Khamis, 10 September 2015

IDIL FITRI 1436H DI KRABI THAILAND

Perjalanan lebih 1000 KM dari JB ke Krabi Thailand adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Sebaik sahaja melepasi Bukit Kayu Hitam...wow jalan raya bertaraf highway tanpa tol hingga ke Krabi

Lputan internet 4G sangat bagus dan sangat murah, bayar RM25 boleh dikongsi oleh seisi keluarga untuk tempoh seminggu....woow

Setibanya di Krabi jam 2.00 petang waktu tempatan. Berkesempatan solat asar di Masjid Krabi dan dapat menyaksikan masyarakat islam sedang bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa dan jamuan hari raya keesokan harinya. Sangat meriah, lelaki perempuan, tuan muda berganding bahu bergotong royong

Kami berkesempatan berbuka puasa bersama masyarakat tempatan, mereka semua ramah-ramah belaka walaupun sebahagian besar menyapa kami dengan bahasa thailand. Selepas solat maghrib begitu meriah amalan bertakbir dan yang mengharukan dikuasai oleh anak-anak muda. Seorang anak muda menghampiri saya selepas takbir hari raya selepas solat isyak dan mengajak makan malam di perkarangan masjid, menurut anak muda itu yang memeriahkan takbir tadi adalah dikalangan anak-anak muda yang pulang bercuti mengaji pondok di wilayah Patani....wooow sejuk mata memandang, ramai anak-anak muda berserban berjubah putih.

Solat subuh 1 syawal....woww masjid penuh dengan jemaah yang majoritinya orang muda. Hebat, hebat, hebat.....selepas solat subuh disediakan minuman panas diperkarangan masjid. Ramai jemaah yang menyapa kami terutamanya anak-anak muda yang belajar di Patani yang boleh berbahasa Melayu.

Jam 7.30 pagi masjid dua tingkat dipenuhi oleh para jemaah, tingkat bawah dikhaskan untuk para jemaah wanita sementara tingkat atas khas untuk jemaah lelaki. Tazkirah ringkas dan pengumuman sebelum solat sunat idilfitri disampaikan dalam bahasa melayun tetapi khutbah idil fitri disampaikan dalam bahasa siam.

Selepas solat idilfitri para jemaah menikmati hidangan yang disediakan secara bergotong royong. Sambil menikmati juadah mereka bermaaf-maafan. Juadah yang disediakan sangat ringkas tetapi amat menyelerakan. Nasi putih, tomyam  putik dan gulai daging lembu. Kuih-kuih kebanyakan berasakan pulut dan pulut hitam dan antara banyak-banyak kuih yang seakan-akan terdapat di Malayisa adalah seperti kuih koci.

Kebetulan semasa saya menikmati jamuan saya duduk bersama dengan jemaah warga emas, walaupun mereka tidak boleh berbahasa melayu tetapi mereka sangat ramah. Mereka semua menjemput datang ke rumah, mujurlah ada anak-anak muda yang bersekolah di patani yang bertindak sebagai translator.

Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh kita dapati dengan menyambul idilfitri diperantauan. Cubalah......yang sudah tidak menpunyai ibubapa dan ibubapa mertua saya galakan mencuba pengalaman ini.