Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadhan oh ramadhan.....

Hari ini 19 ramadhan...kita sudah menuju ke hari-hari terakhir ramadhan. Surau-surau dan masjid semakin menyusut bilangan jemaah yang solat berjemaah sunat terawih berbanding pada hari-hari awal ramadhan. Pasar raya dan bazar-bazar serta tempat membeli belah di mana-mana sahaja sesak dengan umat islam yang sibuk membeli belah selepas mendapat durian runtuh bonus setengah bulan gaji.

Sepatutnya di hari-hari terakhir ramadhan, umat islam mengambil kesempatan yang semaksima mungkin untuk mengejar bonus lailatul qadar yang Allah janjikan lebih baik daripada seribu bulan. Malangnya menjelang "bonus" orang kita telah meninggalkannya dan berbondong-bondong memenuhi pasar-pasar raya dan tempat membeli belah. Sedangkan bonus itu hanya muncul sekali setahun sahaja. Analoginya umpama penjawat awam yang telah berkhidmat selama 30 tahun dan berkhidmat begitu gigih dan dedikasi sejak sekian lama dan sepatutnya layak mendapat ganjaran pencen tetapi terlepas peluang tidak layak memperolehinya kerana tindakan tidak bijak penjawat awam tersebut meletakan jawatan. Kesannya penjawat awam tersebut telah kehilangan ganjaran persaraan yang sepatutnya beliau perolehi hingga ke akhir hayatnya.

Renung-renungkanlah....................