Jumaat, 12 Februari 2010

Doa Petunjuk dan Keselamatan daripada Surah Alkahfi Ayat 10

سُوۡرَةُ الکهف

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا

Maksudnya:

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Rabu, 10 Februari 2010

Peranan Guru Dalam Membina Negara Bangsa.

Guru pelatih KPLI Ambilan Jan 2010 sila membuat rujukan mengenai perkara berikut:

1. Definisi Negara Bangsa
2. Konsep Negara Bangsa dalam hubungan negara Malaysia
3. Peranan guru dalam membina negara bangsa

Sabtu, 6 Februari 2010

Surah Qaf (Surah ke 50) Ayat 22.

Amalan penjagaan kesihatan atau penjagaan mata menggunakan ayat suci Al Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22)

Petua ini saya perolehi daripada Tn Hj Jemali bin Salehan di Mina pada musim haji tahun 1425H