Selagi kita masih bernyawa pasti kita tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Berlapang dada dan bersangkabaiklah kepadaNya supaya kita semakin dekat kepadaNya.
Mari kita fahami ayat 60 dalam surah Ghafir yang bermaksud : "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..."
Berdasarkan ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hambaNya. Pasti akan terkabul samada cepat atau lambat.
Bagi sahabat-sahabat yang mungkin memiliki hajat yang besar (dalam lain-lain perkataan agak berat dan rumit) disarankan agar melaksanakan amalan ini pada 1/3 malam yang akhir sahaja iaitu antara pukul 3.00 - 4.00 pagi.
1. Solat sunat wudhuk2. Solat sunat taubat
3. Solat sunat hajat dua rekaat dengan kafiat berikut :
3.1 - rekaat pertama baca Surah Al-Kafirun 10 kali selepas Al-Fateha
3.2 - rekaat kedua baca Surah Al-Ikhlas 10 kali selepas Al-Fateha
3.3 - selesai salam terus bangkit laksanakan perkara berikut :
a. bangun dan takbir dengan niat, " Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
b. terus sujud
c. dalam sujud baca
i. 10 kali سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
ii. 10 kali اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
iii. 10 kali رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
a. bangun dan takbir dengan niat, " Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
b. terus sujud
c. dalam sujud baca
i. 10 kali سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
ii. 10 kali اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
iii. 10 kali رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Nota : Amalan ini saya catatkan di sini agar menjadi sedeqah yang berpanjangan. Dari segi sandaran dalil terhadap amalan ini memang tidak ditemui. Saya kongsikan di sini adalah berdasrkan kepada pengalaman "insan mulia" yang berkongsi amalan ini dan berberapa orang sahabat lain serta pengalaman sendiri.
Jadi pada hemat saya TIADA YANG MUSTAHIL bagi Allah SWT atas sifatNya yang Maha Berkuasa. Antara buktinya adalah peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud. Pada adatnya api sangat panas dan membinasakan tetapi menjadi sejuk / dingin kepada Nabi Ibrahim A.S. Ini digambarkan dalam ayat 68-69 Surah Al Anbia yang bermaksud : "Bakarlah dia (Ibrahim) dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak." Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim",