Jumaat, 13 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Umat islam di seluruh Malaysia mula menunaikan ibadah puasa pada hari rabu bersamaan 11 Ogos 2010. Memandangkan hari pertama ramadhan merupakan cuti umum bagi Negeri Johor, saya telah membawa anak-anak ke kedai buku yang terletak di sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal juga di Johor Bahru. Alangkah terkejutnya saya sebaik melangkah memasuki pusat membeli belah tersebut, kami sebagai pengunjung telah disambut dengan lagu-lagu raya. Baru hari pertama, baru pukul 11.00 pagi, lagu-lagu yang diputarkan semuanya lagu raya secara bersilih ganti. Suasananya seolah-olah esok hari raya. Fenomena ini sebenarnya telah menyimpang dari tuntutan, hikmah dan falsafah ramadhan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Jelas betapa masyarakat tidak diajar atau dididik untuk menghayati ramadhan sebagai bulan yang penuh kemuliaan yang Allah khususkan buat kita, umat Nabi Muhamad SAW. Bayangkanlah 10 tahun akan datang, bagaimana ya keadaannya?