Jumaat, 23 November 2012

Kenangan Indah Nuzul Quran 1433H di Bumi Aceh

Pada 3 - 6 Ogos 2012 yang lalu, seramai 53 orang yang terdiri daripada Pensyarah dan Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti Guru SM Agama / SM Arab Jabatan Agama Johor Ambilan Mei 2011 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah mengadakan Program Kembara Ramadhan 1433H ke Aceh.

Disamping melawat institusi pendidikan seperti Pusat Peningkatan Mutu Guru, Sekolah Olahraga dan Pesantren Ruhul Islam dan tempat-tempat bersejarah kesan tsunami, kami juga berkesempatan menyantuni  anak-anak yatim di 3 buah rumah anak yatim di sekitar Banda Aceh iaitu Panti Asuhan Media Kasih, Panti Asuhan Muhamadiah dan Rumah Anak Yatim Johor di Aceh.

Pada program kali ini kami sangat bertuah kerana berpeluang merasai sendiri suasana majlis ilmu sempena sambutan nuzul quran yang diadakan di Masjid Baitul Rahman. Penceramah undangan, Sheikh Jabir Imam Masjid Nabawi yang begitu fasih berbahasa Indonesia, syarahan beliau sarat dengan ilmu begitu meruntun jiwa dan menyentuh perasaan ribuan jemaah yang hadir. Apa yang membanggakan di sini segenap ruang dan pelosok samada di dalam bangunan masjid atau luar masjid dipenuhi oleh para jamaah yang majoritinya orang muda. Sesuatu yang jarang dan agak asing di tempat kita.

Syarahan Sheikh Jabir telah saya upload di youtube sebanyak 4 bahagian. Semoga dapat dimanfaatkan bersama
Part 1 boleh disaksikan di sini
Part 2 klik di sini
Part 3 di sini
Part 4 klik di sini



Isnin, 15 Oktober 2012

Ibadah Korban Tahun 1433H

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan warga IPG KTI (sekadar menyebut beberapa nama spt Tn Hj Md Nordin bin Monel, En Abd Jalil bin Md Yunos, En. Arshad bin Ismail, Hjh Repiah bt Singah, Pn Roziah bt Abu Samah, Hj Yusof bin Osman, En Suleiman bin Yunos, Hj Tormadi bin Jono, En Muhamad Syafiq Sim, Hjh Rukiah bt Ahmad Tabon, En Mohd Nor Thani, Pn. Rashidah bt Shuib, En Mohd Jasa bin Siraj, Hj Norhizan bin Zainol, En Zainal bin Mohd Amin, Hjh Norani bt Ali, Hj Baharum Sulman, Hj Abu Hurairah b Abd Razak, Mohd Farid bin Salleh dll ) yang hampir setiap tahun sejak tahun 2002 menyertai ibadah qurban anjuran JK Masjid Parit Kahar & Persatuan Khairat Kematian Parit Kahar.

Kepada rakan-rakan warga IPG KTI yang bertanya dan berminat untuk menyertai ibadah korban anjuran JK Masjid Parit Kahar & Persatuan Khairat Parit Kahar, kami memohon maaf kerana pada tahun ini kami tidak membuka penyertaan kepada penduduk luar kariah Parit Kahar. Malah bilangan ternakan(lembu) untuk ibadah korban pada tahun ini di Parit Kahar juga kami hadkan.  Berdasarkan pengalaman sejak dua tahun kebelakangan ini kami menghadapi masaalah untuk mengagihkan daging korban kepada penerima yang sepatutnya. Oleh yang demikian pada tahun ini kami telah mengubah strategi dimana 70 % penyertaan, kami laksanakan di Kemboja.

Insyallah pada 26 Oktober 2012 ini saya akan bertolak ke Phnom Pen bagi menyertai Program Ibadah Korban anjuran Kolej Matrikulasi Johor. Peluang yang diberikan oleh Kolej Matrikulasi Johor kepada saya akan saya gunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman yang seluas-luasnya semasa di sana nanti sebagai persediaan untuk saya menguruskan program seperti ini pada tahun hadapan. Insyallah pada tahun hadapan saya bercita-cita untuk memimpin saudara-saudara saya dari Kariah Parit Kahar dan sekumpulan pelajar saya yang terpilih dari IPG KTI untuk melakukan ibadah Korban di Kemboja.

Bagi rakan-rakan/kenalan dan saudara mara saya yang berhajat untuk menitipkan kepada saya ibadah korban di Kemboja pada tahun ini sila hubungi saya dengan kadar seberapa segera. Satu bahagian korban/aqiqah berharga RM250. Penyertaan dibuka hingga 17 Oktober 2012.

Semoga amal ibadah korban kita pada tahun ini diterima Allah dan mudah-mudahan usaha kita yang sekecil ini dalam membantu rakan-rakan melakukan ibadah korban diberikan oleh Allah ganjaran kepada kita berupa kebajiakan, kebaikan, keselamatan, keberkatan dan keredhaan yang berpanjangan dari dunia hingga akhirat.

