Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan warga IPG KTI (sekadar menyebut beberapa nama spt Tn Hj Md Nordin bin Monel, En Abd Jalil bin Md Yunos, En. Arshad bin Ismail, Hjh Repiah bt Singah, Pn Roziah bt Abu Samah, Hj Yusof bin Osman, En Suleiman bin Yunos, Hj Tormadi bin Jono, En Muhamad Syafiq Sim, Hjh Rukiah bt Ahmad Tabon, En Mohd Nor Thani, Pn. Rashidah bt Shuib, En Mohd Jasa bin Siraj, Hj Norhizan bin Zainol, En Zainal bin Mohd Amin, Hjh Norani bt Ali, Hj Baharum Sulman, Hj Abu Hurairah b Abd Razak, Mohd Farid bin Salleh dll ) yang hampir setiap tahun sejak tahun 2002 menyertai ibadah qurban anjuran JK Masjid Parit Kahar & Persatuan Khairat Kematian Parit Kahar.
Kepada rakan-rakan warga IPG KTI yang bertanya dan berminat untuk menyertai ibadah korban anjuran JK Masjid Parit Kahar & Persatuan Khairat Parit Kahar, kami memohon maaf kerana pada tahun ini kami tidak membuka penyertaan kepada penduduk luar kariah Parit Kahar. Malah bilangan ternakan(lembu) untuk ibadah korban pada tahun ini di Parit Kahar juga kami hadkan. Berdasarkan pengalaman sejak dua tahun kebelakangan ini kami menghadapi masaalah untuk mengagihkan daging korban kepada penerima yang sepatutnya. Oleh yang demikian pada tahun ini kami telah mengubah strategi dimana 70 % penyertaan, kami laksanakan di Kemboja.
Insyallah pada 26 Oktober 2012 ini saya akan bertolak ke Phnom Pen bagi menyertai Program Ibadah Korban anjuran Kolej Matrikulasi Johor. Peluang yang diberikan oleh Kolej Matrikulasi Johor kepada saya akan saya gunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman yang seluas-luasnya semasa di sana nanti sebagai persediaan untuk saya menguruskan program seperti ini pada tahun hadapan. Insyallah pada tahun hadapan saya bercita-cita untuk memimpin saudara-saudara saya dari Kariah Parit Kahar dan sekumpulan pelajar saya yang terpilih dari IPG KTI untuk melakukan ibadah Korban di Kemboja.
Bagi rakan-rakan/kenalan dan saudara mara saya yang berhajat untuk menitipkan kepada saya ibadah korban di Kemboja pada tahun ini sila hubungi saya dengan kadar seberapa segera. Satu bahagian korban/aqiqah berharga RM250. Penyertaan dibuka hingga 17 Oktober 2012.
Semoga amal ibadah korban kita pada tahun ini diterima Allah dan mudah-mudahan usaha kita yang sekecil ini dalam membantu rakan-rakan melakukan ibadah korban diberikan oleh Allah ganjaran kepada kita berupa kebajiakan, kebaikan, keselamatan, keberkatan dan keredhaan yang berpanjangan dari dunia hingga akhirat.