pada tarikh itu bermulanya peperiksaan UPSR untuk anak bongsu kami,dan pada tarikh itu kami disamun oleh 4 orang warga asing yang bersenjatakan parang, kapak dan pemutar skru. Menjadi kelaziman bila nak-anak akan menduduki peperiksaan saya akan bangun malam untuk bersahur dan melakukan ibadah sunat untuk memohon kehadrat Illahi semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak yang menduduki peperiksaan.
Pada malam itu saya bangkit jam 3.30pagi, selepas sahur saya melakukan solat2 sunat. Sebaik sahaja saya tamat solat hajat empat orang menyerbu ke arah saya, seorang daripadanya mengacukan pemutar skru di leher sebelah kanan, seorang meletakan parang disebelah leher kiri, seorang lagi mengacukan kapak ke arah kepalaku dan perompak yang ke 4 bertindak mengikat tangan saya. Saya dikat dan muka diserkup dengan kain. Saya di bawa naik ke tingkat atas ke bilik anak sulong kami dan seorang perompak itu terus mengikat anak sulong kami. Kemudian ke bilik sebelah yang menempatkan anak anak gadis kami dan anak bongsu kami yang aakan menduduki peperiksaan UPSR pada keesokan harinya. Saya merayu supaya jangan dikejutkan anak bongsu kami tetapi rayuan saya tidak diendahkan. Anak gadis dan anak bongsu kami tetap dikejutkan dan diikat tangan mereka. Kami dikumpulkan dibilik utama dalam keadaan tangan berikat umpama tawanan dalam filem aksi. Kami hanya mampu menyaksikan mereka menggeledah mencari barag-barang berharga sambil berdoa memohon bantuan dan perlindungan dari Allah swt.
Antara barang-barang yang diambil oleh perompak adalah barang kemas milik isteri dan anak perempuan, komputer riba milik saya isteri dan anak-anak, duit RM3000 untuk installment bulan September, insuran dan roadtax levina yang kebetulan akan tamat pada 15 September 2011, RM1000 duit benih kelapa sawit yang sepatutnya dibayarkan kepada MPOB, dan RM800 duit khairat IPGKTI. Hanya ayat kursi dan ayat yang ke 128 & 129 surah taubah sahaja yang mampu saya baca berulang-ulang kali dalam hati agar peristiwa yang mengerikan dan mencemaskan itu berakhir dengan pantas tanpa mencederakan isteri dan anak-anak saya. Saya redha jika saya diapa-apakan asal isteri dan anak-anak tidak dapa-apakan. Ambilah apa yang mereka mahu asal isteri dan anak-anak tidak diapa-apakan.
Walaupun kejadian itu merupakan peristiwa yang amat mengerikan dan menimbulkan trauma kepada kami sekeluarga tapi kami bersyukur kami tidak dicederakan. Selepas kejadian itu saya kerap dipanggil oleh pihak polis ke balai polis berhampiran untuk membuat pengecaman tetapi sehingga kini belum ada khabar atau petunjuk yang penjenayah-penjenayah itu telah berjaya di berkas.
Pengalaman kerap berulang-alik ke balai polis untuk membuat pengecaman membolehkan saya bertemu dengan ramai mangsa rompakan bersenjata dinihari di sekitar bandaraya Johor Bahru. Ganas dan kejamnya perompak warga asing ini hingga sanggup mencederakan mangsa dengan senjata tajam malah ada yang dipatahkan kaki mereka gara-gara tidak mendapat "habuan" seperti yang diharapkan.
Saya percaya dan yakin mereka yang senasib dengan saya yang semuanya adalah warganegara, bila menjelang waktu malam pasti akan terdetik "Selamatkan kita hari ini dari ancaman perompak bersenjata warga asing" ????

Langgan:
Catatan (Atom)