     




Sabtu, 28 Julai 2012

Kembara Ramadhan 1433H - "Kami Prihatin" Menyatuni Anak-Anak Yatim Aceh



"Barangsiapa yang memberi makanan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun" (HR : At Tirmidzi).

Berdasarkan hadis tersebut, kami seramai 50 orang yang terdiri daripada pensyarah dan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti JAJ Ambilan Mei 2011 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru akan mengadakan Program Kembara Ramadhan 1433 - Menyantuni Anak-anak Yatim di Aceh, Indonesia pada 3 - 6 Ogos 2012.

Kami terpanggil memilih Aceh kerana selepas musibah tsunami 2004, di Banda Aceh sahaja terdapat 300 buah rumah anak yatim yang agak serba kekurangan yang memerlukan keprihatinan kita sebagai saudara seislam.

Insyallah sepanjang program tersebut kami akan menyantuni anak-anak yatim di tiga buah rumah anak yatim di sekitar Banda Aceh  seperti berikut:

i . 3 Ogos 2012 - Panti Asuhan Anak Yatim Johor, Jln Tengku No 1, Jeumpet Ajun, Banda Aceh
ii. 4 Ogos 2012 - Panti Asuhan Muhamadiah, Jln Punge Belangcat, Banda Aceh.
iii. 5 Ogos 2012 - Panti Asuhan Media Kasih, Jln Glee Guruh, No 5 STUI, Banda Aceh.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan saudara-saudari untuk disalurkan terus ke rumah anak-anak yatim tersebut. Sumbangan tersebut hendaklah di bank inkan atas nama BADAN KEBAJIKAN KPLI KDC JAJ melalui No Akaun: 01050010027653, Bank: Bank Islam Malaysia Berhad. Bukti sumbangan saudara/saudari yang mengandungi butiran seperti jumlah sumbangan, tarikh dan masa hendaklah dihantar melalui sms  kepada Ust Hj Hidhir bin Ismail(+60137529920) atau Ust Hj Mohd Nahi bin Abdullah (+60192819922 ) atau email mohdzainbadui@hotmail.com.


Isnin, 2 Julai 2012

Menghadapi Realiti: Catatan 2



Mohd Reza Pahlavi atau lebih popular dengan panggilan Shah Iran merupakan raja terakhir yang memerintah Iran yang disingkirkan oleh rakyatnya sendiri. Beliau bersama permaisurinya yang bernama Farah Pahlavi serta anak-anaknya terkenal dengan gaya hidup bermewah-mewah boros seperti hobi bershopping di luar negara khasnya di Eropah.

Shah Iran memiliki harta yang banyak sesuai dengan kedudukan Iran sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak yang terbesar dalam OPEC. Media-media antarabangsa yang menjadi sekutunya melaporkan bahawa beliau antara salah seorang yang terkaya di dunia dengan memiliki harta persendirian samada yang terdapat dalam negara atau luar negara Iran yang bernilai jutaan USD. Malah beliau merupakan satu-satunya pemimpin negara yang memiliki jet peribadi pada ketika itu.

SAVAK sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan oleh Shah Iran bukan sahaja bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat malah turut menindas dan menzalimi mana-mana individu atau pertubuhan  di Iran yang kritis terhadap pentadbiran dan pemerintahannya. Ramai ulamak yang tidak sehaluan dengannya telah ditangkap, dipenjarakan malah dibuang negeri.

Gaya hidupnya yang bermewah-mewah dan berbelanja boros dalam keadaan hidup rakyatnya yang majoritinya buta huruf dan berada dalam kemiskinan telah menyebabkan rakyatnya sendiri membenci Shah Iran dan keluarganya. Biarpun Shah Iran didokong oleh pelbagai agensi kerajaan, akhirnya Shah Iran terpaksa akur dengan kuasa keramat rakyat Shah Iran ditumbangkan oleh kuasa keramat rakyat melalui gerakan revolusi Iran yang dipimpin oleh seorang ulamak yang hidup dalam buangan selama 15 tahun bernama Ayatullah Khomeini. Gerakan Revolusi Iran yang dipimpin oleh Khomeni berjaya menyingkirkan Shah Iran pada bulan Februari 1979. Beliau bersama ahli keluarganya terpaksa melarikan diri ke luar negara dan hidup dalam buangan dengan penuh kehinaan hingga akhir hayatnya.



Rabu, 27 Jun 2012

Menghadapi realiti : Catatan 1

Catatan 1: Pemerintahan Beraja Mesir.

Sejarah telah membuktikan bahawa keruntuhan sesuatu kerajaan atau dinasti disebabkan oleh penolakan rakyat. Di Mesir contohnya, telah menyaksikan bahawa Raja Farouk telah digulingkan oleh rakyat Mesir pada tahun 1952 melalui revolusi rakyat. Raja Farouk mendapat pendidikan di sekolah ketenteraan di England dan menaiki takhta ketika berusia 16 tahun. Beliau memiliki harta yang banyak seperti ladang yang luas, puluhan istana dan ratusan kenderaan. Gaya hidupnya yang boros dan bermewah-mewah seperti hobi membeli belah di Eropah telah membangkitkan kebencian rakyat kepadanya yang membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera yang di pimpin oleh Gamal Nasir pada Julai 1952. Beliau telah melarikan diri di Monaco dan hidup dalam buangan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1965.

Ahad, 24 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jn 2012: Siri 7

Sepanjang berada di Aceh hanya dapat berjumpa sebuah kedai yang menjual barang-barang antik. Koleksinya tidak berapa banyak variasi cuma tempayan lama. Agak menarik juga cuma susah untuk dibawa pulang









Kembara Aceh 10-13 Jun 2012: Siri 6

Masam Keu-Eung Kepala Ikan

 Masam Keu-Eung
Masam Keu-Eung adalah sejenis masakan tradisional orang Aceh. Sesiapa yang berkunjung ke Banda Aceh jangan lepaskan peluang mencuba resipi ini. Pada pengamatan saya resipi ini boleh di kategorikan sebagai salah satu jenis asam pedas.

Sabtu, 23 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 5

Menu Sarapan Pagi 
Soto Aceh - Nasi, sayur taugeh, telur sambal, bergedel dan keropok serta kuah sup

Bubur sumsum


Jumaat, 22 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 4

Pantai Peranginan Lampuuk Banda Aceh


Tempat makan dan berehat untuk keselesaan pengunjung

Pemandangan pantainya yang yang cantik. Yang menariknya kawasan pantai peranginan ini hanya di buka kepada para pengunjung hingga jam 6.00 petang sahaja.  
Add caption




Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 3


Sebaik tiba di Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh kami di sambut oleh bekas student KPLI  IPTI tahun 2006 iaitu Faizal, Safriana dan Asmarol dan seterusnya dibawa kami belanja makan tengahari di sebuah restoran di tepi pantai.
Ikan-ikan dan udang yang terdapat d restoran ini segar





Rabu, 20 Jun 2012

Kembara Aceh 10 - 13 Jun 2012 : Siri 2

Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh




Pemandangan waktu makan tengahari di Universitas Syiah Kuala, rasanya sesuatu yang asing di IPTA atau IPG negara kita.





Selasa, 19 Jun 2012

KEMBARA ACEH 10 - 13 JUN 2012 : Siri 1

Pada 10 - 13 Jun 2012 yang lalu saya bersama Tn Hj Md Nordin Monel, Tn. Hj Abdullah Zhidi Omar, En Abdul Latiff Awi dan Ust Md Zamzaini Md Dahlan telah berkunjung ke Banda Aceh bagi meninjau rumah-rumah anak yatim, sekolah, persantren dan institusi pengajian tinggi yang terdapat di Aceh yang bersesesuain untuk dimasukan dalam program yang bakal  kami jalankan pada bulan ramadhan nanti.

Bersama rakan-rakan di halaman Masjid Rahmatullah. Dari kiri Tn. Hj Md Nordin, penulis, Ust Md Zamzaini dan En Abdul Latiff

Disamping dapat meninjau tempat-tempat menarik kesan musibah tsunami, kami dapat merasai makanan popular di kalangan masyarakat Aceh. Antaranya ialah Mee Kepiting ( Mee Ketam)...satu kelainan eloklah cuba !


Memang sedap kebetulan lapar...buktinya, licin!!


Berhempas pulas Ust Zam memecahkan kepiting Aceh

Kebetulan di Aceh pun sedang musim durian

belum mula lagi nih...

Mari kita mulakan...

Melampau kalau banyak ni melantak durian..

Selasa, 29 Mei 2012

Menu Masa Cuti Persekolahan

Cuti persekolahan bermula pada 26 Mei hingga 10 Jun 2012. Pada 27 Mei 2012 anak-anak telah menunjukan bakat masing-masing di dapur. Inilah hasilnya.....

Menyelerakan....hingga menjilat jari. Inilah barisan Chef masa cuti sekolah

Ini dia ketua Chef...Uzairin izzaty Zaini

Chef Uzair Idzwan Zain & Chef Uzair Idzmeer Zain

Inilah menu yang dihasilkan

Ayam goreng black pepper dengan onion ring oleh Chef Uzair Idzmeer
Masak lemak cili api ikan kering sepat nanas oleh Chef Uzair Idzwan
Lala masak halia muda oleh Chef Uzair Idzwan Zain
Sayur sawi tumis air oleh Ketua Chef Uzairin Izzty Zaini
Menu warisan tradisi sambal tumis "loncom" oleh Ketua Chef Uzairin Izzaty Zaini

Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga Chef disamping berjaya menyediakan menu yang ringkas tapi menyelerakan, mereka juga telah menunjukan usaha yang bersungguh-sungguh, berkejasama, tolong  menolong dengan semangat berpasukan yang kental dan mantap. Bravo!!!